SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Friday, May 14, 2010

bila bersendirian



picture by : hafis photography



kadang-kadang
bila bersendirian
banyak perkara yang akan difikirkan



fikir tentang kisah silam
fikir tentang sekarang
dan
fikir tentang masa hadapan



selalunya begitu
banyak perkara yang bermain di benak



fikir tentang kisah silam
banyak yang menjadi teladan dan pengajaran supaya menjadi lebih baik dan terbaik



fikir tentang sekarang
cuba memperbaiki mana yang kurang



fikir tentang masa hadapan
cuba dan terus mencuba untuk memenuhi segala impian yang mahu dimiliki



bila bersendirian
tanpa disengajakan
fikiran akan melayang
memikirkan perkara-perkara yang ingin diingati



suka berfikir
sebab kadang-kadang, berdiam diri dan berfikir memberikan ketenangan
ketenangan yang mengajar erti kedewasaan
mengapa? kenapa? di mana? siapa?
persoalan-persoalan yang memerlukan diri berfikir dan terus berfikir



bila seharian sibuk dengan tugas dan sebagainya
tidak salah ambil masa sedikit, bersendirian dan berfikir, muhasabah diri



diri ini masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki
masih banyak kekurangan yang boleh diatasi
selalu ingin menjadi yang lebih baik



sebab itu selalu berdoa setiap hari, "semoga hari ini lebih baik dari hari semalam."





~~ masa entry ini ditaip pon sedang bersendirian dan berfikir untuk menghasilkan nya,,=)





~sekian~



k,adios!!!,,, by : ierarahman khamis 13 mei 2010 11.50 p.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails