SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Wednesday, March 1, 2023

Dinner Tema Merah Hitam

setiap kali ada event majlis bertema tema ni, siapa yang kenal cik zira dari dulu zaman anak dara tahu kan cik zira memang pantang ada tema tema ni tau. Walaupun tema warna warna je pun. Mesti akan all outšŸ¤­

Tahun 22/23 ni majlis makan malam sekolah cik zira buat dekat Royale Chulan Penang. Guru Besar baru, Tuan Fadzil nak tema merah hitam. 

Warna merah tu takde masalah. Tapi bila banyak sangat baju warna merah pun pening jugak nak pilih yang mana satu. Pastu nak match kan dengan warna hitam. 

Lagi pening bila khalisah dengan khaliq pun join sekali. Khalisah memang setiap tahun dari umo setahun lebih ikut ibu dinner sekolah. Khaliq ni kali pertama. 

Biasanya, kitorang akan cari baju apa dulu nak pakai. Fitting tengok sesuai ke tak cantik ke tak. Kalau dah puas hati, baru match kan dengan aksesori bagi nampak cantik lagi. 

Nak tengok hasilnya?

Tadaaa..



Ibu khalisah khaliq team dinner tema merah hitam. 
Ibu: baju kurung moden bling bling + skirt hitam + belt merah + shaw satin + topi bling bling hitam
Khalisah : inner hitam + vest merah + pleated skirt hitam + shawl satin + topi bling bling merah
Khaliq : slack hitam poney + tshirt hitam + kemeja petak poney + topi hitam poney 

Macam biasalah, bak kata kawan kawan sekolah cikzira, memang dah tahu siapa akan dapat queen of the night. King pun dorang tahu dah siapa. 


Jadi dapatlah cik zira queen of the night untuk kesekian kalinya dari 2015 cik zira masuk SKJ ni. Dapat hadiah sabun body shop bau rose yang wangi sangat. 

Kalau korang ada event tema merah hitam ke, kot tak tahu nak pakai baju macam mana, boleh lah try outfit macam cik zira atau khalisah. Tak terlalu over masih sopan dan paling penting nampak cantik ❤️

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails