salam ramadhan dan salam hujung minggu, hari ahad semuanya
selamat petang
lagi bape jam jek nak berbuka puasa kan kan
entry petang ini
nak tunjuk 3 gamba cik zira membawa 3 watak berbeza
jom sama-sama lihat ye
WATAK 1 - PEREMPUAN KAMPUNG
masa ni ada persembahan storytelling dengan budak-budak sekolah rendah masa kat maktab
cik zira jadi pencerita, cerita pasal dekat ladang, kenalah pakai macam tuh
jadi, kostum yang cik zira pakai ialah :
- shawl warna cream dipakai seperti biasa
- kain batik dibungkus kat kepala
- baju kurung cotton bunga kecil warna biru
- kain batik untuk dipakai
tak keluar duit pape pun sebab guna semua yang dah ada,, =)
masa ni cik zira pinjam kain batik orang, kain batik sendiri ntah ke mana ntah
tak reti pakai kain batik takut terlondeh, pakai legging kat dalamnya, suruh orang tolong pakaikan bagi ketat supaya selamat,,hee
dan inilah cik zira membawa watak PEREMPUAN KAMPUNG
WATAK 2 - GADIS ARAB
ni untuk satu event masa kat maktab, cik zira kira orang kuat jugaklah untuk menjayakan event ni, dah nama orang kuat, melaram pun mestilah kuat kan kan
kostum arab ni makcik cik zira iaitu bik hanifah yang tolong carikan
- topeng merah cantik siap ada bulu merah tuh (beli)
- 3 pieces of arabian costume warna merah (beli)
- chiffon shawl bercorak merah hitam dipakai seperti biasa
- plain red shawl dipakai menjadi purdah
- gelang merah
- inner hitam
- legging
untuk kostum ini, bajet yang cik zira keluarkan untuk 1 set 3 pieces dan topeng ialah dalam seratus lebih
sangat teruja sebab pertama kali berpakaian arab sebegini, baju ini masih disimpan, lenkali nak pakai, boleh pakai lagi tapi dengan gaya berlainan pulak,,
mari lihat cik zira dalam kostum arab beliau yang serba MERAH
oh, jangan lupa ye, cik zira dapat best dress untuk ARABIAN MASQUERADE malam tuh,, =)
WATAK 3 - ENGLISH LADY
ha, yang ini untuk dinner cohort yang terakhir dekat Copthorne Hotel
tema dia tak ingat tapi ala-ala dress untuk perempuan dan lelaki pakai kot pakai blazer cenggitu
malam tuh semua sangat kacak dan cantik, suka sangat
ramai yang sanggup berhabis untuk dinner last ni,, termasuklah cik zira sendiri
pakaian untuk menjadi seorang ENGLISH LADY ialah :
- dress kembang purple maroon
- english hat pink
- plain shawl warna merah
- inner hitam
- rantai pinjam kat kak wani
- clutch MERAH
- sarung tangan hitam
- heels merah
untuk dinner last ni cik zira berhabis banyak jugaklah
untuk dress tuh jek tak silap RM 130
topi pink tuh RM 10 jek rasanya, beg tangan merah tuh RM 30
sarung tangan RM 10
paling meriah rasanya cik zira lah malam tuh, bab melaram memang kena serah kat cik zira lah,,hehe
cik zira pun dapat best dress masa malam dinner ni bersama saiful amin untuk lelaki
2-2 orang johor,, hehe
ini lah cik zira dalam gaya ENGLISH LADY beliau :
sebenarnya, kalau ada pape event, cik zira sangat suka lagi-lagi kalau ada tema tertentu, cik zira akan usahakan juga mengikut tema dan berhias cantik sebab bukan selalu dapat melaram lain sket dari biasa kan kan
macam dinner-dinner cohort, selalunya memang ada tema dan cik zira akan ikut walau apa tema sekalipon sebab rasa seronok tau bila ramai-ramai pun ikut tema
alhamdulillah, setiap kali melaram, ramai yang puji dan ramai yang tahu cik zira berani bab bergaya ni, yelah bukan selalu pun kan, time belajar dulu lah pun dapat semua tuh, nanti dah keje dah takde sangatlah kot sebab jadi cikgu bukan macam keje opis ada dinner dah, tapi kalau ada kan best, nak melaram lagilah,, ngee
bagi jek tema apa pada cik zira, konpem cik zira ikut tema dan berikan yang terbaik,,
^__________*
No comments:
Post a Comment