salam ramadhan buat semuanya
salam hujung minggu, hari sabtu ye
ada apa dengan JB dan Penang ye agaknya?
apalah yang cik zira nak borak dalam entry ni ye
cik zira orang JB menetap di JB
Penang pula boleh dikatakan rumah kedua sebab belajar dulu di Penang lama dan ada keluarga angkat iaitu mami dan keluarga di sana
sebenarnya, cik zira nak borak pasal tempat shopping dekat dua negeri ni
kalau di JB, yang biasa orang pergi lah kan sama ada City Square dekat bandar tuh dengan Jusco Tebrau lah
banyak lagi shopping complex lain, tapi kalau kat bandar tuh memang City Square lah
kalau belah-belah sini ni dekat ngan cik zira Jusco Tebrau
bandar pon dekat jugak cuma jalan busy sket
macam Plaza Angsana pon femes jugak sebab situ lebih banyak butik-butik baju lah
raya memang ramai sebab ada bazar jual baju raya, orang singapore pun suka gi Plaza Angsana
Kotaraya pon kalau nak cari baju pon best gak,,
dan banyak lagi lah tempat nak shopping
tapi cik zira prefer Jusco Tebrau, senang, macam-macam ada, jalan nak ke sana pun senang
parking pun singgit jek
Penang
ha, Penang yang femes ialah Gurney Plaza dan Queensbay
BJ dengan Perangin pun femes tapi yang best Gurney dengan Qbay lah
disebabkan Penang kecik jek, takdelah banyak sangat tempat shopping macam di JB sebab JB besar sket jek,,
tapi sebenarnya, tempat shopping paling best ialah di Kuala Lumpur lah
mana lagi kan, sangat heaven shopping kat sana
macam-macam ada, lagilah time SALE besar-besaran, macam skang ni, memanglah ramai ke sana membeli-belah
memang syurgalah kan kan
tapi tak kisahlah kat mana-mana pun, asalkan dapat membeli barang yang diminati kan
cik zira suka sebenarnya shopping kat KL tapi jarang dapat kesempatan ke KL
takde sape nak temankanlah,, chenta hati 2 pun asek sibuk, chenta hati 1 busy praktikal
tak dapatlah gi sana,,huhu
takpe, sume barang dah ada
tak payah bazir-bazir dah,, hehe
okeh semua
selamat berpuasa, selamat berbuka dan selamat berterawih k,, ^________^
2 comments:
sale byk.tp dhuit takda
betul,,kita senasib,,=)
Post a Comment