salam ramadhan
selamat petang semuanya
yang masih bekerja tak sabar menantikan waktu pulang petang nanti
yang di rumah berfikir nak masak apa untuk berbuka
lagi lebih kurang 2 minggu sahaja lagi semua ini akan berakhir, sekejap sahaja lagi syawal dirai
kemungkinan besar syawal kali ini cik zira raikan tanpa 'anak' yang cik zira sayang si mayam tonet itu, dia dikhabarkan (eceh,macam dalam radio plak) akan beraya di keluarga belah ayah dia di kelantan,, huhu,,
kalau dia beraya JB, cik zira dah pergi culik dia awal-awal bawa balik sini
adalah teman cik zira nak kacau kat umah ni
tapi itulah, dia tak balik beraya di JB, sunyilah sket, kalau dia ada mulut dia tak benti cot-cet
ada harapan tak ea umi dia nak tuka fikiran tak jadi balik kelantan tapi balik JB?
ha, kalau macam gitu, bestlah dapat jumpa si tonet itu,,ngee
ni duk tengok gamba-gamba tonet dalam folder cik zira rasa rindu sangat plak kat dia
semalam masa tanya bik ani nak amek yam ke tak, bik ani suh kol umi dia dulu, kol-kol tak dapat, roger makcik-makcik yang len dorang kata balik kelantan raya nanti, hampa betul
dalam bilik atok ngan bik ani berbual, cik zira terdengar,,hee
atok : jira kenapa?
bik ani : tanya maryam, nak pegi amek. alah, dia kan sayang maryam, dah jaga dari kecik, mandikan sume, mestilah dia cari maryam
atok : haahlah, itu yang dia paling sayang sangat pon, rindulah tu
cik zira senyum jek
teringat kenangan masa jaga maryam dulu dari umo dia 3 hari sampailah umi dia habis pantang
berkepit jek dengan cik zira
tido pun atas badan cik zira, comel jek dia,,
baik, tak banyak ragam pun
sekarang dah besar dah, 4 tahun dah pun, mulut tak benti bercakap
bijak budaknya,,
bilalah dapat jumpa si tonet cik zira ni lagi,,
sudahlah, tak boleh cakap banyak-banyak pasal mayam, nanti jadi rindu sangat plak,,huhu
memang tengah rindu pun sebenarnya, tu yang buat entry ni,,
oh mayam, pulanglah,,,
(macam lagu raya plak kan kan,,)
mood : tengah merindu si mayam tonet sangat, kena tengok gamba-gamba dia yang ada dengan tengok video dia nyanyi dalam enset jelah,, =(
No comments:
Post a Comment