SALAM SYAWAL
pagi ini terasa mahu bercerita pula
cerita yang mana cik zira mahu kongsikan kepada semua
syukur cik zira panjatlan kepada Illahi kerana ramadhan dan syawal kali ini sungguh bermakna sekali dalam hidup cik zira, doa yang tidak putus telah dijanjikan Allah dengan kebahagiaan
keharmonian keluarga dan kebahagiaan, kasih dan sayang sudah dinikmati semula berkat doa semua
alhamdulillah
dulu, pernah membuat banyak kesilapan dan semuanya telah disedari dan perlahan-lahan cuba diperbetulkan
alhamdulillah
segala yang dirindui sudah terubat
kasih sayang sudah dikecapi semula
insya Allah, jika ramadhan dan syawal kali ini bermakna, ramadhan dan syawal tahun hadapan lebih bermakna apabila dapat meraikan bersama dengan keluarga tersayang yang memang bermakna dalam hidup cik zira
syukur sangat dipanjatkan kepada Allah atas segala yang dikurniakan
sememangnya, betul lah apa yang dikata, Allah uji hamba-Nya untuk lihat sama ada kuat atau pun tidak menerima dugaan dari-Nya, dan setiap yang berlaku itu ada hikmahnya, sentiasa bersabar dan terus meminta kepada Allah tanpa putus dan sentiasa ingat kepada-Nya, insya Allah, Dia sahaja yang Maha Mengetahui dan akan menjanjikan yang terbaik buat semua
segala kesilapan sudah dimaafi
terus berdoa semoga kebahagiaan ini berkekalan hendaknya selama-lamanya
AMIN
SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR BATIN
MAAF ZAHIR BATIN
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman isnin 27 september 2010 2.34 p.m.
No comments:
Post a Comment