SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Thursday, November 11, 2010

betul-betul sibuk tau, tak tipu!




diam tak diam
hari ni dah hari khamis dalam minggu ini






daripada hari isnin hari tu keje cik zira banyak sangat tak benti
maklumlah, bila dah kena amek alih kerja cikgu bersalin, cik zira jadi guru kelas dajah 1, memanglah sibuk lagi-lagi lepas exam dan nak tutup sekolah ni






perkara yang cik zira perlu setelkan dalam minggu ini, cuba korang tengok ea :


  1. Buku Rekod Laporan - kena isi markah setiap subjek, peratus, jumlah semuanya. lepas tuh kena ukur tinggi dengan timbang berat budak. kena isi kehadiran budak. buku ni memang banyak kena setelkan. lepas tuh kena minta sign penyelia petang dan edar kasi kat budak suh dorang bawa balik, suh mak bapa dorang tanda tangan serah balik buku tuh pada cik zira dan kena masukkan dalam fail peribadi. nak setelkan ini sahaja amek masa berhari-hari
  2. Kad Kuning - yang ini pun kena isikan semua markah setiap subjek dan kedudukan dalam kelas
  3. Fail Peribadi Murid - kena pastikan semuanya ada, Buku Rekod, Kad Kuning, Kad Kesihatan dan lain-lain yang kena cari balik kalau takde dan pastikan lengkap untuk kegunaan tahun hadapan. memandangkan guru kelas dorang sebelum ni ada jugak yang tak setelkan, jadi keje cik zira bertambahlah sket. takpe, semua ni pengalaman dan pengajaran, nanti bila dah tahu dah belajar, senang nak buat lenkali.. =)
  4. Belikan Hadiah dan jajan dan bagi hadiah pada murid - ha, yang ni cik zira buat hari selasa, dorang sangat suka dapat set alat tulis Ben 10 dan Princess tuh. sebab setiap kelas ada peruntukan RM 50 untuk buat jamuan, jadi cik zira tanaklah belikan makanan-makanan, nanti sepah dalam kelas. cik zira belikan dorang hadiah dan duit lebih belikan sumi suh dorang makan masa rehat. senang jek
  5. Buku Teks - pemulangan dan peminjaman darjah 2. fuh, ini tugas agak hebat jugak. kena pastikan buku yang dipulangkan cukup dan bagi buku kat dorang untuk dajah 2 pun cukup. pulang buku hari Rabu, bagi buku hari ini.
  6. Streaming budak - hari jumaat pelajar semua masuk ke kelas tahun hadapan. fail peribadi pun kena ikut kelas tahun hadapan, kena susun balik.
  7. Persiapan untuk hari Ahad, 14 november - Hari Sukan Sekolah dan Hari Kantin Sekolah. setiap guru ada 2 tugas, AJK untuk hari sukan pun iye, AJK untuk hari kantin pun iye. kena buat betul-betul. yelah, target orang akan datang hari itu 8000 orang. mesti sibuk sangat





setakat ni, rasanya tugas yang berat itu jelah. nampak macam sket la, tapi nak langsaikannya memang amek masa. tapi alhamdulillah, cik zira setelkan satu-satu mengikut kepentingan. tak mahu kelam kabut.
insya Allah nanti boleh setelkan semua.






minggu ni habis dengan hari Ahad nanti, lepas tuh minggu depan pulak dengan cuti raya haji 17 november tuh sehari jek, kemudian budak pun cuti tapi kami cikgu tak cuti lagi. kena jugak pergi sekolah seminggu untuk setelkan semuanya.






lepas setelkan semua baru boleh cuti sekolah dengan lega sket, nak nek sekolah nanti kena masuk sekolah seminggu awal. cikgu kan macam gitu kan cikgu-cikgu sekalian? hehe


ala, kenapa gambar kena terbalik macam gini. 
oh, takpe-takpe, ini maksudnya teacher hazirah ni memang tengah pening, 
keje banyak,, hehe




insya Allah, dapat setelkan semua ni sebelum cuti nanti








~sekian~




 k,adios!!!,,, by : ierarahman rabu 10 november 2010 7.53 a.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails