semalam sangat sedih apabila tiba-tiba dikehendaki hadiri kursus
mula-mula kata 1 hingga 3 disember nanti
alih-alih dapat surat 24 dan 25 november
sangat hampa
sangat kecewa
sangat sangat sedih
perasaan teruja nak ke jamuan akhir tahun disebabkan dah buat teks pengacara majlis terpaksa dilepaskan begitu sahaja
sedih
sangat sedih
sedih betul
cukuplah tuh, orang faham dah kamu sedih wahai cik zira
sedih sampai mood senyum pun takde
muka masam jek
memang redha tapi masih bersedih
kena jugaklah pergi kursus tuh, arahan tak boleh ingkar
dalam pukul 1 lebih nak dekat pukul 2, kak ti, penyelia petang yang memberi arahan cik zira kena pergi kursus telefon
"hazirah, awak tak payah pergi kursus itu ye. kak ti dah ganti dengan fauziah. tak payah pergi, awak boleh pergi jamuan."
korang bayangkan perasaan cik zira masa tuh
daripada muka yang masa macam hape, terus senyum sampai ke telinga
agaknya Tuhan dengar dan faham kesedihan cik zira, terus dia berikan senyuman semula
amin
terus sms kak ida kata cik zira tak jadi gi kursus
tanya dia dah jumpa pengganti ke
dia kata dia dah ada pengganti cik zira untuk jadi pengacara bersama
SEDIH lagi sekali
SEDIH kedua kali
"oh, dah ada ganti ye kak ida. k2, takpe."
kengkonon takpe, padahal dalam hati, sedih sangat lah
mengenangkan duk siapkan teks mc tuh bape malam, edit-edit, baca-baca
tapi, tak dapat peluang
mana tak sedih kan
kak ida reply balik kata dia bergurau
aduhai
terus senyum sampai telinga lagi sekali, untuk kedua kalinya
tak tahulah orang-orang kat pejabat pos tuh perasan ke tidak emosi cik zira semalam tuh, hehe
dan hari ni, pagi tadi cik zira bangun awal bersiap
tak sabar nak makan banyak satu hal, hal lagi satu sebab dapat jadi pengacara majlis untuk sekolah
bakat yang dah lama ditinggalkan sejak meninggalkan zaman belajar
eceh, padahal baru bape bulan habis belajar,,
happy dah lepas dapat tahu dapat ke jamuan seperti dirancang
syukur
terima kasih Ya Allah,,
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman selasa 23 november 2010 7.45 p.m.
No comments:
Post a Comment