SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Saturday, March 11, 2023

Bertam Resort Penang


masa dapat tahu je kan yang Bertam Waterpark nak buka, excited dah nak bawa dua ketul ni. Lepastu tahu plak sebelah Bertam Waterpark ni ada resort rupanya tapi belum buka lagi. 

Memang cik zira suka sangatlah kalau ada hotel sebelah Waterpark ni sebab mudah. Sebelah sebelah je.

Khalisah dah pergi dulu Bertam Waterpark ni masa awal awal buka tahun lepas Disember tu dengan sepupu sepupu penang dia. Adik belum pernah lagi. 

Baruni masa balik kampung dekat Melaka, duk tengok Bertam Resort dah buka. Dah buka gais! Apa lagi terus la buat siasatan cari dekat IG lepastu apa lagi kan terus book bilik. 

Ni review refresh tau, siang tadi baru check out. Cik zira check in Jumaat, 10 Mac 2023 check out Sabtu, 11 Mac 2023. Katanya Bertam Resort baru seminggu beroperasi.

HARGA BILIK


Cikzira book Superior Twin Room 2D1N Package. Harga RM425.94
✅ bilik katil twin - sebab tengah tengah boleh tido kalau check in 4 beranak. Lagi selesa nak tido. 
✅ breakfast
✅ 2 tiket ke Bertam Waterpark. 
✅ cik zira add on online tiket Waterpark kid RM46.60 untuk khaliq. 

Bertam Resort ni dibuka semula tau dulu resort lain tapi lepas diambil alih dan total renovate balik bertemakan Moroccon ya Allah tengok gamba pun cantik sangat. Pulak Bertam Resort ni 5 bintang tau korang. Bukan calang calang hotel lah kiranya. 

THE HOTEL (VIDEO)

Interior design, setiap perincian, perabot dan semua lah sangat cantik. Korang akan rasa nak amek gamba nak amek video je sepanjang masa. Korang tengok tau gamba cik zira kongsi dekat post ni. Memang lawa korang, tak tipu😍












kiranya banyak lah tempat korang boleh OOTD. Confirm gamba atau video korang nampak cantik sangat. Pemandangan pun lawa. Tak dapat gi morocco, dapat merasa ala-ala morocco pun aci lah kan!

THE ROOM (VIDEO)

bilik yang cik zira dapat tu view cantik tau. Buka je langsir, terus nampak pool dan pemandangan cantik dekat bawah. Lawa sangat! Waktu siang pun lawa, waktu malam pun  lampu-lampu. 

Saiz bilik saiz standard, ada dua katil dan ada kerusi dan meja boleh duduk rileks sambil tengok pemandangan cantik dari tingkap bilik. 



















Semua baru bersih cantik dan selesa sangat. 

Masa cik zira buat booking, ada dua jenis bilik je, bilik standard twin atau king macam cik zira book ni dengan Junior Suite. Junior Suite ada bathtub dalam bilik air dan lagi luas. 

Yang viral Pool Suite tu dekat tingkat satu katanya April baru open booking. Nak tengok harga berapa nanti. Kotlah ada rezeki boleh check in bilik yang tu plak. In Sha Allah❤️

THE POOL

Kolam dia luas besar tau. Memang kalau ramai ramai pun mandi, tak bersesak. Kolam dewasa pun luas, kolam budak pun besar. Dahla cantik. Dari bilik cik zira boleh tengok dua ketul ni mandi. Buka dari 7am tutup 10pm tak silap. 










Kalau kata nak check in Bertam Resort je tapi taknak masuk Bertam Waterpark pun takpe je, mandi je kolam dekat sini. Pun happy dah. Kids Room pun ada jugak dekat situ. 

BERTAM WATERPARK CAFE & RESTAURANT (VIDEO)

Petang sampai tu, cik zira dengan khalisah berjalan ke Bertam Waterpark nak membeli makanan sebab dah lapar. Cik zira tak makan lagi time tu sebab IF kan. Dah kelaparan sangat🤣

Kalau nak beli makanan atau nak makan dekat situ nak tapau boleh je korang. Tak masuk mandi pun boleh je. Dahla lawa macam masuk dalam gua yang indah. Sempat cik zira OOTD dekat situ. 




Banyak kedai jugak ada tau. Nak nasi, nak mee, yong tau fu, western, noodles, minuman, jus, aiskrim pun ada. Banyak jugak pilihan. Cuma harga la harga standard restoran dan Cafe. Bayaran pun cashless tau korang. Boleh bayar debit atau korang reload prepaid dorang. 


Ni apa cik zira beli:
🍛 Nasi Ayam RM16.90
🍛 Nasi Tomato Daging Hitam RM16.90
🍜 Laksa Penang RM10.50
🍜 Mee Kari RM10.50
🍹 Jus Oren x2 RM21.20

Alhamdulillah semua rasa sedap je berbaloi la beli dan rezeki kitorang sebab masa tu nak tutup dah, dapat banyak penuh bekas. Semput jugak nak habiskan🤣

THE BREAKFAST (VIDEO)

Breakfast pun standard hotel la kan, macam-macam pilihan ada, cik zira tak amek gamba satu-satu. Tapi, nanti korang tengok video je k. 


Buffet Breakfast 7-10am
✅ nasi lemak + sambal + aksesori + rendang ayam
✅ kuey teow goreng
✅ sosej + popia goreng + hashbrown + red beans
✅ kaunter telur
✅ roti canai kuah kari kuah dalca
✅ pelbagai kek kuih dan roti
✅ jus, air panas
✅ susu dan cereals
✅ kuey teow sup
✅ salad, sandwich
✅ sushi, salmon
✅ waffle, pancake
✅ roti jala, pau kukus
✅ buah-buahan

lepas sarapan, masuk bilik rehat sekejap. Pukul 10am pergi ke Bertam Waterpark babah khalisah khaliq. Nasib awal lagi tak lama sangat beratur nak amek gelang tu. Mandi main sekejap je sebab 11.30 nak balik bilik dah mandi bersiap nak check out. 

Sekian sahaja review jujur cik zira tau. Secara keseluruhan cik zira puas hati sangat. Berbaloi dengan apa yang cik zira bayar. Semua cantik baru luas cantik dan selesa. 

Eh, baca komen dekat FB ramai takut nak check in sebab resort ni tutup lama kan. Alhamdulillah, kitorang tido lena. Takde apa. Baca doa banyak banyak solat jangan tinggal tau. In sha Allah takde apa😊

Kalau ada rezeki lebih boleh repeat bilik lain plak. 

Terima kasih korang sudi baca review Bertam Resort Penang cik zira kalini❤️


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails