SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Friday, March 10, 2023

Hillview Cafe, Bukit Bendera

Kalau korang datang bercuti dan plan nak ke Bukit Bendera tu, bolehlah singgah makan dekat Hillview Cafe ni tau. 

Cafe ni menyajikan hidangan nasi putih dan lauk pauk Melayu. Ada je jugak menu sarapan dan western. 

Masa cik zira khalisah khaliq datang tu hari Ahad. Awal cuti sekolah plak tu, sampai pun dah tengah hari. Jadinya pusing-pusing jenuh buang masa cari parking dekat area kedai tak jumpa jumpa. 

Last-last masuk bangunan park tapi dapat tingkat atas sekali tingkat 6. Turun lah plak pastu jalan kaki menapak ke Hillview Cafe ni. Punya nak support kedai orang kita kan. Susah pun takpelah😅

Masa sampai tu takde orang lain sampailah dah habis makan pun sebab situ memang susah sangat nak park kereta. Jadi macam kedai tu kami yang punya🤣






Ni yang cikzira order:
🍚 nasi putih 3 pinggan RM2.50/pinggan
🦑 sotong sambal petai RM23.50
🥘 sup kaki ayam RM9.90
🥗 set ulam & sambal belacan RM6.90
🥤 oren kordial RM3.40
🧋 milo ais RM4.50
TOTAL RM55.70

kalau sesekali nak makan hidangan nasi dan lauk pauk vibes Cafe cecantik gini, bolehlah try sini. Harga standard harga Cafe. Portion tu sesuai untuk kitorang 3 beranak makan. 

Suasana kafe tu memang cantik luas, selesa. Cuma parking tu memang susah kalau weekend dan cuti sekolah. Ada tandas bersih, surau pun ada tau. 

Jom KLIK SINI untuk tengok video❤️

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails