SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Friday, December 24, 2010

khamis bersama BFFku





assalamualaikum semua, selamat pagi, salam jumaat,,
wah, hari ini sudah hari jumaatlah, 24 disember dah kan, sekejap je masa berlalu, tak bape hari lagi dah nak masuk tahun baru 2011







hari jumaat ni, cik zira agak sibuk sedikit sebab kena hantar bik ani ke hospital untuk medical check up dan dalam masa yang sama kena pergi pasar sebab bik ani ada masakkan untuk orang nasi lemak ayam 50 bungkus esok
bik ani ni betul-betul gigih, padahal semalam baru je lepas masakkan orang 50 bungkus nasi ambang
rajin rajin, murahlah rezeki bik ani selalu, AMIN






okeh
ini kisah hari ni dan esok
semalam apa cerita ye? 
ha, ceritanya best lah sebab semalam cik zira berdating dengan BFF kesayangan
BFF pergi sekolah dia sebab keputusan PMR kan keluar semalam, lepas selesai semua, dia datang umah amek cik zira, tapi sebelum tuh lepas zohor kitorang makan-makan dulu sebab bik ani masak lauk sedap-sedap, memang rugi kalau tak makan, jadinya makan banyak-banyak siap-siap nanti keluar takdelah lapa sangat,, hehe






tahu tak kemana kitorang pergi? ha, BFF bawa cik zira pergi KSL, shopping mall yang baru buka tu
oklah jugak, banyak kedai, macam-macam juga ada, cuma dia baru lagi kan, baru seminggu lebih jek buka
ada kedai yang masih tak buka lagi
jalan-jalan jek tengok-tengok
cik zira pun sempat beli JCool Yogurt tuh sebab dah lama tak makan
macam biasalah, cik zira kalau beli memang amek yang 1 topping jek, dan topping adalah sama jek 
yelah, yogurt tuh dah masam, mestilah nak amek topping yang manis-manis coklat, nak bagi lawan sikit rasa dia,, barulah sedap


KSL City Mall

JCool Yogurt



dah habis pusing KSL tengok-tengok tak beli pape tuh, jimatlah katakan, kitorang pun balik
tapi tak balik rumah terus, pergi singgah giant plak, BFF nak amek barang dia, sekali dia shopping tudung
suka dia dapat beli tudung cantik!!






bila BFF dah dapat tudung dia, kitorang pun lepak kat depan Lenny's, minum petang lah kononnya
sambil borak-borak
kitorang makan takoyaki dengan tokiwado, ececeh, makan macam terasa diri dekat jepun pun ada bila sebut nama-nama makanan tuh, ngee
makan borak sampai makanan ngan minuman habis, lamalah jugak sebabnya cik zira makan lambat seperti biasa, BFF makan cepat jek, sian BFF kena tunggu cik zira habiskan makanan perlahan dan sopan, hehe







balik rumah
lepak sekejap, cik ziara asar, BFF berehat sebab dia penat kan pagi-pagi dah kena gi sekolah
BFF lepak umah sampai kul 8 lebih, banyaklah perkara yang diborakkan dan dikongsikan bersama
almaklumlah, bukan senang nak jumpa, sekali jumpa, macam-macamlah yang diceritakan, biasalah kan, nama pun BFF kan,, =)






happy lah semalam
happy sebab dapat dating ngan BFF dan happy kedua sebab berjaya tidak membeli apa-apa, hanya membeli makanan sahaja, rasa berbaloi sangat-sangat sebab dapat jimat duit,, yahoooo!!!



ini BFF cik zira, comel bukan?,, =)




thanx ye BFF
sayang kamo sangat-sangat






p/s singgah lah kedai cik zira ye, ... REDShop ... , terima kasih









~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman khamis 23 disember 2010 11.17 p.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails