SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Thursday, December 23, 2010

bukan senang tau sebenarnya





kawan-kawan, ketahuilah bahawa bukan senang tau nak berniaga ni
lagi-lagi macam cik zira ni yang hanya secara kecil-kecilan sahaja, lagipun dah banyak sangat blogshop best-best yang korang boleh shopping online tudung lawa-lawa kan, klik jek, pilih, bayar, esok sampailah depan umah posmen anta, seronok kan kan






cik zira sebenarnya rindu nak macam dulu, asal ada stok baru jek mesti hari-hari kena pergi pejabat pos, poskan tudung-tudung customer, seronok sangat rasa bila barang yang dijual laku dan ada pembelinya
itu dululah masa tengah rajin, masa kat maktab ngan UUM takde ape nak buat kan, jual  tudunglah, bajulah, roti lah, makananlah, semuanya nak dijual, nak cari duit lebihlah katakan, kenalah usaha sendiri






dah lama tak berjualan kencang macam dulu
sekarang ni baru rasa nak kembali jual, tapi sikit-sikit jelah sebab tak lama lagi dah nak naik sekolah dah, takde masa nanti
yelah, sebenarnya, kalau korang nak tahu, bukan senang tau nak bisnes online ni
bila dapat stok, nak kena buka satu-satu, amek gamba bagi nampak cantik supaya orang berminat nak beli, lepas dah siap amek gamba, tudung-tudung tuh kena lipat balik satu-satu simpan kemas
gamba plak kena edit satu-satu, pilih yang betul-betul okeh untuk diletak dalam blog
peh, bukan kerja mudah tau, banyak kerja nak kena buat, tapi takpelah, setiap pekerjaan kena ada usahanya, barulah berpuas hati dengan usaha sendiri bila dapat hasilnya






macam semalam tu lah, dahlah kena amek gamba sendiri macam biasa, sampai lenguh-lenguh tangan semua sebab kamera berat betul nak kena pegang sebelah tangan, bayangkan!,,, hehe
lepas dah siap amek gamba 40 tudung kesemuanya, terus rasa lega tapi penat sangat-sangat sebab dah lama tak buat keje ni,, huhu






alang-alang dah amek gamba untuk jual tudung, apa kata amek gamba sendiri plak kan
haruslah selepas berpenat-lelah kan, nak lah ada habuannya kata orang
ameklah gamba sendiri sepuas hati, dan bila dah amek gamba sendiri mestilah nak tempek dalam blog ini kan, ape lagi,, huhu






oleh kerana tudung terakhir diamek gamba ialah warna biru, maka gambar cik zira semuanya pakai tudung biru tu, nama tudung tu tudung awning dzyra, sangat best pakai, awning dia pun thai silk corak bunga-bunga ala-ala songket cenggitu, memang cantik!!






ha, ape lagi, kesianlah kat cik zira ni yang lepas amek gamba tudung terus macam dah tak betul sebab kepenatan sanagt-sangat
kalau kesian, jangan segan-segan jenguk ... REDshop ... ye, sebab tudung baru dah masuk kedai
sape nak shopping tuh, sila-silakan lah ye...







~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman rabu 22 disember 2010 8.57 p.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails