SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Showing posts with label ..:: Bisnes ::... Show all posts
Showing posts with label ..:: Bisnes ::... Show all posts

Thursday, September 24, 2020

Tudung Bawal ala Faezah Elai

haritu kan cik zira ada story pasal cik zira dengan khalisah menjual tudung bawal instant ala faezah elai kan. shoot pakai filter je takyah makeup pun. alhamdulillah mendapat sambutan.




bawa gi sekolah pun kawan kawan sekolah ramai membeli. dekat online pergi pos pun ramai. terima kasih sangat yang sudi membeli dengan cik zira. zaman dulu masa zaman maktab pun memang start meniaga dengan jual tudung lah. zaman blogspot tengah in. bawa je stok baru habis, bawa masuk je habis. hari hari pergi jalan kaki gi pos barang dekat poslaju tesco.

kadang bukan sebab nak duit sangat pun, saja dah lama tak meniaga kan haritu PKP, cakap dengan khalisah jomlah kita meniaga tudung. khalisah punya sekodi yang plain alhamdulillah cikgu suhaizan dekat sekolah belikan anak kesayangan dia berhelai helai.







terima kasih yang sudi membeli. cik zira dan khalisah sayang korang. muahh!

Monday, September 21, 2020

Filter je terus cantik

terima kasih sangat kepada pereka pereka yang hasilkan filter dekat instagram yang muka buruk pun boleh cantik takyah makeup pun cantik.








haritu cik zira jual tudung bawal ala faezah elai cik zira dengan khalisah, duk amek gamba guna filter je takyah makeup pun. terus rasa jadi cantik macam model. ececeh.

sekarang buat story pun syok sebab perasan cantik bila guna filter. zaman sekarang kan macam macam benda canggih. tapi, pastikan guna untuk benda yang baik baik. bersederhana.

Thursday, January 23, 2020

dengan meniaga sendiri, dapat reward diri setiap hari

syukur alhamdulillah cik zira dari dulu suka cari duit sendiri. dari sekolah rendah lagi suka meniaga macam macam. sampailah ke sekolah menengah, masuk maktab masuk UUM semua meniaga. dah kerja pun still meniaga.

dan sampailah sekarang masih terus dengan perkhidmatan sewa kostum dan aksesori bertemakan arabian. dah masuk tahun ke 11.

jadinya, bila ada side income ni, cik zira rasa puas sket sebab cik zira boleh beli apa cik zira nak beli bila bila masa je takyah tunggu gaji cikgu cik zira. cik zira boleh reward diri shopping apa apa berapa je pun sesuka hati cik zira.

dan siapa kenal cik zira, cik zira adalah sejenis yang bila beli, tak akan beli 1 sahaja. paling paling 2. dan biasanya lebih dari 2-3.



haritu, cik zira beli sampai 10 pasang. beli comfortwear 2 pasang dari gayekinisha. beli kurung moden 2 pasang dan kurung kedah 2 pasang dari khaizan. lepastu kirim dengan personal shopper sales leeyanarahman, 2 helai kajool jubah, sehelai jubah hitam dengan sepasang kurung. tak silap total 10 pasang ni sume mahu cecah 1K.

belilah apa pun memang tak akan beli 1. tak tahu kenapa. kalau tudung pun sama sekali beli banyak 3-5 helai terus. barang lain pun sama.

pendek kata, bersyukur sangat sebab sejenis rajin cari duit dari kecik. jadi, bila dah kerja dan side income pun dah stabil nak beli apa pun beli je. tapi simpanan tetap ada. jangan risau. cik zira beli pun guna duit sendiri, tak minta duit suami tau. tak minta duit siapa siapa. jadi, bila dah kerja kenalah reward diri sendiri bebila masa je =)

Tuesday, January 21, 2020

rumah dah macam pejabat pos

bulan yang sibuk setiap tahun ialah bulan Mei, Oktober dan November. bulan bulan lain ada je ramai orang sewa bajuarabkhredshop. tapi 3 bulan ni extra customers.

jadinya, setiap hari akan ada adik adik poslaju, J&T, citylink, gdex dan courier lain datang rumah anta barang barang yang customer return.



semua dah kenal dan semua pun tinggal je barang walaupun dekat rumah takde orang. kadang yang baru baru, dorang kol dan cik zira bagi nombor IC je lepastu dorang tinggal je barang. memudahkan kerja cik zira takyah nak pergi amek plak barang kalau takde dekat rumah.

terima kasih ye semua yang mudahkan kerja cik zira. semoga yang tolong ni semua dipermudahkan urusan jugak setiap hari.

Sunday, November 3, 2019

TIPS : berkorban untuk senang



cuba baca kata-kata di atas tu.

korang rasa kan?

kita semua Allah kasi pinjam 24 jam sehari. semua sama.

waktu kerja tu memang untuk bekerja. tapi bagi korang yang sama macam cik zira, suka meniaga dan cari side income, perlu dan kena korbankan masa rehat dan masa tidur tak boleh sama dengan orang lain.

cik zira takde masa rehat yang banyak. tido pun sama. cik zira tak suka tidur sebab kalau tidur rasa macam rugi masa tu sebab boleh siapkan kerja yang ada.

cik zira ni isteri dan ibu. buat kerja rumah setiap hari tak suka bertangguh. contoh, kalau basuh baju 2 hari sekali, masuk dryer lepastu terus lipat susun dan simpan. kalau tangguh pun paling lama sehari. iron baju la suka tangguh sket tapi tetap pastikan buat jugak sebolehnya.

rumah tak suka sepah. kena sentiasa kemas. masak kalau time rajin memang akan masak. kecuali kalau sibuk sangat order bajuarabkhredshop banyak masuk memang tak sempat masak.

dekat sekolah pun sama. cik zira pastikan kerja sentiasa siap awal. tak suka bertangguh. mana kena buat cik zira buat seawal waktunya.

masa bila setel bajuarabkhredshop?

masa yang rehat yang cik zira korbankan tu. masa tido yang cik zira korbankan tu. orang lain boleh berehat rehat. cik zira atur masa yang cukup untuk buat semua kerja. semua sendiri.

semoga diberi kesihatan dan kekuatan buat cik zira setiap hari untuk bekerja menguruskan rumah dan anak anak juga side income bajuarabkhredshop ni. semoga sentiasa dimurahkan rezeki untuk cik zira dan keluarga dan buat semua yang membaca ni. aamiin

Friday, July 6, 2018

NAK LEBIH USAHA LEBIH

kalau nak duit lebih
USAHA CARI
bila dah ada duit lebih 
apa nak beli pun boleh beli bila bila masa pun
janji tak minta orang tak susahkan orang sebab tu duit sendiri usaha sendiri

setakat ni duit gaji cik zira masuk bsn untuk bayar loan bayar bil belanja rumah lebihan memang simpan tabung haji ada jugak melagha setiap bulan guna je kad bsn

duit income #bajuarabkhredshop tu la yang cik zira guna untuk makan makan jalan jalan check in hotel bawa anak anak bersuka ria dan ada lebihan simpan. setakat setengah tahun income #bajuarabkhredshop hampir cecah 20k untuk 2018. tapi banyak dah habis ada jugak yang simpan. duit ni la cik zira guna untuk benda benda lagha untuk nak beli apa cik zira nak beli. dan berkongsi jugak sama sama.

setiap orang meniaga terutama yang kecil kecilan macam cik zira Allah dah tentukan rezeki masing masing. jangan banding banding lah please. tapi kalau nak banding sebab nak hebat macam orang tu dan berusaha lebih keras lagi itu boleh.

suami cik zira pun orang meniaga dan cik zira tahu betapa kerasnya usaha dia untuk cari rezeki tapi bila nak beli apa apa nak kan sesuatu cik zira dan suami takkan kedekut nak keluarkan sejumlah yang banyak sebab dah tahu kerja keras perlu ada reward.

rezeki kita tak sama tapi masing masing ada rezeki tersendiri. terpulang sekuat mana kita berusaha serajin mana kita kerjakan tanggungjawab tu. 

CIK ZIRA SUKA JADI CIKGU DAN AKAN USAHA UNTUK BUAT SEBAIKNYA SEBAGAI SEORANG CIKGU SEBAB INI KERJA HAKIKI REZEKI UTAMA ALLAH KASI.

BERNIAGA NI MINAT. RAJIN USAHA DAPAT LEBIH DUDUK SAJA SAJA DAPAT APA? cik zira akan cuba sebaik mungkin layan customer dan berikan servis yang terbaik sebab customer bayar cik zira. mana kurang tu cik zira minta maaf dan akan perbaiki lagi.


lagi satu nak share, BERILAH KONGSILAH sebab kita tak akan miskin dengan memberi dan berkongsi. lagi kedekut kita lagi kedekut rezeki nak dekat dengan kita. tahu tak bila kita memberi tu orang yang menerima akan doakan kita. korang akan rasa betapa bahagia dalam hati bila ada orang doakan yang baik baik untuk kita😍

Sunday, January 21, 2018

SHARING POST : TIPS URUS KEWANGAN

SHARING POST:
setiap tahun akan buat siap siap dalam diari pengurusan kewangan setiap bulan januari-disember
1 page tulis perbelanjaan bulanan kira kira supaya dapat asingkan yang nak kena guna bayar dan untuk simpanan
1 page untuk 2 rumah sewakan: income dan bayar bank
1 page untuk duit pengasuh khaliq duit yuran skola khalisah
1 page untuk bil bil dan loan bank
1 page untuk susu dan pampers khaliq




Sejenis yang apa apa sume tulis dan catat untuk rujukan. Ni untuk gaji sebagai cikgu sahaja. Tak masuk income #bajuarabkhredshop sebab income bajuarab untuk belanja merepek merepek untuk savings lain untuk beli emas ujung tahun dan lain lain.

Savings yang ada dari gaji + bajuarab alhamdulilah dapat buat deposit tinggi untuk beli kereta idaman sendiri tahun ni. Syukur.

Sebagai seorang isteri yang bekerja, kena ikhlaskan hati support suami untuk keluarga dan jangan berkira dengan suami sangat. Yang penting nafkah yang suami kena bagi suami lunaskan. Sebagai isteri remind suami siap siap tiap bulan berapa suami kena bagi dan berapa kita sebagai isteri ikhlaskan untuk support family.
Ramai isteri bekerja pun buat macam ni kan. Suami cover duit anak anak kita isteri cover bil susu pampers dan merepek merepek. Ada yang sebaliknya.

Kalau ikutkan bila tengok perbelanjaan keluar setiap bulan Masha Allah melebihi pendapatan. Betul tak? Tapi Allah tu maha kaya maha membantu. DIA sentiasa cukupkan rezeki kita semua. SENTIASA CUKUP. kan?

Sebab tu kalau ada lebih kongsila rezeki bersama yang lain sebab bila kita memberi ada rezeki lain Allah akan bagi tanpa kita sedar. Dan sentiasalah bersyukur dan beringat ada orang lagi susah dari kita. Yang susah kita bantu.

Yang penting apa pun kita buat tu duit kita sendiri. Rezeki yang kita usahakan sendiri. Bukan meminta minta hasil orang lain. Barulah puas bila semua atas usaha sendiri. Kan?

Bekerjalah kuat sementara masih muda ni. Masih diberikan kudrat dan tenaga. Sediakan apa yang patut untuk anak anak sebab kita takkan tahu di masa depan apa nasib anak anak kita. Rumah makin mahal segalanya makin mahal. Siapkan simpanan untuk anak anak jugak.


Kita takkan tahu bila penghujung kita di dunia. Kutip juga amalan amalan untuk akhirat yang kekal abadi. Sentiasalah ingat mati.

Wednesday, December 20, 2017

SHARING : RAJIN USAHA DAN DOA

(INI POST PANJANG LEBO 😅)
Assalamualaikum salam menjemput rezeki buat semua rakan sahabat dan keluarga.
Harini cik zira nak berkongsi sedikit. Dari sekolah rendah dah macam macam benda cik zira jual. Dah meniaga tudung baju sejak zaman blaja maktab dan uum. Dekat uum siap meniaga sosej dan sardin roll. Orang study time exam cik zira gelek roti jual. Dah keje masih meniaga bazar hujung minggu. Online pun masih on. Penat tak usah cakap. Takde masa rehat. Dan cik zira start #bajuarabkhredshop sekitar tahun 2009 lagi sebenarnya. Time tu sebab ada 2 pasang baju saja jela konon iklan untuk sewa. Mula dari situ. Kemudian tambah modal cari stok. Dah nampak benda ni boleh pergi jauh sebab takde sape buat lagi dan cik zira orang pertama buat #sewabajuarab ni. Diam diam senyap senyap buat. Tambah modal beli stok lagi sket sket. Cik zira orang pertama yang buat benda ni secara online memudahkan semua yang nak menyewa pilih bank in terus dapat depan pintu. Lepas guna poslaju je balik tak perlu basuh. NAMPAK MACAM MUDAH. tapi benda macam ni renyah tak semua orang mampu buat dan hadap. Sebab kena kira stok. Kena amek order tulis dalam buku pack dan pos. Lepas dapat semula kena unpack-basuh-jemur-pack semula. SEMUANYA SENDIRIAN BERHAD. modal dari kecik lama lama makin beso. Dari cari stok di KL sekarang memang dah ada direct supplier dari china. Semua usaha sendiri. Bermula dari blogspot kemudian create instagram kemudian page fb. Alhamdulillah. Tak perlu iklan pun. Hanya post gamba gamba customer yang share. Post gamba gamba baju dan aksesori. Edit gamba sendiri. Benda ni cik zira buat tak perlu cari dan tarik customer sebab orang yang akan cari sendiri sebab nak guna. Walaupun followers dan likers tak seramai ribu riban (macam kita kena like orang ramai baru orang like kita balik), tapi cukup memberi rezeki untuk cik zira dan anak anak. Terima kasih suami sebab selalu bagi support secara tak langsung bila isteri mengadu penat tak menang tangan. Siapa kenal cik zira tahulah macam mana cik zira bekerja. Di sekolah dan di rumah sama. Kerja mesti beres awal. Jangan tangguh tangguh. Takde masa rehat. 




Selagi badan kuat BERUSAHALAH. BEKERJALAH MENIAGALAH UNTUK TAMBAH PENDAPATAN. Tapi jangan lupa kerja hakiki buat dengan baik. Itu sumber rezeki utama. Dan apa apa pun kita buat ingat Allah. Doa minta pada Allah. Laksanakan tanggungjawab sebagai hambaNya.
Cik zira bermula dari modal kecik. Makin lama makin beso sebab kena tambah stok. Alhamdulillah sangat bersyukur dengan apa yang ada sekarang dan harap sampai bila bila. Khalisah khaliq tolong nanti dah beso.
Kepada rakan rakan yang meniaga tak kisahlah meniaga apa sekalipun, cik zira doakan semoga kita semua dimurahkan rezeki. RAJIN DAN DOA tu penting.
Suami cik zira pun orang meniaga dia sentiasa support isteri dia yang minat meniaga dari dulu. Bukan support tang duit ye support bagi dorongan. Khalisah jugak selalu tolong ibu dan jadi model ibu. Bila ada duit hasil titik peluh sendiri nak keluar bawa anak jalan jalan shopping apa pun makan apa pun boleh. Memang duit tu ada. Syukur. Oh dan jangan lupa simpanan tabung haji. Aset rumah. Aset emas. Simpanan anak anak. Sume untuk masa hadapan jugak tau kawan kawan. Meniaga susah payah tapi takde sume ni tak guna jugak kan. Kena asingkan jugak tau.
INI PERKONGSIAN DARI CIK ZIRA YANG MENIAGA KECIL KECILAN SAHAJA. BUKAN SENANG NAK SENANG. NAK LEBIH USAHA LEBIH. jangan mudah putus asa k kawan kawan. Teruskan meniaga. Chaiyok 💪💪💪

Thursday, November 2, 2017

Penat tapi puas

Syukur Alhamdulillah. Terima kasih Allah. Walaupun kelam kelibut macam apa tapi masih boleh bertahan dengan kudrat tulang 4 kerat Allah pinjamkan ni. Nasib anak 2 je. Boleh handle lagi. Dan... yay!!



Tadi dengan rasminya 31.10.2017 dah guna buku meniaga baru setelah yang lama tu guna lebih dari 10 tahun. Tapi tetap akan simpan buat kenang kenangan.



Yang nak sewa baju aksesori tema arabian whatsapp je cik zira k. Pm pm x layan. Whatsapp terus ok.  wasap.my/+60127962386
jom doa semoga kita semua sihat kuat dan sentiasa dimurahkan rezeki tak kisahla meniaga apa pun. Aamiin 😍😍😍

Sunday, September 24, 2017

Abdul Khaliq anak baik

Kalau ibu buat keje untuk #bajuarabkhredshop ibu dekat bilik kerja tu, si kakak khalisah akan main buat kerja dia sendiri. Si adik khaliq pun sama. Bagilah kat dia apa apa mainan pastu biarkan je.

Alhamdulillah syukur Allah bagi pinjam dua dua anak yang baik yang tak pernah kacau ibu buat kerja. Yang pandai bawa diti sendiri walau ibu sibuk macam mana pun

Macam khaliq ni port dia suka main dekat bawah rak stok arabian ibu. Letakla dia jauh mana pun nanti alih alih dah sampai jugak dekat rak tu pastu suka sangat masuk bawah rak tu duk lepak bawah tu. Pastu nak keluar tak pandai. Nanti panggil la ibu ke kakak dia ke suh kuarkan dia dari tempat rilek dia tu. Hehe





Tak kisahla mana pun anak anak ibu nak menyelit asalkan jangan kacau ibu k 😆

Monday, August 28, 2017

TIPS : RAJIN MENDOBI BAJU

Ada orang malas bab mengerjakan kain baju kan? Bertimbun dalam bakul tunggu masa sesuai nak melipat kain baju bergunung tu. Last last tak lipat pun men punggah cari punggah sumbat dalam bakul balik. Betul tak?

Cik zira tak pernah macam tu. Hehe. Sebab dari zaman sekolah sekolah dulu kalau tolong arwah mak setelkan kain baju tak pernah tangguh melipat. Angkat je dari jemuran dah kering terus lipat dan simpan. Alhamdulillah sampailah sekarang dah anak dua.

Apa tipsnya?
1. RAJIN. jangan malas. Tu je yang utamanya.
2. BASUH BAJU KERAP. 2 atau 3 hari sekali. Jangan basuh seminggu sekali. Kadang sampai 2 3 trip basuhan sebab banyak sangat terkumpul. Bila basuh kerap jumlah ken baju tu sket je. Jemur sket angkat sket lipat pun sket.
3. TERUS LIPAT. tolong jangan biasakan lepas angkat baju baju kering terus sumbat dalam bakul pastu biar je. Kan ada masa tu lipat terus sambil tengok tv ke kan. Lipat terus simpan.
4. SET OTAK. set dalam otak dalam diri setiap kerja dalam rumah kena setel mengikut jadualnya. Kalau harini keje mendobi pagi pagi setelkan basuh jemur. Balik kerja angkat. Malam malam ada masa tu teruslah lipat dan simpan.

Eleh cakap senang la. Cik zira memang boleh cakap macam ni sebab cik zira amalkan benda ni. Kerja rumah kerja sekolah bajuarab setakat ni sume beres takde yang bertangguh. Bukan cakap besar. Tapi bila kita gunakan masa yang Allah bagi 24 jam sehari dengan sebaiknya In Sha Allah takkan ada masa yang terbuang dengan sia sia.

Boleh nak layan phone lama lama. Tapi pastikan semua kerja setel dulu barulah berehat layan phone sambil sambil dengan anak anak.

Cik zira isteri ibu bekerja meniaga sama macam korang jugak. Tapi semua kerja bila dari subuh dah set apa kena buat apa kena siapkan mesti takde masalah. Latih diri untuk displin. Bila kita displin kita akan latih diri anak anak sama macam kita. Khalisah pun dah ikut apa ibu buat. Ibu tak suka sepah lepas main khalisah akan kemas sendiri apa yang dia main. Letak balik barang mana dia amek.

RAJIN JANGAN MALAS. BUAT CEPAT JANGAN BERTANGGUH.

Pada cik zira takde istilah "ah nantilah. Jap lagi la buat" sebab selagi tak setel kerja selagi tu la otak ni duk berfikir apa lagi yang tak setel.

Itu je nak share. Cara cik zira. Kalau nak ubah kemalasan korang bab mendobi ni cubalah. Masa kita sume 24 jam sehari sama je. Kalau susun betul betul mesti boleh!

Monday, August 7, 2017

TIPS : macam mana urus keluarga kerjaya dan meniaga online


Ni kisah setiap isnin. Mengangkut berkilo kilo #bajuarabkhredshop untuk diposlaju kepada customer kesayangan. Teringat time duk jb dulu asal weekend je mengangkut berpuluh kilo barang meniaga dengan kak pah Aisy's Mam
Bukan senang nak senang. Walaupun dah takde meniaga bazar setiap weekend macam dulu dulu tapi #arabiancostumes ni tetap ada. Dah kalau minat akan buat sehabis baik.

Tips ibu anak dua urus rumah urus anak urus keluarga urus kerja sebagai cikgu urus #bajuarabkhredshop :
💖 jangan suka tido sebab masa untuk tido tu boleh setel sume kerja. Malam tido 6 jam tu pun kira okla tu. Siang jangan tido apatah lagi time lepas subuh.
💖 buat senarai dalam otak apa nak kena buat setiap kali celik mata bangun dari tido. Siapkan sume ikut kepentingan
💖 tak suka tangguh kerja. Kerja apa ada setelkan cepat cepat
💖 rajin dan usaha. Orang malas dapat apa?? Kecualilah kalau harta makan 7 keturunan pun tak habis. Orang macam kita kita ni kenalah usaha baru dapat rezeki lebih sket. Ye tak?
💖 apa apa je yang penting doa dan minta pada Allah walaupun sekecil "Ya Allah semoga sume kerja harini dapat dibereskan. Aamiin" "Ya Allah berkatilah rezekiku pada harini" "Ya Allah berikan kesihatan dan kekuatan padaku"

Sehari ada 24 jam sama je masa kita dengan semua orang. Kalau pandai uruskan masa dengan baik In Sha Allah takkan ada masa terluang yang sia sia. Kerja kerja rumah terjaga, anak anak suami terjaga, kerja kat sekolah elok elok, meniaga online pun terjaga.

Ok dah. Nak sambung setel keje uma lepastu urus khalisah nak gi sekolah. Jom sume supermom! Kita kita kan ibu ibu hebat kan kan... alhamdulillah 😙

Friday, December 16, 2016

Baju dan Aksesori Arab untuk disewa

Dah tahu kan kalau dah suka dah minat tu memang akan buat jugak. Walaupun sejak pindah penang dah tak aktif meniaga bazar hujung minggu macam duk jb dulu, tapi tetap ada buat online.

Dan sejak tahun 2009/2010 cik zira dah start buat sewaan baju arab. Walaupun time tu baju sepasang dua lepastu makin banyak dengan aksesori sekali.

Alhamdulillah meniaga kecik yang satu nila masih terus sampai sekarang. Mudah mudahan kekal sebab cik zira minat sungguh buat keje yang satu ni walaupun part time.

Idea asal cik zira. Tapi bila google akan ada satu hamba Allah duk buat jugak rupanya benda ni. Xpela. Rezeki masing masing kan. Kalau buat keje orang puas hati buat keje betul betul In Sha Allah ada rezeki Allah kasi. Aamiin

So kepada sesiapa yang ada majlis bertemakan arabian tu, silalah jenguk fb dan ig cik zira ye.





Apa apa nak tanya boleh je terus whatsapp cik zira di 012 7962386. Set 1 femly pun dah ada sekarang. Aksesori segala lah pasal arabian. In Sha Allah cukup.

Tuesday, June 7, 2016

berbazar cik khalisah

Orang lain time gini mesti berjalan cari juadah di bazar ramadhan. Yang di rumah dah siapkan juadah atas meja. Siapkan minuman sume.




Cik zira dengan khalisah dekat bazar ni kemas kemas siapkan kemah kitorang. Tahun ni partner meniaga, kak pah amek 1 kemah. Besar luas. Puas hati nak menyusun barang barang sume.

Sekejap lagi balik rumah atok tunggu maghrib nak berbuka ramai ramai.

Selamat berpuasa semua. Selamat berbuka.

Tuesday, May 24, 2016

Berniaga bukan mudah

Cik zira minat sangat sangat berniaga. Dari sekolah rendah ada je benda nak dijual. Sampailah sekarang. Minat sungguh.

Meniaga sampingan cik zira yang masih aktif dah beberapa tahun ni ialah Baju Arab Sewa. Alhamdulillah. Walaupun kecil kecilan tapi cik zira seronok. Seronok dapat kenal ramai customer. Seronok bila dorang share gamba yang dorang dapat queen of the night la best dress la..

Nampak macam senang kan meniaga ni? Tapi hakikatnya..

Macam cik zira ni, customer akan wasap tanya soalan soalan berkaitan. Kadang ada jugak tak berkaitan. Huhu. Lepas dah konpem tulis booking dalam buku.

Bila customer dah bank in duit pada tarikh yang ditetapkan sebelum barang sewa diposkan, cik zira akan start packing barang barang yang nak diposkan.



Lepas dapat semula barang barang sewa, cik zira akan basuh sendiri jemur dan packing semula dalam plastik mengikut set.

Bersyukur Allah berikan rezeki sampingan. Namun begitu kerja utama sebagai cikgu perlu diberikan keutamaan. Rezeki yang ni yang Allah bagi perlu dilakukan dengan sepenuh hati.

Rata rata sekarang sume orang pun meniaga kan. Seronok sebenarnya. Tak kisahla kecik ke beso ke asalkan dapat pengalaman meniaga tu. Tu yang penting.

Tuesday, April 26, 2016

Eira & Azad

Abang ipar cik zira share gambar dekat grup wasap femly. Artis eira syazira dengan suami azad datang beli dekat abang ipar meniaga dekat market tun sardon.



Sume pun tahu kan azad orang penang duk minden heights. Tak silap anak dorang amara rose sekolah sini.

Eira pun memang pandai masak rajin masak tu membeli lauk basah kat market.

Rajin folo ig eira ni. Tapi tak pernah jumpa lagila. Tapi memang suka bila artis artis ni pandai masak kan. Macam eina azman tu. Pun pandai masak. Sebab tu minat. Hehe

Monday, February 8, 2016

Minat sampingan: meniaga

Cik zira ni dari skola rendah memang suka meniaga. Ingat dulu masa dajah 5 kot reka majalah sendiri photostat pastu siap ada pertandingan siapa menang dapat hadiah. Jual 20 sen tapi modal keluar banyak beli hadiah sume lagi. Rugi. Haha. Tapi dah jenis suka menjual. Kawan kawan pun time tu suka beli.

Sampai ke sekolah menengah pun meniaga nasi lemak nasi dagang atok buat amek oder kawan kawan. Makan ramai ramai. Sebungkus rm1.

Masuk maktab masuk uum meniaga online. Berjinak jinak dan sampailah sekarang.

Bila dah keje meniaga bazar weekend, bazar ramadhan, pesta konvo utm. Dan sampailah dapat menjejakkan kaki ke syurga borong dunia, guangzhou dengan partner meniaga tahun 2014.

Bila dah pindah penang tak dapat dah nak meniaga bazar hujung minggu. Tapi online masih terus dan masih aktif sewakan baju bertemakan arabian.



Alhamdulillah masih ada rezeki Allah nak bagi. Syukur.

Adat meniaga ada time masyuk ada time slow. Tapi kena usaha dan selalu doa murah rezeki.

Kena rajin la kan nak meniaga ni. Mana ada keje yang senang alih alih dapat duit ye dak?

Yang penting minat dan kena rajin
Cik zira ni memang sebab minat. Dari kecik lagi. Sebab tu bawa sampailah sekarang. Nanti khalisahla kot tolong sambung plak.

Tapi, kerja jadi cikgu tetap keutamaan sebab Allah bagi rezeki bagi gaji ikut situ. Kena jadikan nombor satu. Meniaga ni sampingan je.

Saturday, July 11, 2015

rindu berbazar


awal ramadhan haritu, kak pah merangkap partner meniaga cik zira di JB hantar gambar bazar kak pah dan suami berhempas pulas setting siap semua.

bila dapat je gambar tu tersenyum lebar. rasa rindu. rindu sangat.



kalau tahun lepas, memang dekat bazar jela setiap malam. terawih sendiri lepastu terus ke bazar jaga sampai tutup. khalisahlah peneman setia.

tahun ni, duduk penang, kak pah dan suami yang uruskan bazar kat sana. terima kasih sangat. cik zira jadi sleeping partner je. bolehlah kan asal ada duit simpan sket sket.

setiap hari doakan rezeki murah untuk tahun ni. semoga ramailah pelanggan membeli baju raya di bazar kami. lokasi di giant taman suria. ada baju kurung ibu anak, baju melayu bapak anak, blouse, dress, inner jubah, tshirt, baggy shirt dan banyak lagi. silalah datang ye.

doakan kami ye. terima kasih

Monday, June 1, 2015

seronoknya cuti


Assalamualaikum dan salam sayang buat semua. macam mana dengan cuti korang? bawa anak anak gi mana weekend baru ni? mesti seronok anak anak mak ayah bawa berjalan.

cik zira dan khalisah dah selamat sampai JB kampung tercinta sabtu pagi haritu. last minit beli tiket kapatebang sebab suamiku cuti sekejap je. tak puas. jadinya balik dulu dengan khalisah berdua. nak bagi khalisah lepaskan rindu dengan semua dekat sini. sebenarnya ibu pun rindu jugak dengan semua.

dah dua malam tido uma atok ni. makan sedap sedap. harini plan nak ke pasir gudang rumah partner meniaga nak setelkan barang meniaga untuk bazar ramadhan. buat mana yang boleh buat untuk preparation sebab tak lama lagi nanti nak puasa dah kan.

suamiku sampai harini tapi tak tahu bila sampai. jadi, sementara tunggu babah baik ibu ngan khalisah berjalan dulu manfaat masa yang ada dengan sebaiknya.

oklah. harini update sket je. awal lagi cuti ni. jom jalan jalan sume!

Thursday, May 21, 2015

Baju Arab Lelaki


Alhamdulillah syukur. sekarang bisnes kecik cik zira yang dah masuk 4 tahun ni dah berkembang sket sebab dah ada Baju Arab untuk Lelaki dan anak lelaki pulak. selama ni hanya untuk perempuan dan anak perempuan.

lepas ni kalau ada majlis bertemakan arabian nak bawa satu keluarga mehla sewa baju dengan aksesori dengan cik zira k. satu keluarga dah ada baju.

KLIK GAMBA DI BAWAH untuk terus ke blogshop cik zira k.



bawah ni plak nak share sket anak dara cik zira ni ha jadi model tak berbayar gayakan baju baju arab ni. kalau korang pakai anak korang pakai konpem terus macam mamat mamat arab dah.





jangan malu jangan segan nak tanya apa apa pasal penyewaan baju arab boleh sms atau whatsapp cik zira di 012-7962386 k.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails