SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Thursday, January 23, 2020

dengan meniaga sendiri, dapat reward diri setiap hari

syukur alhamdulillah cik zira dari dulu suka cari duit sendiri. dari sekolah rendah lagi suka meniaga macam macam. sampailah ke sekolah menengah, masuk maktab masuk UUM semua meniaga. dah kerja pun still meniaga.

dan sampailah sekarang masih terus dengan perkhidmatan sewa kostum dan aksesori bertemakan arabian. dah masuk tahun ke 11.

jadinya, bila ada side income ni, cik zira rasa puas sket sebab cik zira boleh beli apa cik zira nak beli bila bila masa je takyah tunggu gaji cikgu cik zira. cik zira boleh reward diri shopping apa apa berapa je pun sesuka hati cik zira.

dan siapa kenal cik zira, cik zira adalah sejenis yang bila beli, tak akan beli 1 sahaja. paling paling 2. dan biasanya lebih dari 2-3.



haritu, cik zira beli sampai 10 pasang. beli comfortwear 2 pasang dari gayekinisha. beli kurung moden 2 pasang dan kurung kedah 2 pasang dari khaizan. lepastu kirim dengan personal shopper sales leeyanarahman, 2 helai kajool jubah, sehelai jubah hitam dengan sepasang kurung. tak silap total 10 pasang ni sume mahu cecah 1K.

belilah apa pun memang tak akan beli 1. tak tahu kenapa. kalau tudung pun sama sekali beli banyak 3-5 helai terus. barang lain pun sama.

pendek kata, bersyukur sangat sebab sejenis rajin cari duit dari kecik. jadi, bila dah kerja dan side income pun dah stabil nak beli apa pun beli je. tapi simpanan tetap ada. jangan risau. cik zira beli pun guna duit sendiri, tak minta duit suami tau. tak minta duit siapa siapa. jadi, bila dah kerja kenalah reward diri sendiri bebila masa je =)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails