SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Showing posts with label baju arab. Show all posts
Showing posts with label baju arab. Show all posts

Tuesday, January 21, 2020

rumah dah macam pejabat pos

bulan yang sibuk setiap tahun ialah bulan Mei, Oktober dan November. bulan bulan lain ada je ramai orang sewa bajuarabkhredshop. tapi 3 bulan ni extra customers.

jadinya, setiap hari akan ada adik adik poslaju, J&T, citylink, gdex dan courier lain datang rumah anta barang barang yang customer return.



semua dah kenal dan semua pun tinggal je barang walaupun dekat rumah takde orang. kadang yang baru baru, dorang kol dan cik zira bagi nombor IC je lepastu dorang tinggal je barang. memudahkan kerja cik zira takyah nak pergi amek plak barang kalau takde dekat rumah.

terima kasih ye semua yang mudahkan kerja cik zira. semoga yang tolong ni semua dipermudahkan urusan jugak setiap hari.

Friday, July 6, 2018

NAK LEBIH USAHA LEBIH

kalau nak duit lebih
USAHA CARI
bila dah ada duit lebih 
apa nak beli pun boleh beli bila bila masa pun
janji tak minta orang tak susahkan orang sebab tu duit sendiri usaha sendiri

setakat ni duit gaji cik zira masuk bsn untuk bayar loan bayar bil belanja rumah lebihan memang simpan tabung haji ada jugak melagha setiap bulan guna je kad bsn

duit income #bajuarabkhredshop tu la yang cik zira guna untuk makan makan jalan jalan check in hotel bawa anak anak bersuka ria dan ada lebihan simpan. setakat setengah tahun income #bajuarabkhredshop hampir cecah 20k untuk 2018. tapi banyak dah habis ada jugak yang simpan. duit ni la cik zira guna untuk benda benda lagha untuk nak beli apa cik zira nak beli. dan berkongsi jugak sama sama.

setiap orang meniaga terutama yang kecil kecilan macam cik zira Allah dah tentukan rezeki masing masing. jangan banding banding lah please. tapi kalau nak banding sebab nak hebat macam orang tu dan berusaha lebih keras lagi itu boleh.

suami cik zira pun orang meniaga dan cik zira tahu betapa kerasnya usaha dia untuk cari rezeki tapi bila nak beli apa apa nak kan sesuatu cik zira dan suami takkan kedekut nak keluarkan sejumlah yang banyak sebab dah tahu kerja keras perlu ada reward.

rezeki kita tak sama tapi masing masing ada rezeki tersendiri. terpulang sekuat mana kita berusaha serajin mana kita kerjakan tanggungjawab tu. 

CIK ZIRA SUKA JADI CIKGU DAN AKAN USAHA UNTUK BUAT SEBAIKNYA SEBAGAI SEORANG CIKGU SEBAB INI KERJA HAKIKI REZEKI UTAMA ALLAH KASI.

BERNIAGA NI MINAT. RAJIN USAHA DAPAT LEBIH DUDUK SAJA SAJA DAPAT APA? cik zira akan cuba sebaik mungkin layan customer dan berikan servis yang terbaik sebab customer bayar cik zira. mana kurang tu cik zira minta maaf dan akan perbaiki lagi.


lagi satu nak share, BERILAH KONGSILAH sebab kita tak akan miskin dengan memberi dan berkongsi. lagi kedekut kita lagi kedekut rezeki nak dekat dengan kita. tahu tak bila kita memberi tu orang yang menerima akan doakan kita. korang akan rasa betapa bahagia dalam hati bila ada orang doakan yang baik baik untuk kita😍

Sunday, January 21, 2018

SHARING POST : TIPS URUS KEWANGAN

SHARING POST:
setiap tahun akan buat siap siap dalam diari pengurusan kewangan setiap bulan januari-disember
1 page tulis perbelanjaan bulanan kira kira supaya dapat asingkan yang nak kena guna bayar dan untuk simpanan
1 page untuk 2 rumah sewakan: income dan bayar bank
1 page untuk duit pengasuh khaliq duit yuran skola khalisah
1 page untuk bil bil dan loan bank
1 page untuk susu dan pampers khaliq




Sejenis yang apa apa sume tulis dan catat untuk rujukan. Ni untuk gaji sebagai cikgu sahaja. Tak masuk income #bajuarabkhredshop sebab income bajuarab untuk belanja merepek merepek untuk savings lain untuk beli emas ujung tahun dan lain lain.

Savings yang ada dari gaji + bajuarab alhamdulilah dapat buat deposit tinggi untuk beli kereta idaman sendiri tahun ni. Syukur.

Sebagai seorang isteri yang bekerja, kena ikhlaskan hati support suami untuk keluarga dan jangan berkira dengan suami sangat. Yang penting nafkah yang suami kena bagi suami lunaskan. Sebagai isteri remind suami siap siap tiap bulan berapa suami kena bagi dan berapa kita sebagai isteri ikhlaskan untuk support family.
Ramai isteri bekerja pun buat macam ni kan. Suami cover duit anak anak kita isteri cover bil susu pampers dan merepek merepek. Ada yang sebaliknya.

Kalau ikutkan bila tengok perbelanjaan keluar setiap bulan Masha Allah melebihi pendapatan. Betul tak? Tapi Allah tu maha kaya maha membantu. DIA sentiasa cukupkan rezeki kita semua. SENTIASA CUKUP. kan?

Sebab tu kalau ada lebih kongsila rezeki bersama yang lain sebab bila kita memberi ada rezeki lain Allah akan bagi tanpa kita sedar. Dan sentiasalah bersyukur dan beringat ada orang lagi susah dari kita. Yang susah kita bantu.

Yang penting apa pun kita buat tu duit kita sendiri. Rezeki yang kita usahakan sendiri. Bukan meminta minta hasil orang lain. Barulah puas bila semua atas usaha sendiri. Kan?

Bekerjalah kuat sementara masih muda ni. Masih diberikan kudrat dan tenaga. Sediakan apa yang patut untuk anak anak sebab kita takkan tahu di masa depan apa nasib anak anak kita. Rumah makin mahal segalanya makin mahal. Siapkan simpanan untuk anak anak jugak.


Kita takkan tahu bila penghujung kita di dunia. Kutip juga amalan amalan untuk akhirat yang kekal abadi. Sentiasalah ingat mati.

Wednesday, December 20, 2017

SHARING : RAJIN USAHA DAN DOA

(INI POST PANJANG LEBO πŸ˜…)
Assalamualaikum salam menjemput rezeki buat semua rakan sahabat dan keluarga.
Harini cik zira nak berkongsi sedikit. Dari sekolah rendah dah macam macam benda cik zira jual. Dah meniaga tudung baju sejak zaman blaja maktab dan uum. Dekat uum siap meniaga sosej dan sardin roll. Orang study time exam cik zira gelek roti jual. Dah keje masih meniaga bazar hujung minggu. Online pun masih on. Penat tak usah cakap. Takde masa rehat. Dan cik zira start #bajuarabkhredshop sekitar tahun 2009 lagi sebenarnya. Time tu sebab ada 2 pasang baju saja jela konon iklan untuk sewa. Mula dari situ. Kemudian tambah modal cari stok. Dah nampak benda ni boleh pergi jauh sebab takde sape buat lagi dan cik zira orang pertama buat #sewabajuarab ni. Diam diam senyap senyap buat. Tambah modal beli stok lagi sket sket. Cik zira orang pertama yang buat benda ni secara online memudahkan semua yang nak menyewa pilih bank in terus dapat depan pintu. Lepas guna poslaju je balik tak perlu basuh. NAMPAK MACAM MUDAH. tapi benda macam ni renyah tak semua orang mampu buat dan hadap. Sebab kena kira stok. Kena amek order tulis dalam buku pack dan pos. Lepas dapat semula kena unpack-basuh-jemur-pack semula. SEMUANYA SENDIRIAN BERHAD. modal dari kecik lama lama makin beso. Dari cari stok di KL sekarang memang dah ada direct supplier dari china. Semua usaha sendiri. Bermula dari blogspot kemudian create instagram kemudian page fb. Alhamdulillah. Tak perlu iklan pun. Hanya post gamba gamba customer yang share. Post gamba gamba baju dan aksesori. Edit gamba sendiri. Benda ni cik zira buat tak perlu cari dan tarik customer sebab orang yang akan cari sendiri sebab nak guna. Walaupun followers dan likers tak seramai ribu riban (macam kita kena like orang ramai baru orang like kita balik), tapi cukup memberi rezeki untuk cik zira dan anak anak. Terima kasih suami sebab selalu bagi support secara tak langsung bila isteri mengadu penat tak menang tangan. Siapa kenal cik zira tahulah macam mana cik zira bekerja. Di sekolah dan di rumah sama. Kerja mesti beres awal. Jangan tangguh tangguh. Takde masa rehat. 




Selagi badan kuat BERUSAHALAH. BEKERJALAH MENIAGALAH UNTUK TAMBAH PENDAPATAN. Tapi jangan lupa kerja hakiki buat dengan baik. Itu sumber rezeki utama. Dan apa apa pun kita buat ingat Allah. Doa minta pada Allah. Laksanakan tanggungjawab sebagai hambaNya.
Cik zira bermula dari modal kecik. Makin lama makin beso sebab kena tambah stok. Alhamdulillah sangat bersyukur dengan apa yang ada sekarang dan harap sampai bila bila. Khalisah khaliq tolong nanti dah beso.
Kepada rakan rakan yang meniaga tak kisahlah meniaga apa sekalipun, cik zira doakan semoga kita semua dimurahkan rezeki. RAJIN DAN DOA tu penting.
Suami cik zira pun orang meniaga dia sentiasa support isteri dia yang minat meniaga dari dulu. Bukan support tang duit ye support bagi dorongan. Khalisah jugak selalu tolong ibu dan jadi model ibu. Bila ada duit hasil titik peluh sendiri nak keluar bawa anak jalan jalan shopping apa pun makan apa pun boleh. Memang duit tu ada. Syukur. Oh dan jangan lupa simpanan tabung haji. Aset rumah. Aset emas. Simpanan anak anak. Sume untuk masa hadapan jugak tau kawan kawan. Meniaga susah payah tapi takde sume ni tak guna jugak kan. Kena asingkan jugak tau.
INI PERKONGSIAN DARI CIK ZIRA YANG MENIAGA KECIL KECILAN SAHAJA. BUKAN SENANG NAK SENANG. NAK LEBIH USAHA LEBIH. jangan mudah putus asa k kawan kawan. Teruskan meniaga. Chaiyok πŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺ

Thursday, November 2, 2017

Penat tapi puas

Syukur Alhamdulillah. Terima kasih Allah. Walaupun kelam kelibut macam apa tapi masih boleh bertahan dengan kudrat tulang 4 kerat Allah pinjamkan ni. Nasib anak 2 je. Boleh handle lagi. Dan... yay!!



Tadi dengan rasminya 31.10.2017 dah guna buku meniaga baru setelah yang lama tu guna lebih dari 10 tahun. Tapi tetap akan simpan buat kenang kenangan.



Yang nak sewa baju aksesori tema arabian whatsapp je cik zira k. Pm pm x layan. Whatsapp terus ok.  wasap.my/+60127962386
jom doa semoga kita semua sihat kuat dan sentiasa dimurahkan rezeki tak kisahla meniaga apa pun. Aamiin 😍😍😍

Sunday, September 24, 2017

Abdul Khaliq anak baik

Kalau ibu buat keje untuk #bajuarabkhredshop ibu dekat bilik kerja tu, si kakak khalisah akan main buat kerja dia sendiri. Si adik khaliq pun sama. Bagilah kat dia apa apa mainan pastu biarkan je.

Alhamdulillah syukur Allah bagi pinjam dua dua anak yang baik yang tak pernah kacau ibu buat kerja. Yang pandai bawa diti sendiri walau ibu sibuk macam mana pun

Macam khaliq ni port dia suka main dekat bawah rak stok arabian ibu. Letakla dia jauh mana pun nanti alih alih dah sampai jugak dekat rak tu pastu suka sangat masuk bawah rak tu duk lepak bawah tu. Pastu nak keluar tak pandai. Nanti panggil la ibu ke kakak dia ke suh kuarkan dia dari tempat rilek dia tu. Hehe





Tak kisahla mana pun anak anak ibu nak menyelit asalkan jangan kacau ibu k πŸ˜†

Wednesday, September 6, 2017

Bilik menjemur

Dekat rumah ni memang ada 1 bilik untuk cik zira jemur baju. Tingkat atas kayu jadinya pukul 11 pagi tu dah mula rasa bahang panasnya. Naik sekejap dah macam sauna dah. Kalau nak buat keje ke nak main ke kat atas memang kena buka aircond. Kalau tak panas yang amat.

Jadinya kalau menjemur baju sekejap je boleh kering bila panas membahang macam tu. Sebelum ni stand untuk menjemur ada 2 je. Jadi nak menjemur baju terhad. Mana baju rumah lagi mana baju arab lagi.




Bila dah tambah stand lega sangat. Senang nak menjemur baju banyak banyak. Stand stand yang ada sebelum ni beli dekat nikorex masa nak pindah uma ni. Nikorex bayan baru. Sekali dah tutup plak. Kirimlah dekat adik stand ikea mulig yg rm24.50 tu. Kirim 4. Senang hati stand dah banyak ☺

Lagipun style cik zira ni memang tak suka ada almari. Baju baju sume gantung dekat stand. Senang nak tengok pilih dan amek mana satu nak pakai.

Memang rumah ni takde almari pun. Ada pun cube box yang ada gamba kartun kartun tu untuk baju baju yang berlipat simpan dalam tu. Tu jela.

Kenapa jemur dalam rumah? Senang bila bila rasa nak basuh baju nak jemur suka hati je. Takyah keluar rumah kena pakai tudung segala nak menjemur. Pastu tak risau hujan ke apa. Tinggal jela.

Monday, August 28, 2017

TIPS : RAJIN MENDOBI BAJU

Ada orang malas bab mengerjakan kain baju kan? Bertimbun dalam bakul tunggu masa sesuai nak melipat kain baju bergunung tu. Last last tak lipat pun men punggah cari punggah sumbat dalam bakul balik. Betul tak?

Cik zira tak pernah macam tu. Hehe. Sebab dari zaman sekolah sekolah dulu kalau tolong arwah mak setelkan kain baju tak pernah tangguh melipat. Angkat je dari jemuran dah kering terus lipat dan simpan. Alhamdulillah sampailah sekarang dah anak dua.

Apa tipsnya?
1. RAJIN. jangan malas. Tu je yang utamanya.
2. BASUH BAJU KERAP. 2 atau 3 hari sekali. Jangan basuh seminggu sekali. Kadang sampai 2 3 trip basuhan sebab banyak sangat terkumpul. Bila basuh kerap jumlah ken baju tu sket je. Jemur sket angkat sket lipat pun sket.
3. TERUS LIPAT. tolong jangan biasakan lepas angkat baju baju kering terus sumbat dalam bakul pastu biar je. Kan ada masa tu lipat terus sambil tengok tv ke kan. Lipat terus simpan.
4. SET OTAK. set dalam otak dalam diri setiap kerja dalam rumah kena setel mengikut jadualnya. Kalau harini keje mendobi pagi pagi setelkan basuh jemur. Balik kerja angkat. Malam malam ada masa tu teruslah lipat dan simpan.

Eleh cakap senang la. Cik zira memang boleh cakap macam ni sebab cik zira amalkan benda ni. Kerja rumah kerja sekolah bajuarab setakat ni sume beres takde yang bertangguh. Bukan cakap besar. Tapi bila kita gunakan masa yang Allah bagi 24 jam sehari dengan sebaiknya In Sha Allah takkan ada masa yang terbuang dengan sia sia.

Boleh nak layan phone lama lama. Tapi pastikan semua kerja setel dulu barulah berehat layan phone sambil sambil dengan anak anak.

Cik zira isteri ibu bekerja meniaga sama macam korang jugak. Tapi semua kerja bila dari subuh dah set apa kena buat apa kena siapkan mesti takde masalah. Latih diri untuk displin. Bila kita displin kita akan latih diri anak anak sama macam kita. Khalisah pun dah ikut apa ibu buat. Ibu tak suka sepah lepas main khalisah akan kemas sendiri apa yang dia main. Letak balik barang mana dia amek.

RAJIN JANGAN MALAS. BUAT CEPAT JANGAN BERTANGGUH.

Pada cik zira takde istilah "ah nantilah. Jap lagi la buat" sebab selagi tak setel kerja selagi tu la otak ni duk berfikir apa lagi yang tak setel.

Itu je nak share. Cara cik zira. Kalau nak ubah kemalasan korang bab mendobi ni cubalah. Masa kita sume 24 jam sehari sama je. Kalau susun betul betul mesti boleh!

Monday, August 7, 2017

TIPS : macam mana urus keluarga kerjaya dan meniaga online


Ni kisah setiap isnin. Mengangkut berkilo kilo #bajuarabkhredshop untuk diposlaju kepada customer kesayangan. Teringat time duk jb dulu asal weekend je mengangkut berpuluh kilo barang meniaga dengan kak pah Aisy's Mam
Bukan senang nak senang. Walaupun dah takde meniaga bazar setiap weekend macam dulu dulu tapi #arabiancostumes ni tetap ada. Dah kalau minat akan buat sehabis baik.

Tips ibu anak dua urus rumah urus anak urus keluarga urus kerja sebagai cikgu urus #bajuarabkhredshop :
πŸ’– jangan suka tido sebab masa untuk tido tu boleh setel sume kerja. Malam tido 6 jam tu pun kira okla tu. Siang jangan tido apatah lagi time lepas subuh.
πŸ’– buat senarai dalam otak apa nak kena buat setiap kali celik mata bangun dari tido. Siapkan sume ikut kepentingan
πŸ’– tak suka tangguh kerja. Kerja apa ada setelkan cepat cepat
πŸ’– rajin dan usaha. Orang malas dapat apa?? Kecualilah kalau harta makan 7 keturunan pun tak habis. Orang macam kita kita ni kenalah usaha baru dapat rezeki lebih sket. Ye tak?
πŸ’– apa apa je yang penting doa dan minta pada Allah walaupun sekecil "Ya Allah semoga sume kerja harini dapat dibereskan. Aamiin" "Ya Allah berkatilah rezekiku pada harini" "Ya Allah berikan kesihatan dan kekuatan padaku"

Sehari ada 24 jam sama je masa kita dengan semua orang. Kalau pandai uruskan masa dengan baik In Sha Allah takkan ada masa terluang yang sia sia. Kerja kerja rumah terjaga, anak anak suami terjaga, kerja kat sekolah elok elok, meniaga online pun terjaga.

Ok dah. Nak sambung setel keje uma lepastu urus khalisah nak gi sekolah. Jom sume supermom! Kita kita kan ibu ibu hebat kan kan... alhamdulillah πŸ˜™

Friday, December 16, 2016

Baju dan Aksesori Arab untuk disewa

Dah tahu kan kalau dah suka dah minat tu memang akan buat jugak. Walaupun sejak pindah penang dah tak aktif meniaga bazar hujung minggu macam duk jb dulu, tapi tetap ada buat online.

Dan sejak tahun 2009/2010 cik zira dah start buat sewaan baju arab. Walaupun time tu baju sepasang dua lepastu makin banyak dengan aksesori sekali.

Alhamdulillah meniaga kecik yang satu nila masih terus sampai sekarang. Mudah mudahan kekal sebab cik zira minat sungguh buat keje yang satu ni walaupun part time.

Idea asal cik zira. Tapi bila google akan ada satu hamba Allah duk buat jugak rupanya benda ni. Xpela. Rezeki masing masing kan. Kalau buat keje orang puas hati buat keje betul betul In Sha Allah ada rezeki Allah kasi. Aamiin

So kepada sesiapa yang ada majlis bertemakan arabian tu, silalah jenguk fb dan ig cik zira ye.





Apa apa nak tanya boleh je terus whatsapp cik zira di 012 7962386. Set 1 femly pun dah ada sekarang. Aksesori segala lah pasal arabian. In Sha Allah cukup.

Tuesday, May 24, 2016

Berniaga bukan mudah

Cik zira minat sangat sangat berniaga. Dari sekolah rendah ada je benda nak dijual. Sampailah sekarang. Minat sungguh.

Meniaga sampingan cik zira yang masih aktif dah beberapa tahun ni ialah Baju Arab Sewa. Alhamdulillah. Walaupun kecil kecilan tapi cik zira seronok. Seronok dapat kenal ramai customer. Seronok bila dorang share gamba yang dorang dapat queen of the night la best dress la..

Nampak macam senang kan meniaga ni? Tapi hakikatnya..

Macam cik zira ni, customer akan wasap tanya soalan soalan berkaitan. Kadang ada jugak tak berkaitan. Huhu. Lepas dah konpem tulis booking dalam buku.

Bila customer dah bank in duit pada tarikh yang ditetapkan sebelum barang sewa diposkan, cik zira akan start packing barang barang yang nak diposkan.



Lepas dapat semula barang barang sewa, cik zira akan basuh sendiri jemur dan packing semula dalam plastik mengikut set.

Bersyukur Allah berikan rezeki sampingan. Namun begitu kerja utama sebagai cikgu perlu diberikan keutamaan. Rezeki yang ni yang Allah bagi perlu dilakukan dengan sepenuh hati.

Rata rata sekarang sume orang pun meniaga kan. Seronok sebenarnya. Tak kisahla kecik ke beso ke asalkan dapat pengalaman meniaga tu. Tu yang penting.

Monday, February 8, 2016

Minat sampingan: meniaga

Cik zira ni dari skola rendah memang suka meniaga. Ingat dulu masa dajah 5 kot reka majalah sendiri photostat pastu siap ada pertandingan siapa menang dapat hadiah. Jual 20 sen tapi modal keluar banyak beli hadiah sume lagi. Rugi. Haha. Tapi dah jenis suka menjual. Kawan kawan pun time tu suka beli.

Sampai ke sekolah menengah pun meniaga nasi lemak nasi dagang atok buat amek oder kawan kawan. Makan ramai ramai. Sebungkus rm1.

Masuk maktab masuk uum meniaga online. Berjinak jinak dan sampailah sekarang.

Bila dah keje meniaga bazar weekend, bazar ramadhan, pesta konvo utm. Dan sampailah dapat menjejakkan kaki ke syurga borong dunia, guangzhou dengan partner meniaga tahun 2014.

Bila dah pindah penang tak dapat dah nak meniaga bazar hujung minggu. Tapi online masih terus dan masih aktif sewakan baju bertemakan arabian.



Alhamdulillah masih ada rezeki Allah nak bagi. Syukur.

Adat meniaga ada time masyuk ada time slow. Tapi kena usaha dan selalu doa murah rezeki.

Kena rajin la kan nak meniaga ni. Mana ada keje yang senang alih alih dapat duit ye dak?

Yang penting minat dan kena rajin
Cik zira ni memang sebab minat. Dari kecik lagi. Sebab tu bawa sampailah sekarang. Nanti khalisahla kot tolong sambung plak.

Tapi, kerja jadi cikgu tetap keutamaan sebab Allah bagi rezeki bagi gaji ikut situ. Kena jadikan nombor satu. Meniaga ni sampingan je.

Wednesday, November 11, 2015

jadi model ibu lagi


kalau dulu ibu suh jadi model baju arab budak perempuan, baru baru ni ibu suruh jadi lagi model baju arab budak laki plak. ibu takde keje, time tu pukul 11 lebih malam. khalisah pun mata segar lagi, ibu paksa suruh pakai baju amek gamba. ada 5 pasang baju semuanya.

khalisah pun ok je. suruh pose dia pose la.







ibu janji nak belikan menan sebagai upah. kekecik upah tu la, kalau beso nanti konpem upah duit bila jadi model ibu. hehe

terima kasih khalisah jadi model tak berbayar ibu berlatarbelakangkan gobok katun khalisah tu.

Thursday, May 21, 2015

Baju Arab Lelaki


Alhamdulillah syukur. sekarang bisnes kecik cik zira yang dah masuk 4 tahun ni dah berkembang sket sebab dah ada Baju Arab untuk Lelaki dan anak lelaki pulak. selama ni hanya untuk perempuan dan anak perempuan.

lepas ni kalau ada majlis bertemakan arabian nak bawa satu keluarga mehla sewa baju dengan aksesori dengan cik zira k. satu keluarga dah ada baju.

KLIK GAMBA DI BAWAH untuk terus ke blogshop cik zira k.



bawah ni plak nak share sket anak dara cik zira ni ha jadi model tak berbayar gayakan baju baju arab ni. kalau korang pakai anak korang pakai konpem terus macam mamat mamat arab dah.





jangan malu jangan segan nak tanya apa apa pasal penyewaan baju arab boleh sms atau whatsapp cik zira di 012-7962386 k.

Tuesday, April 7, 2015

khidmat sewa baju arabian


Assalamualaikum. dah lama rasanya cik zira tak bercerita pasal meniaga kan. kalau dulu masa duk JB hujung minggu je tak rehat pun sama sama dengan partner meniaga, kak pah berbazar. payahla nak dapat hujung minggu yang rehat di rumah. dahla 5 hari kat sekolah, hujung minggu sambung cari rezeki tambahan. minat punya pasal kan.

sekarang dah pindah penang duduk bersama suamiku, takde dah berbazar hujung minggu. rindu jugak tapi tula kan, ada rezeki lain In Sha Allah. tapi, meniaga online masih on ye. ada lagi barang best best dijual.

ini antara baju yang disewa cik zira pack semula setelah siap dibasuh


selain tu, khidmat sewa baju arabian untuk majlis bertemakan arab masih dijalankan. syukur meniaga yang satu ni memang back up cik zira sejak beberapa tahun ni. terima kasih kepada semua customer yang sudi menyewa dengan cik zira dan sudi share gamba. paling happy bila ramai customer yang dapat best dress!!






jadi, kepada sesiapa yang ada majlis bertemakan arabian, tak nak beli baju sebab beli mahal mahal pakai untuk beberapa jam sahaja lepas tu dah tak pakai dah kan, mehla jangan malu segan sms atau whatsapp cik zira untuk sebarang pertanyaan k.

atau boleh ke KHREDSHOP lihat sendiri pakej yang diberikan dan gambar gambar customer share.

dalam duk diam pergi balik kerja, seminggu paling kurang sekali dua kali ke pejabat pos buat poslaju. terima kasih YA ALLAH. semoga sentiasa diberkatimu dan diluaskan rezeki cik zira dan kawan kawan semua. AMIN

Saturday, December 15, 2012

cantik sungguh penyewa-penyewa baju dan aksesori arabian cik zira.



cik zira nak kongsikan gambar beberapa penyewa yang telah menyewa baju arab dan aksesori arab dari REDshop cik zira.













semuanya cantik-cantik belaka.


yang bawah ni plak cik zira aka gadis arab Merah berpakaian arab SET 6 MERAH.





jadi, apa lagi, kepada sesiapa yang masih mencari baju bertemakan arabian untuk majlis makan malam mahu pun perkahwinan, silalah ke REDshop untuk lebih lanjut ye.


selain perkhidmatan sewa baju dan aksesori arab, ada juga jualan TUDUNG CT MANIK, TUDUNG SYRIA CHIFFON 2 LAYERS, LONG CARDIGAN LABUH dan PUFFY LONG SLEEVE DRESS di REDshop.


silalah berkunjung ke blogshop cik zira yang satu tu ye. terima kasih.





~sekian~



k,adios!!!,,, by : ierarahman rabu 12 disember 2012 12.40 p.m.

Friday, November 30, 2012

packing cara cik zira.




Alhamdulillah, sambutan Arabian Costumes untuk disewa semakin menggalakkan. dan alhamdulillah, penyewa cik zira semua ikut syarat dan pulangkan semula baju dan barang yang disewa. syukur.


cik zira dah beli plastik siap-siap untuk packing barang yang cik zira nak poslaju. tak kira lah baju arab untuk sewaan atau tudung dan baju yang dijual. plastik warna hitam bercorak cik zira guna untuk packing. packing cantik dan kemas-kemas.


kat luar plastik cik zira letakkan kertas dengan nama penerima dan no telefon penerima. senang orang pejabat pos nak lekat borang poslaju sebab kadang-kadang cik zira memang poslaju sekali banyak.






cop REDshop pun dah cik zira buat dan wajib guna stamp pad warna Merah ye. barulah Red namanya.


jadi, kepada sesiapa yang masih mencari kat mana nak sewa baju bertemakan Arabian selain jubah, bolehlah berkunjung ke REDshop cik zira ye. tudung dan long cardi pun ada dijual di REDshop. yang nak cari Homestay selesa di Gelugor, Penang pun dekat Redshop ye. sebarang pertanyaan, terus sms cik zira je tau.





~sekian~



k,adios!!!,,, by : ierarahman selasa 27 november 2012 9.23 a.m.

Tuesday, May 22, 2012

Tudung Hari Guru 2012.




kalau ada majlis apa-apa yang bolehlah cik zira nak pakai cantik-cantik sket, semestinya warna pilihan cik zira ialah warna MERAH. yelah, MERAH tu kan melambangkan diri cik zira ni.






sama macam masa sambutan hari guru rabu lepas, cik zira pakai kebaya kuning + long skirt MERAH + shawl MERAH. banyak betul MERAHnya.






bab tudung tu, cik zira pakai shawl biasa, anak tudung syria. tambahkan kerongsang besar dekat anak tudung tu. dulu masa kahwin teringin nak pakai kerongsang besar tapi tak kesampaian. tu yang cubalah pakai masa sambutan hari guru tu. 






kalau sesiapa yang menyewa baju arab cik zira tu, bolehlah pakai style tudung macam tu ye,,, ^___^






~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman isnin 21 mei 2012 9.30 p.m.

Monday, May 7, 2012

bertambahnya Baju Arab untuk disewa.





Alhamdulillah. ada rezeki lebih. jadi, cik zira pun tambahkan lagi jumlah Set Baju Arab dan aksesori untuk disewa. sambutan menggalakkan.







kepada sesiapa yang perlukan baju untuk majlis bertemakan Arabian, sudi-sudilah menjenguk ...REDshop... untuk lebih lanjut k. Insya Allah, puas hati dengan servis cik zira berikan,,, =)






~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman sabtu 5 mei 2012 10.56 p.m.

Tuesday, May 1, 2012

pergi KL.





ini cerita hari ahad. cik zira dan suamiku pergi KL. tunggu suamiku balik kerja. nak dekat pukul 2 petang macam tu bergerak dari Penang. sampai KL pukul 4 lebih. pergi membeli barang dalam sejam je macam tu. terus bertolak balik dari KL pukul 6 sampai Penang pukul 9 lebih malam. siap bawa bekal makan dalam kereta masa perjalanan pergi.


bila tak pakai spek dan lense, terus nampak mata senget,,, huhu





bayangkan perjalanan berjam-jam ke KL pergi balik, shoppingnya sejam je.






apa pun, terima kasih kepada suamiku yang membawa isterinya ni membeli barang dan sentiasa menyokong apa yang isteri dia buat terutama bila bab nak berbisnes. oh, tapi bab sokong duit tidak ye, cik zira pakai duit sendiri. cuma, suamiku bagi sokongan moral, bawa cik zira beli barang semua. terima kasih ye suamiku sayang.






em, cuma nak mencari barang lagi nak cukupkan untuk dibawa balik dan kemudian dipromosikan lagi sewaan Baju Arab cik zira tu. 






oh, malam ni dah nak balik JB tinggalkan suamiku di Penang ni,,, =(






~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman isnin 30 april 2012 7.45 a.m.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails