SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Showing posts with label suamiisteri. Show all posts
Showing posts with label suamiisteri. Show all posts

Tuesday, November 17, 2020

34 tahun suamiku

 harini 17 November, encik suami dah 34 tahun. cik zira dengan encik suami sebaya, lahir tahun 1986 dua dua. tapi cik zira bulan Mac, encik suami bulan November.


selamat hari lahir ke 34 tahun. semoga sentiasa dilindungi Allah, sentiasa berusaha menjadi yang lebih baik. terima kasih bekerja keras hari hari untuk memberikan yang terbaik untuk isteri dan anak anak.

I love You❤

Wednesday, October 21, 2020

Jam Guess Merah

 cik zira nak ceritakan satu kisah benar yang terjadi pada diri cik zira. pregnantkan khalisah dengan pregnantkan khaliq memang banyak sangat alahan cik zira terpaksa hadap. dua dua pun alahan teruk.

bab takleh bau masak tumis tumis, bau nasi nak masak, takleh aircond, sabun mandi sume takleh tu macam normal kan.

tapi, cik zira ada alahan yang aik, tu pun dikira alahan ke. cik zira takleh pakai nametag gi kerja dengan takleh pakai jam tangan. sampailah dah beranak khaliq dah habis pantang, khaliq pun dah 2-3 tahun, memang tak pakai nametag dengan jam tangan.

punyalah konon alahan bawa sampai ke sudah alahan 2 ni. name tag banyak pun entah mana mana cik zira campak.

dan baruni saja cakap dengan encik suamiku, nak jam. lama dah tak pakai jam. dia pun carikan. pergi sama sama tapi takde yang berkenan, yelah cik zira kan wajib nak kena warna merah. time cari memang tak jumpa lah jawabnya.



last-last, ada satu hari dia pergi sendiri kedai jam yang dia selalu beli jam, jumpalah jam merah jenis tali getah jenama Guess. maka, dapatlah si isteri pencinta tegar merah ni jam tangan merah yang baru.

riang gumbira rasa di hati, terima kasih encik suami, nanti belikanlah lagi hehe

Monday, February 17, 2020

Full Board di Hard Rock Hotel Penang

cik zira dan encik suami tak pernah sambut ulang tahun perkahwinan. kadang dah 2-3 hari baru ingat. cuma ingat jela tak sambut dan takde hadiah ke apa.

TAPI

time birthday memang akan dapat hadiah. encik suami tak pernah berkira untuk bagi hadiah apa cik zira nak setiap kali birthday cik zira. alhamdulillah. macam macam dah dapat.

dan cik zira jugak akan peruntukan satu jumlah untuk sambut birthday encik suami. biasanya 1k-2k macam tu. pernah beli spek mata hitam, jam limited edition, pernah belanja family suami makan ikan bakar ramai ramai. sebabnya encik suami punya peruntukan untuk birthday cik zira lagi banyak berkali ganda dari peruntukan cik zira untuk dia. yelah, cik zira kan dah uruskan sume kerja, jadi reward time birthday la nak dapat hadiah best best.

dan tahun lepas, 2019 birthday ke 33 encik suami, cik zira book bilik dekat hard rock hotel penang. encik suami suka stay situ sebab kalau ajai datang penang memang check in situ. jadi, pilih situ jela.

cik zira book direct dengan website hard rock hotel penang. tertarik dengan pakej full board iaitu 3x makan. dinner malam tu, breakfast pagi dan lunch masa check out.

cik zira kali kedua check in hard rock hotel penang dan dua dua kali memang check in bilik roxy kids suite sebab bilik ni beso. ada dua bilik satu lagi khas untuk anak anak. sebab nama pun kids suite kan.











memang selesa la, pastu boleh layan movie best dalam bilik. ada bath tub dekat dalam bilik air. tv pun ada dua. luaslah dari bilik yang lain.

jadi, tiada hadiah birthday encik suami 2019 sebab cakap dengan dia, tak tahu nak kasi apa dah semua dia dah ada. belanja check in hotel jela, sambil menyelam minum airlah, bebudak pun happy.

tak silap cik zira pakej full board kids suite ni haritu dalam RM1100-1200 macam tu untuk satu malam. dalam range harga macam tu. korang leh try tengok dekat website hard rock hotel penang terus k.











cuma malam akan bosan sket lah sebab bilik untuk anak anak tak best pun dekat bawah tu. jadi baik lepak dalam bilik layan movie. dinner kitorang dekat lobi sambil layan orang nyanyi dekat situ. sebab restoran dia penuh. makanlah kitorang sambil menikmati mini konsert dekat lobi tu.











tahun ni kena plan plak nak kasi apa birthday encik suami. tahun lepas bulan 4 dah book siap siap untuk birthday bulan november. awal kan. maklumlah cik zira ni memang suka fikir ke depan cepat sangat.











baju raya pun tinggal baju raya pertama je, baju raya jalan baju raya kedua ketiga sume setel dah awal awal lagi bulan 12 haritu. cepat kan? hehe

Monday, December 30, 2019

penutup 2019

syukur alhamdulillah Ya Allah. diberikan kesempatan merasai yang indah indah di tahun 2019 ini. diberikan kesihatan yang baik walaupun suami dan anak anak sakit. diberikan keluarga dan orang sekeliling yang menyenangkan dan menggembirakan hati.

diluaskan rezeki, dipermudahkan segalanya.

terima kasih Allah. semoga tahun 2019 menjadi kenangan terindah dan tahun 2020 bakal mewarnai lagi hidup cik zira dengan sebaiknya.

semoga diberikan kesihatan yang baik jugak dan dipanjangkan umur untuk terus menjadi lebih baik dunia akhirat. In Sha Allah.






dan semoga perjalanan khalisah dan khaliq jugak dipermudahkan dan dikurniakan nikmat yang baik baik tahun 2020 nanti. dua dua dah nak sekolah. khalisah dajah 1 khaliq masuk tadika 3 tahun.

semoga cik zira jugak akan terus menjadi isteri, ibu, cikgu dan owner bajuarabkhredshop yang hebat dan semakin hebat. aamiin

cik zira doakan yang baik baik jugak untuk semua. aamiin

Thursday, December 12, 2019

11.12.2019 : selamat ulang tahun ke 9

semalam
11.12.2019
9 tahun sudah perkahwinan cik zira dan encik suami

cik zira berdoa perkahwinan ini berkekalan dengan penuh kasih sayang
semoga kitorang jadi lebih penyabar sebab dua dua jenis baran hehe
semoga kitorang sihat kuat mencari rezeki untuk khalisah dan khaliq
aamiin



selamat 9 tahun suamiku

Thursday, August 23, 2018

cadangan barang hantaran zaman sekarang

Assalamualaikum semua. harini iaitu sekarang jam 11.24 malam cik zira mendapat satu idea untuk dikongsikan di blog merah ni. rasanya membantu untuk bakal suami isteri yang buntu memikirkan hantaran apala yang nak dikasi untuk majlis perkahwinan nanti.

zaman cik zira tak dapat hantaran macam ni sume. namun rezeki lepas kahwin perlahan lahan dapat miliki sebahagian besar apa yang diimpikan oleh insan bernama isteri dan ibu😍

sekarang takyahla hantaran kasut makeup perfume baju la bagai. jom tengok hantaran apa yang best untuk bakal isteri korang. konpem korang bakal suami akan disayangi sangat sebab apa sebab barang hantaran ni sume pun isteri akan guna untuk mengharmonikan rumah tangga jugak nanti.

jom check sama sama:

1. set pinggan mangkuk/set periuk - oh yang inilah barulah lepas masak cik puan isteri akan hidang makanan secantiknya untuk tambat hati dan perut kamu wahai sang suami. kalau dapat hantaran ni la korang jangan risau sebab dia akan membawa sampai ke anak cucu cicit percayalah. boleh dibawa turun temurun sebab tahan lama. tak kisahla corelle ke corningware ke vision ke tefal ke salah satu set atau nak kesemua kan skali lagi bagus. susun cecantik atas dulang hantaran tu. tukang bawa hati hati nah barang kaca mahal plak tu kena bawa sambil berdoa





2. aircond - ya Allah ni wajib kena ada bila masuk rumah. haisyh takkan nak buh ekon atas dulang hantaran. toksahla. frame kan resit aircond tu letak atas dulang hantaran. ada pernah orang buat tak. bilik sejuk barulah bertambah romantis hidup suami isteri ye dak. tak bestla panas panas pakai kipas je. ada ekon baru best😆



3. dryer/mesin pengering baju - oh selain mesin basuh yang wajib memang kena ada. zaman sekarang dryer pun sangat penting. membantu sekiramya hari hujan. atau rumah atas yang susah takde tempat nak jemur baju. korang bakal suami hadiahkan hantaran yang ini bakal isteri korang memang akan senyum sampai ke sudah. tak percaya wajiblah jadikan ni pun hantaran. resit dan gamba frame letak atas dulang hantaran jugak.



4. iron philips - baju nak ber iron kan pergi kerja. siapa yang iron kan kalau tak si isteri nanti. please please please belikan ni sebagai hantaran kahwin. ya Allah seyes memang isteri mana tak suka dapat benda alah magic ni. sangat memudahkan kerja gosok menggosok baju nanti. beli skali iron board dia tau😀



5. airfryer/microwave - ini pun cadangan bagus jugak. menyenangkan masak memasak nak grill itu ini nak memasak secara sihat tanpa perlukan minyak. boleh dipertimbangkan sebagai hantaran jugak kan? Microwave plak senang nak panaskan lauk balik bila dah dihidang.




6. pressure cooker - siapa mak mak bini bini tak kenal noxxa memang tipu la. hehe. tapi sekarang bukan noxxa je macam macam brand pun ada pressure cooker ni. sangat best serius tak tipu. dengan pressure cooker ni la isteri isteri dapat masak macam macam lauk seperti chef hebat. tak percaya korang belikan sebagai hantaran lepas kahwin konpem dapat makan sup tulang, nasi arab, nasi beriyani, rendang la segala bagai hanya guna pressure cooker ni. dapur pun tak koto.


7. dyson vacuum - ini kalau rasa perlu best jugak tambah sebagai hantaran. takde dah nak menyapu bagai. usung je cordless vacuum ni merata satu rumah. bersih licin dari segala habuk. sangat ringan dan best. siapa dah guna tahu la kehebatan dia setanding harganya.



8. handphone - ini agak agak nak kasi tuka phone bakal isteri kepada yang update lattest lagi silakan. iphone X maybe. kata sayang kan


9. emas - Ya Allah ini wajib ni. tapi belikan yang lawa lawa yang design menarik tapi dalam masa sama bagi yang padu ye abang abang. jangan bagi yang kosong sebab emas ni berharga bila beli.


10. hantaran kasih sayang jiwa raga sepenuh hati - ini paling wajib. selain yang cadangan 9 di atas tu ini paling diperlukan dari seorang perempuan yang bakal upgrade diri sebagai isteri. bakal suami berjanji lah dengan Allah akan jaga didik sayang isterimu sepenuh hati sebab isteri adalah amanah. macam mana ibu bapa mendidik isteri itu dengan baik dia juga berharap kamu suami dapat menjaga dengan kasih sayang dan tanggung jawab dari semua segi.

ni semua cik zira bagi cadangan jek. kalau bakal suami hadiahkan barang barang macam ni dia sekaligus cuci kaki masuk rumah tau. bukan untuk isteri semata tapi untuk keharmonian menjaga rumah tangga nanti. memudahkan lagi tugas isteri menguruskan rumah kain baju makan pakai segala.  suami yang dapat sediakan hantaran macam ni untuk kahwin memang best lah. isteri koranglah wanita paling happy dalam dunia.

kalau mampu apa salahnya kan. kata sayang. sayang kena bagi lah hadiah untuk menggembirakan kesayangan tu ye dak?? hehe

kalau pun kata tak mampu kita sama sama berdoa rezeki sentiasa murah dapat hadiahkan isteri benda benda best ni lepas kawen. hadiah anniversary ke hadiah birthday ke kan. hadiah sempena melahirkan zuriat. isteri konpem happy. serius cakap😀

oklah semoga bermanfaat. kalau kita baca dengan hati positif maka positif la respond kita untuk perkongsian cik zira kali ni. kalau negatif maka lahirlah fikiran fikiran tidak elok sepanjang membaca entry kalini. tepuk dada tanya selera.

hampir kesemua ni cik zira dah ada. pinggan mangkuk periuk ada yang arwah mak punya ada yang cik zira beli ada jugak hadiah kawen. lain lain ada beli sendiri ada encik suami hadiahkan. tapi semua lepas kawen. syukur alhamdulillah. sentiasa mensyukuri nikmat Allah berikan setiap saat bermula dari masih bernafas bernyawa sehinggalah kepada semuanya yang Allah kurniakan😊😀😁☺

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails