SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Showing posts with label wishlist. Show all posts
Showing posts with label wishlist. Show all posts

Thursday, August 23, 2018

cadangan barang hantaran zaman sekarang

Assalamualaikum semua. harini iaitu sekarang jam 11.24 malam cik zira mendapat satu idea untuk dikongsikan di blog merah ni. rasanya membantu untuk bakal suami isteri yang buntu memikirkan hantaran apala yang nak dikasi untuk majlis perkahwinan nanti.

zaman cik zira tak dapat hantaran macam ni sume. namun rezeki lepas kahwin perlahan lahan dapat miliki sebahagian besar apa yang diimpikan oleh insan bernama isteri dan ibu๐Ÿ˜

sekarang takyahla hantaran kasut makeup perfume baju la bagai. jom tengok hantaran apa yang best untuk bakal isteri korang. konpem korang bakal suami akan disayangi sangat sebab apa sebab barang hantaran ni sume pun isteri akan guna untuk mengharmonikan rumah tangga jugak nanti.

jom check sama sama:

1. set pinggan mangkuk/set periuk - oh yang inilah barulah lepas masak cik puan isteri akan hidang makanan secantiknya untuk tambat hati dan perut kamu wahai sang suami. kalau dapat hantaran ni la korang jangan risau sebab dia akan membawa sampai ke anak cucu cicit percayalah. boleh dibawa turun temurun sebab tahan lama. tak kisahla corelle ke corningware ke vision ke tefal ke salah satu set atau nak kesemua kan skali lagi bagus. susun cecantik atas dulang hantaran tu. tukang bawa hati hati nah barang kaca mahal plak tu kena bawa sambil berdoa





2. aircond - ya Allah ni wajib kena ada bila masuk rumah. haisyh takkan nak buh ekon atas dulang hantaran. toksahla. frame kan resit aircond tu letak atas dulang hantaran. ada pernah orang buat tak. bilik sejuk barulah bertambah romantis hidup suami isteri ye dak. tak bestla panas panas pakai kipas je. ada ekon baru best๐Ÿ˜†



3. dryer/mesin pengering baju - oh selain mesin basuh yang wajib memang kena ada. zaman sekarang dryer pun sangat penting. membantu sekiramya hari hujan. atau rumah atas yang susah takde tempat nak jemur baju. korang bakal suami hadiahkan hantaran yang ini bakal isteri korang memang akan senyum sampai ke sudah. tak percaya wajiblah jadikan ni pun hantaran. resit dan gamba frame letak atas dulang hantaran jugak.



4. iron philips - baju nak ber iron kan pergi kerja. siapa yang iron kan kalau tak si isteri nanti. please please please belikan ni sebagai hantaran kahwin. ya Allah seyes memang isteri mana tak suka dapat benda alah magic ni. sangat memudahkan kerja gosok menggosok baju nanti. beli skali iron board dia tau๐Ÿ˜€



5. airfryer/microwave - ini pun cadangan bagus jugak. menyenangkan masak memasak nak grill itu ini nak memasak secara sihat tanpa perlukan minyak. boleh dipertimbangkan sebagai hantaran jugak kan? Microwave plak senang nak panaskan lauk balik bila dah dihidang.




6. pressure cooker - siapa mak mak bini bini tak kenal noxxa memang tipu la. hehe. tapi sekarang bukan noxxa je macam macam brand pun ada pressure cooker ni. sangat best serius tak tipu. dengan pressure cooker ni la isteri isteri dapat masak macam macam lauk seperti chef hebat. tak percaya korang belikan sebagai hantaran lepas kahwin konpem dapat makan sup tulang, nasi arab, nasi beriyani, rendang la segala bagai hanya guna pressure cooker ni. dapur pun tak koto.


7. dyson vacuum - ini kalau rasa perlu best jugak tambah sebagai hantaran. takde dah nak menyapu bagai. usung je cordless vacuum ni merata satu rumah. bersih licin dari segala habuk. sangat ringan dan best. siapa dah guna tahu la kehebatan dia setanding harganya.



8. handphone - ini agak agak nak kasi tuka phone bakal isteri kepada yang update lattest lagi silakan. iphone X maybe. kata sayang kan


9. emas - Ya Allah ini wajib ni. tapi belikan yang lawa lawa yang design menarik tapi dalam masa sama bagi yang padu ye abang abang. jangan bagi yang kosong sebab emas ni berharga bila beli.


10. hantaran kasih sayang jiwa raga sepenuh hati - ini paling wajib. selain yang cadangan 9 di atas tu ini paling diperlukan dari seorang perempuan yang bakal upgrade diri sebagai isteri. bakal suami berjanji lah dengan Allah akan jaga didik sayang isterimu sepenuh hati sebab isteri adalah amanah. macam mana ibu bapa mendidik isteri itu dengan baik dia juga berharap kamu suami dapat menjaga dengan kasih sayang dan tanggung jawab dari semua segi.

ni semua cik zira bagi cadangan jek. kalau bakal suami hadiahkan barang barang macam ni dia sekaligus cuci kaki masuk rumah tau. bukan untuk isteri semata tapi untuk keharmonian menjaga rumah tangga nanti. memudahkan lagi tugas isteri menguruskan rumah kain baju makan pakai segala.  suami yang dapat sediakan hantaran macam ni untuk kahwin memang best lah. isteri koranglah wanita paling happy dalam dunia.

kalau mampu apa salahnya kan. kata sayang. sayang kena bagi lah hadiah untuk menggembirakan kesayangan tu ye dak?? hehe

kalau pun kata tak mampu kita sama sama berdoa rezeki sentiasa murah dapat hadiahkan isteri benda benda best ni lepas kawen. hadiah anniversary ke hadiah birthday ke kan. hadiah sempena melahirkan zuriat. isteri konpem happy. serius cakap๐Ÿ˜€

oklah semoga bermanfaat. kalau kita baca dengan hati positif maka positif la respond kita untuk perkongsian cik zira kali ni. kalau negatif maka lahirlah fikiran fikiran tidak elok sepanjang membaca entry kalini. tepuk dada tanya selera.

hampir kesemua ni cik zira dah ada. pinggan mangkuk periuk ada yang arwah mak punya ada yang cik zira beli ada jugak hadiah kawen. lain lain ada beli sendiri ada encik suami hadiahkan. tapi semua lepas kawen. syukur alhamdulillah. sentiasa mensyukuri nikmat Allah berikan setiap saat bermula dari masih bernafas bernyawa sehinggalah kepada semuanya yang Allah kurniakan๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜€๐Ÿ˜☺

Saturday, December 12, 2015

Kata orang orang iron ni sangat bagus untuk orang pemalas iron baju


Basuh baju ✅
Jemur baju ✅
Angkat baju ✅
Lipat baju ✅
Simpan baju ✅
Kemas baju✅
Sume keje ni cik zira buat setiap hari. Rutin hari hari.

Tapi bab iron baju?
Malas malas malas. Rasa malas nak on suis iron tu. Sungguh tak suka. Plak tu bila dah iron baju serupa tak iron. Memang meradang la apa lagi.

"baik tak payah iron kalau dah iron pun sama jugak" bebel bebel

Pastu bila dalam grup duk cakap pasal iron philips tu senang senang senang. Senangnya sampaikan suami yang tak pernah iron baju pun boleh iron kain pelikat bagai.



Ha? Sampai macam tu sekali?

Kat uma mertua ada. Tapi tengok jela. Tak pernah nak guna. Takut nak guna takut rosak kang dahla mahal.

Cik zira ni gini. Kalau benda tu mahal pastu cik zira tak guna tak tahu nak guna rasa macam bazir sangat. Baik guna yang biasa.

Macam philips airfryer tu. Beratus ratus tapi setakat goreng nuget sosej fries je baik toksah beli kan sebab tak tahu guna pastu malas nak blaja macam mana nak guna untuk kegunaan lain.

Macam periuk noxxa tu. Memang orang cakap senang. Macam macam boleh masak. Tapi kalau tak tahu macam mana nak masak pun sama jugak. Baik guna periuk tefal je. Manual. Siap jgk lauknya 10 minit.

Gitula cik zira ni.

Tapi bab iron ni macam menyenangkan dan memudahkan. Sampai member cakap baju seminggu pun boleh iron tak sampai setengah jam.

Ini memang seronok.

Nak satu. Please suamiku ๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†๐Ÿ’ž๐Ÿ’ž๐Ÿ’ž

Thursday, November 19, 2015

plan cuti pendek


cik zira teringin sangat nak bawa family sendiri bercuti sama sama dekat hotel. plannya bulan 12 ni weekend jela sebab tu jela hari yang keje keje ni cuti. suamiku suruh dia apply cuti. harap sangat sume dapat join. cuma abah tu jela macam belum bagi kata putus lagi.

1 malam jela dapat sebab weekend je.



first choice grand lexis. sebab utama sangat suka sebab dah 2 kali gi situ ada kolam dalam bilik. bilik beso atas air. second choice avani sepang gold coast sebab atas air dan ada suite 2 bilik yang boleh muat semua sekali.



semoga plan ni tercapai. Aamiin. khalisah mesti happy semua ada. paling khalisah nak mesti atok ada sekali.

Saturday, November 14, 2015

nak sangat


nak sangat bercuti dengan femly sendiri cukup semua sekali ada. tak kisahla dapat satu dua hari pun takpe. duduk hotel ramai-ramai. temankan khalisah mandi kolam.




harap dapat capai impian yang satu ni sebab memang belum pernah lagi bercuti semua sekali ada. teringin sangat. nak sangat. harap jadi kenyataan.

nak lama lama nak jauh-jauh payah cuti tak sama. weekend jela pun boleh. In Sha Allah

Friday, September 18, 2015

nak pergi lagi..


zaman belajar adalah dalam 3-4 kali jugak ke langkawi. last pergi langkawi bercuti dengan keluarga kecikku. tiga beranak. naik feri. khalisah baru setahun lebih. tu la last.

masa tu pun tak shopping apa sebab tak duduk sendiri lagi kan. beli coklat je lah penuh bawa balik. jalan pun time tu khalisah tak faham sangat kan. sekarang kalau pergi lagi khalisah dah besar kalau naik cable car tu mesti dia suka.





kalau pergi pun nak duduk kat La Pari Pari tu lagi. sebab best sangat duk situ. tenang. bilik cantik sangat. memang cik zira suka. tapi bila tengok online asek fully booked je La Pari Pari tu. sebab bilik dia tak banyak sangat. dia bukan macam hotel. dia lebih kepada resort. sebiji sebiji. tapi memang cantik.




lepasni kalau pergi lagi, bukan setakat coklat je. konpem akan tengok barang rumah pinggan mangkuk sume tu. habislah. lagi satu kena belikan khalisah kinder bueno yang telur tu buat stok terus. setiap kali keluar letak satu dalam keta. sebulan rasanya spend untuk telur kinder bueno tu banyak. pergi kedai je mesti nak beli. suka sangat mainan dalam tu. siap buka utube tau tengok video pasal kinder bueno telur tu. kalau gi langkawi wajib yang tu dalam senarai utama.

agak agak, bila lagi nak gi langkawi ni ye?

Thursday, April 23, 2015

tak sabar.. Lexis Penang



kalau tanya hotel yang best dalam banyak banyak hotel, cik zira akan jawab Grand Lexis di PD. sebabnya ada private pool dan bilik sangat sangat besar macam sebiji rumah. memang sangat berbaloi dengan harga satu malam stay kat situ.

cik zira dua kali je baru pergi. sekali lepas kawen honeymoon sekejap. lepas tu bawa khalisah dengan kak rosni dan wafi. bercuti ibu ibu dan anak anak. dorang suka sangat.

sekarang, bila duk penang fikir nak ke sana lagi tiga beranak nanti khalisah mesti suka main air dengan babah. tapi kalau nak pergi pun mesti masa nak balik JB dah on the way,

sekarang tak perlu lagi sebabnya akan ada Lexis Penang tak lama lagi. harap siap tahun ni jugakla seperti dalam rancangannya. dekat Teluk Kumbar tak silap. selalu duk google gambar. cumanya lexis ni dekat bangunan atas la. tak macam kat PD dekat tanah dekat atas air selain ada di dalam bangunan.




tak kisahla kan. asalkan bilik cantik besar dan pentingnya private pool tu supaya ibu pun boleh mandi sekali sebab ibu takkan mandi dekat kolam atau pantai terbuka. tak suka. hehe

Lexis Penang. cecepatlah siap ye. ibu tak sabar nak bawa khalisah ni.

nanti bulan 6 nak singgah hotel di melaka. antara philea resort dengan swiss garden. philea sebab cantik swiss garden sebab kolam best. kolam budak dengan infinity pool tapi bilik biasa jela. cik zira ni kalau cari hotel nak stay nak cari yang lain dari lain sket. berbaloi dengan bajet untuk stay hotel bercuti. tanak hotel yang biasa selalu tengok tu. nama pun bercuti kan.

ada idea lagi mana hotel best cantik yang ada kolam mandi best?

Monday, February 2, 2015

raya 2015 nanti


awal lagi kan. tapi nak bercerita jugak memandangkan dah ganti puasa memang awal awal. sejak kena ganti puasa memang raya je dah setel ganti. tinggal puasa sunat je sekarang isnin khamis tak bawa bekal gi sekolah.

ok cerita pasal raya tahun ni. In Sha Allah cik zira dan khalisah akan beraya di sini, di Penang memandangkan dah dapat duduk sama sama ni kan. pertama kali dalam sejarah hidup, setelah 28 tahun beraya di johor bahru di rumah atok, tahun ke 29 ni kena beraya di penang. syawal pertama.

tak tahu nak gambarkan perasaan bila tak beraya dengan adik adik femly dan semua kat jb nanti. tapi takpe. kena terima hakikat. harapnya jadual bergilir tu diikut. tapi akan balik jugak jb sama ada puasa atau raya kedua ketiga bergantung kepada cuti sekolah.

bila cerita pasal raya mesti dan wajib cerita pasal baju raya kan. ada bincang secara tak rasmi dengan adik adik ipar. katanya tema tahun ni jubah. cik zira suka aja sebab sekarang pun memang imej jubah je. jubah bergantung pun dah berderet.

dah tanya buah hatiku, ok tak kalau dia pun pakai jubah raya nanti. buah hatiku cakap dalam pertimbangan. kalau on nanti nak cari jubah sedondon tiga beranak.

smart kan sedondon macam ni.


tak sabar ni 21 februari mood republik festival no 1 malaysia nak datang serang penang. konpem nak bawa duit banyak sebab cik zira nak serbu yang best best tu. yang asek duk beli online je. target memang jubah je.

dan pertama kali jugak tak beraya dengan adik beradik. chenta chenta hatiku dua orang tu kena siapkan baju melayu sampin sendiri sebab kakak merah ni dah takde tahun ni nak siapkan semua. selalu tema setiap tahun pun cik zira yang decide. sedihnya. huhu. mesti rasa lain sangat raya kalini.

takpela. tahun depan raya sana plak. buah hatiku kena ikut raya sana. kalau tak ini tidak adil! hehe

Thursday, January 22, 2015

set corelle merah


bila dah ada dapo sendiri ni, syok dia lain macam. kan?

selain kerja asek nak masak je, aseklah lapo je, ada lagi satu habit iaitu kerja nak membeli je bagi sesak lagi rak kat dapo tu. tupperware tu wajib. kalau tengok barang baru rasa geram je nak tambah. tapi beli yang takde lagilah kalau nak tambah pun. dah banyak jugak barang tupperware. tapi seyes best sangat guna tupperware ni. baru tahu kenapa cikgu cikgu sekolah lama dulu asek membeli je tupperware. berbaloi sangat dengan harga.

keduanya. set pinggan mangkuk kaca. yang ini tak beli. semua dapat hadiah. macam ada satu set corelle, makcik hadiahkan masa kahwin. terima kasih bik hanifa. set corningware pun dapat. yang lain lain set biasa dan ada yang arwah mak punya pun yang mahal mahal masa arwah mak kumpul dulu. merasalah cik zira pulak guna.

corelle ni best. jadinya terasa macam nak tambah lagi satu set je. nak yang MERAH plak. geram je tengok. dah survey harga dah. ada ready stock. uisyh, masih duk memikir nak ke tak nak ni. duduk bertiga je padahal tapi geram nak beli je rasa.



tengok ye beli ke tak. kalau dah cakap nak tu mesti bagi jadi jugak. dahla warna merah kan. usha kat dekat instagram tengok corelle merah merah tu geram sangat.

semoga datang ke ibumu ini ye corelle merah. amin.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails