SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Wednesday, October 21, 2020

Jam Guess Merah

 cik zira nak ceritakan satu kisah benar yang terjadi pada diri cik zira. pregnantkan khalisah dengan pregnantkan khaliq memang banyak sangat alahan cik zira terpaksa hadap. dua dua pun alahan teruk.

bab takleh bau masak tumis tumis, bau nasi nak masak, takleh aircond, sabun mandi sume takleh tu macam normal kan.

tapi, cik zira ada alahan yang aik, tu pun dikira alahan ke. cik zira takleh pakai nametag gi kerja dengan takleh pakai jam tangan. sampailah dah beranak khaliq dah habis pantang, khaliq pun dah 2-3 tahun, memang tak pakai nametag dengan jam tangan.

punyalah konon alahan bawa sampai ke sudah alahan 2 ni. name tag banyak pun entah mana mana cik zira campak.

dan baruni saja cakap dengan encik suamiku, nak jam. lama dah tak pakai jam. dia pun carikan. pergi sama sama tapi takde yang berkenan, yelah cik zira kan wajib nak kena warna merah. time cari memang tak jumpa lah jawabnya.



last-last, ada satu hari dia pergi sendiri kedai jam yang dia selalu beli jam, jumpalah jam merah jenis tali getah jenama Guess. maka, dapatlah si isteri pencinta tegar merah ni jam tangan merah yang baru.

riang gumbira rasa di hati, terima kasih encik suami, nanti belikanlah lagi hehe

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails