SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Showing posts with label ...::: REDshop :::.... Show all posts
Showing posts with label ...::: REDshop :::.... Show all posts

Saturday, July 12, 2014

bazar ramadhan giant taman suria


Assalamualaikum
Dah dua minggu puasa kan. Ni cik zira tengah free nak update blog jap lah. Cik zira bulan puasa ni ada buka bazar ramadhan raya di giant xtra taman suria..

Siapa yang dekat jb tu mehla datang singgah ye. Macam macam ada. Baju skirt inner tudung telekung beg semualah ada.



Sekarang cik zira dengan partner kak pah rajin join bazar dan yang ini bazar ramadhan pertama kitorang. Mampu sewa setengah khemah dulu. Baru nak mula kan. Doakan rezeki cik zira murah ye semua.

Di kesempatan ini cik zira nak ucapkan selamat berpuasa dan mari sama sama kejar nikmat nikmat berganda di bulan ramadhan yang mulia ni. In Sha Allah.

Friday, June 20, 2014

KOTAK JAM TANGAN EKSKLUSIF


Assalamualaikum
Cik zira nak buka jualan untuk KOTAK JAM TANGAN EKSKLUSIF. cik zira pernah buat entry cik zira tahun 2012 hadiahkan suamiku kotak jam tangan warna merah sebab suamiku memang suka kumpul jam dan dah banyak jam tangan dia.

Ada yang bertanyakan pasal kotak jam tu. Memang susah nak dapat kotak jam tangan macam tu. Kalau google banyak keluar yang indonesia jual. Jauh sangat nak beli kan.

Nasib baik masa pergi guangzhou haritu cik zira ada terjumpa kotak jam tangan ni. Cik zira amek tak banyak. 5 kotak sahaja.

Ada 3 design tau. Hitam, Merah dan Burberry. Interior dia warna merah. Memang nampak sangat eksklusif. Bila dah letak semua koleksi jam tangan yang ada memang cantiklah.







Kalau suami korang memang kaki kumpul jam tangan macam suamiku tu, apa lagi bolehlah hadiahkan tau. Suami mesti suka.

Kotak ni berat tau. Ada sedia kunci sekali. Nak pilih jam dari luar pun boleh. Hari hari boleh tukar jam dan yang penting jam tu tersusun rapi dan cantik.


HARGA : RM 115 SAHAJA TERMASUK POSLAJU
sms atau whatsapp cik zira di 0127962386 ye. terima kasih

Saturday, March 15, 2014

seronok berniaga


Harini hari kelapan kehilangan mh370.  Cik zira masih terus berdoa dan masih berharap mereka selamat. Cuma tidak tahu bila kembali.

Dalam pada tu. Kehidupan perlu terus. Selama ni dari tahun 2009 cik zira dah mula meniaga online. Bermula dari jual tudung sikit sikit. Sampai sekarang masih aktif meniaga online. Duit meniaga dari zaman belajar dapat kumpul dan terus jadikan modal untuk amek stok stok baru. Syukur

Tahun ni bermulalah meniaga join bazar. Penat sangat tapi seronok. Bagi orang yang meniaga online macam cik zira ni yang takde kedai atau butik sendiri, join bazar ni jela yang termampu buat masa sekarang.

Pertama kali join dekat area chaiwalla cafe di bazar karat. Malam. Balik kul 2 lebih pagi. Seronok. Lepas tu yang baru lepas bulan dua haritu dekat angsana.

Petang ni join carboot sale di today's seri alam. Ada lebih seratus kereta yang join. Jadi sesiapa yang dekat pasir gudang tu meh datang sebab banyak barang ada dijual. Cik zira dengan partner meniaga kak pah nak jual longgok je sume rm10. Macam macam ada tau

Hujung bulan ni join dekat angsana lagi tiga hari. Nak kena amek stok bebaru bagi banyak barang sket. Bulan april bulan mei pun dah ada dalam senarai join bazar. Penuh dah sampai tengah tahun.

In Shaa Allah nanti kalau ada rezeki boleh join bazar ramadhan mana mana. Dalam plan sekarang cik zira akan join satu butik sebagai vendor. Barang cik zira dari REDshop dan partner akan diletakkan kat butik yang bakal buka di seri alam. Yahoo.. bestnya.

Ini apa yang cik zira minat. Cikgu memang keutamaan. Meniaga minat. Dua dua cik zira nak jalankan dan buat dengan sehabis baik. Suamiku pun support apa yang isteri dia buat.

Ini baru permulaan. Doakan cik zira ye semua. Semoga semua berjalan lancar. Dan semoga REDshop akan semakin dikenali. Amin

Buat customer yang dari zaman cik zira blaja anak dara sampai dah ada anak satu ni yang masih support cik zira, terima kasih cik zira ucapkan. Tanpa kalian siapalah cik zira ni ha. Terima kasih tau.

Nak kemas barang barang nak meniaga petang kang. Sesiapa di area pasir gudang jom datang k. Cik zira ngan Khalisah ada kat sana. Jumpa nanti :)

Friday, February 7, 2014

STOK TERBARU INNER YANG BEST DI REDSHOP


Assalamualaikum semua yang dikasihi Allah
em.. apalah sibuk sangat cik zira ni ye sampai dah takde cerita nak dikongsikan di blog MERAH ni. setakat ni alhamdulillah semuanya elok elok sahaja. syukur. tunggu Mac nanti nak balik Penang cuti sekolah. takpe. t ada masa update entry lain k.

entry ni nak bagi tahu korang yang suka shopping bahawasanya cik zira dah update REDshop cik zira tu. ada STOK BARU INNER BEST dan ada jualan lelong RM10 sahaja. jadi jom terjah REDshop sekarang!












selain di blog, cik zira rajin update barang yang cik zira jual di instagram. cari @khredshop k. lagi senang nak tengok gambar dan update terkini.

selamat cuci mata ye korang korang sayang!!

Sunday, December 15, 2013

JOM SHOPPING DI REDSHOP!



Assalamualaikum dan salam sayang semuanya
di cuti hari minggu ni mehla cuci mata dekat blogshop cik zira ye. REDSHOP tu ha.


apa yang baru masuk?


  • SYRIA GLITTER STRIPES 2 HELAI RM40 FREE POS
  • INNER NECK SILANG SATIN TUTUP DAGU DAN LAGI LABUH RM25
  • SYRIA CHIFFON CORAK RM25
  • SYRIA GLITTER LYCRA RM25
  • LETGO BLOUSE DAN DRESS









ha, jom apa lagi. kot ada yang berkenan. meh KLIK SINI untuk terus ke REDSHOP cik zira ye.


terima kasih

Saturday, October 26, 2013

SYRIA GLITTER RM20


sana sini orang duk glitter. shawl glitter lah halfmoon glitter lah bawal glitter lah. ha, cik zira sebagai seorang PENCINTA SYRIA TEGAR berdiam diri sahaja sehinggalah ketemu dengan SYRIA GLITTER. ini yang cik zira mahu.


kepada mereka yang suka pakai syria dan nak berglitter jugak. mohlah menyopping dengan cik zira SYRIA GLITTER ni ha. MURAH sahaja RM 20 tidak termasuk pos. dan OUTER sahaja ye sebab boleh pakai dengan inner neck silang milang yang cik zira ada jual jugak




Ha, apa tunggu lagi. KELIK GAMBAR untuk terus mencuci mata di REDshop ye sayang semua.

Monday, October 7, 2013

pengalaman pertama buka gerai


Masa hari karnival dekat sekolah dua minggu lepas. Cik zira amek kesempatan sewa tapak nak berniaga share dengan kak ida dan kak pah. Saja nak mencuba. Kan cik zira jual online dekat blog ngan instagram je. Kadang bawa kat skolah cikgu cikgu beli.


Tugas cik zira hari tu sebagai dj. Tapi bila ada masa terluang melawat gerai ala butik tu. Hehe.







Walaupun penat nak set up nak kemas stok sume sampai balik lewat petang dan dapat pun takdelah banyak. Tapi tetap puas hati sebab pertama kali kan. Nak mencuba. Cuma mungkin masa tu orang taman cendana belum dapat gaji. Dan barang cik zira banyak tak sesuai dengan dorang. Yang laku tudung je. Hehe. Takpe.  Lepas ni cuba target remaja plak. Insya Allah kalau ada peluang.  Nak buka gerai lagi lah



Saturday, October 5, 2013

jom beli borong lagi jimat!!


Adalah dengan sukacitanya cik zira nak maklumkan yang REDSHOP ada buka jualan untuk borong semua barang yang ada di REDSHOP.


minimum untuk jualan borong hanya 5 helai untuk jenis barang yang sama. Harga semestinya lagi murah dari harga retail. Yelah.. kan ada yang jenis sekali beli suka beli banyak yang sama design tapi warna or corak lain lain. Inilah masanya.


Bole kumpul order kengkawan sedara mara sekali. Hehe.  Stok cik zira memang banyak. Terutama yang cardigan tu.



Jom! Klik dekat gamba untuk terus ke REDSHOP pilih barangnya ye. Pastu kalau dah berkenan terus roger cik zira tau.


Terima kasih.


Oh. Sabtu ahad ni tak keje. Happy sangat rasanya setelah 12 hari keje tanpa cuti. Nak rehat main ngan khalisah.  Nak bawa khalisah jalan jalan. Yay!

Wednesday, October 2, 2013

chiffon pleated skirt dan inner dress


Salam sayang semua
Nak bagi tahu yang REDSHOP akan buka jualan untuk CHIFFON PLEATED SKIRT dengan INNER DRESS tak lama je lagi. Gamba sume da edit tinggal nak upload je.




Nantikan ye. Sekarang REDSHOP ngah buat JUALAN RM5 OFF untuk semua barang. Belian 2 helai ke atas percuma poslaju.


JOM KE REDSHOP!

Saturday, September 28, 2013

dress comel bertingket tingket ;)


Assalamualaikum


Cik zira nak tanya ada sesiapa berkenan dengan dress comel dan best macam cik zira pakai ni tak?





Dress ni sedap pakai sebab material cotton resap peluh. Lepas tu best sebab macam cik zira sendiri jadikan inner dress untuk disarung dengan cardi cardi yang cik zira ada.



Cik zira pun ada dua helai merah ungu ngan ungu merah. Baru ni dapat tahu stok ada tapi tak banyak. Kalau ada berkenan bagi tahu ye.

Saturday, September 14, 2013

chiffon cardi corak


Cuci mata sket dulu ye..






Coming up di REDshop... chiffon cardi corak. Tapi dekat instagram da upload dulu. Follow ig cik zira : hazirah27 ye.


Terima kasih

Thursday, September 12, 2013

checkered peplum blouse


Assalamualaikum
Duk zaman peplum x habis lagi kan kan. Siapa yang tak kenal peplum kan? Siap raya hari tu sume pun nak berpeplum bagai. Seb bek cik zira tak mahu baju raya peplum. Kurung je sudeh. Hehe


Cik zira pun sebenarnya ada je koleksi peplum. Yelah dah zamannya dan musimnya kan. Mestilah nak ada jugak.


Dan ada dua helai ni memang peplum tapi lain sket sebab peplum ni jenis macam baju keje keje gitu. Bukan kain lycra bukan kain cotton. Tapi cantik. Cik zira ni men men plak kan. Tunjuk jela..


Baiklah. Nah tengok cik zira pakai checkered peplum blouse warna hitam ni semalam gi keje. Pakai dengan skirt kembang warna hitam jugak. Tudung macam biasa syria corak putih hitam.



Peplum ni ada zip kat belakang. Yang best x payah iron. Cik zira kan pemalas iron baju. Dekat bahagian kolar pun cantik ada macam pearls gitu kelilingnya.



Selain pakai dengan skirt kembang sebab cik zira nak feeling cam princess je semalam bila jalan kembang kembang gitu, boleh jugak pakai dengan palazo atau skirt mermaid ke skirt jenis straight cut pun cun.



Ha, siapa berkenan? Kotla ada berkenan. Yang ni memang cik zira ada dua. Yang hitam dah pakai tapi yang putih belum pernah pakai. Siapa nak sms whatsapp viber cik zira cepat di 0127962386.  Murah je rm35 INC poslaju tau. Warna putih macam kat bawah ni ye.



Nampak smart bila pakai peplum ni. Walaupun keje cikgu je kan terus nampak mac korporat gitu. Ewah!

Monday, September 9, 2013

pelbagai cardigan best + fishtail blouse


Assalamualaikum
Jom tengok cardigan yang best dan fishtail blouse yang tengah in sekarang

Cotton Fishtail Blouse RM49 INC POSTAGE



Long Cardigan Labuh RM65 INC POSTAGE



Cardi Khayra RM55 INC POSTAGE



Cardi Khayla RM50 INC POSTAGE



Cardi Khaysa RM45 INC POSTAGE




Klik pada gamba untuk terus ke entry ye.


Terima kasih

Wednesday, September 4, 2013

comel x kita?


Kadang kadang masa ngah amek gamba stok baru sampai, khalisah pun sibuk sekali nak tolong. Macam kengkonon ibu dia ni dah lantik dia jadi assistant.


Sekali hari tu masa ngah amek gamba inner neck silang pakaikan khalisah.  Oh, baik betul dia x tarik nak buka pun. Dia kan dah fajam kalau pakai tudung nak gi jalan. Maka dengan pakai inner tu cik zira bawa khalisah gi bank kejap. Sampai balik umah dia x buka. Punyalah baik. X tarik pun langsung. Hehe



Masa dalam perut lagi dah cakap kalau dapat anak perempuan memanglah dah besar nanti jadi model sambilan dengan cik zira. Moga moga dah besar nanti muka masih secomel sekarang supaya mana tahu boleh laku barang cik zira.  X payah nak pakai patung da.. :)

Saturday, August 24, 2013

SYRIA & INNER SILANG BARU!!



Assalamualaikum
tak nak menceceh panjang lebar hari ni sebab hari ni keje. hehe. jadinya nak taip seringkas mungkin. harapnya boleh.


nak buat iklan je ye entry hari ni sebab ada barang baru masuk REDshop cik zira tu ha :


COTTON FISHTAIL BLOUSE
COTTON FISHTAIL BLOUSE - RM 49 FREE POSTAGE ( KLIK GAMBA )


SYRIA AYRA
SYRIA AYRA cotton denim - 2 HELAI RM 70 FREE POSTAGE ( KLIK GAMBA )


INNER AZNA
INNER SILANG DWIWARNA HITAM - 2 HELAI RM 35 FREE POSTAGE ( KLIK GAMBA )


INNER AZNA DWIWARNA
INNER SILANG DWIWARNA - 2 HELAI RM 35 FREE POSTAGE ( KLIK GAMBA )


INNER AZWA
INNER SILANG GARIS - 2 HELAI RM 35 FREE POSTAGE ( KLIK GAMBA )


ha. ok dah. tu je nak bagi tahu dan dah niat tak nak taip pepanjang. cepat jengah REDshop k. mana tahu ada yang berkenan di hati. harga amat berpatutan dengan kualiti yang korang dapat =)


terima kasih ye sayang semua





~sekian~



k,adios!!!,,, by : ierarahman jumaat 23 ogos 2013 10.40 p.m.

Monday, August 19, 2013

COTTON FIHSTAIL BLOUSE



Assalamualaikum sayang semua
nak bagi tahu ni, dekat REDshop ada COTTON FISHTAIL BLOUSE baru release. kan tengah in sekarang ni. pakai dengan seluar ke dress ke skirt ke memang style!


tak caya? tengok adik beradik gojes cantik dan glemer ni pakai COTTON FIHSTAIL BLOUSE koleksi mereka sendiri. cantik kan kan? gambar kredit kepada instagram sis kai, sis eila dan sis fyzah yang stylo ni.




nak cuci mata dan berminat? sila terjah REDshop sekarang!! KLIK SINI


COTTON FIHSTAIL BLOUSE RM 49 sahaja TERMASUK POSLAJU




terima kasih





~sekian~



k,adios!!!,,, by : ierarahman ahad 18 ogos 2013 11.20 a.m.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails