dah namanya pun penyelaras Bilik SAC, setiap kali datang sekolah wajiblah kena masuk bilik tu. macam semalam lepas meeting Koko, terus naik ke bilik SAC sebab nak sambung kemas. ada lagi yang kena kemas.
oh, sebelum tuh, semalam jalan nak ke pasir gudang jam teruk. menurut radio ERA ada kemalangan maut. memang ye pun sebab tak pernah jam teruk macam tuh, start dari tesco extra plentong tu ha jam teruk sangat. gerak sikit-sikit je. chenta hati 1 yang keluar awal untuk gi interview kat port pun jam, ingatkan dia dah lepas. siap sms lagi kitorang 2-2 dah tersangkut dalam jam sambil dengar radio ERA. hehe
hamboi-hamboi si penyelaras SAC ni, kan men suka lagi nak gi sekolah,, ;)
dah tahu jam terus sms Kak Ti, penyelia petang cakap lambat sebab jam teruk. takutlah, tak suka terlewat, dahla ada meeting. doa-doa sempat sampai. sms Kak Ti sampai 2 kali sebab takut lambat. nasib baik sempat sampai. masa sampai rupanya ramai lagi yang datang lambat tapi selamba jek takde perasaan bersalah kebetulan meeting tak mula lagi. aduhai.. takpelah, jangan suka datang lambat ye hazirah, tak elok diamalkan kecuali keadaan terdesak macam jam tadi memang tak dapat nak dielakkan.
lepas meeting terus naik Bilik SAC cik zira tuh. nak sambung kemas. baru nak muka Kak Ina, mantan penyelaras SAC masuk nak tolong. kitorang ubah kan white board besar dengan almari tuh bagi lapang bilik tu. kemas-kemas, pastu sambil borak-borak. best jew bercerita memandangkan cik zira kat sekolah tu memang suka buat kerja sendiri tapi tak bermakna sombong cuma nak berbual-bual tuh cik zira tak suka sangat, lebih suka buat kerja pape yang patut. tapi kalau ada yang ajak berbual 1 to 1, cik zira ok je, kalau dalam kumpulan, cik zira tak berapa suka sangat. kalau join pun, mesti dengar jek. tak bercakap pun. dari maktab dulu pun perangai macam gini. lebih suka buat kerja pape yang patut. huhu
Kak Ina tolong sikit, lepas tuh dia pergi makan, cik zira sambung susun buku dan kemas lagi. tinggal barang-barang Kak Ina ngan Kak Yan yang banyak tuh cik zira belum habis kemas. tak sempat sebab semalam dah kena amek fail peribadi murid. kelas cik zira, 2 Fadhilat ada seramai 42 orang budak tau. alahai, ramai betul anak cik zira. 42 orang. harap-harap dapatlah jaga dorang. insya Allah. amek fail dan semak nama pastikan cukup ke tak. bawa masuk bilik guru, tapi akak pagi yang share meja dengan cik zira tak bagi ruang pun untuk cik zira letak barang. takpelah, mengalah jela, angkut lah fail-fail berat tuh 2 kali naik tingkat atas bawa masuk dalam Bilik SAC. nasib baik dapat pegang Bilik SAC tu, sekurang-kurangnya barang cik zira boleh tumpang letak dalam tu sebab nak letak dalam bilik guru kat meja sendiri memang dah takde ruang dah.huhu
semalam balik sekolah pun nak dekat pukul 1 sebab setelkan lagi sikit kemas bilik SAC tu. masih ada yang perlu dikemas. hari ini cuti sehari lah. Terima Kasih ye PM dan terima kasih kepada Pasukan Malaysia sebab menang dan kitorang semua dapat cuti. dapatlah berehat sehari dan esok ke sekolah balik sebab ada Pendaftaran Murid Tahun 1. cik zira bertugas jaga dewan. cikgu-cikgu kena pakai batik warna purple tapi cik zira kan baru masuk tak tahu nak pakai baju apa. mana ada batik warna purple. nanti kena sms Kak Ti tanya cik zira boleh pakai baju apa. yelah, cikgu-cikgu dah banyak baju sama, cik zira kan baru masuk sekolah tu, mana ada baju sama lagi dengan dorang semua.
esok kalau ada masa terluang ke, bolehlah sambung kemas lagi sikit Bilik SAC tu.nanti dah mula sekolah tinggal nak cantik-cantik kan je. lepas tuh kena lantik pengawas SAC tolong cik zira jaga SAC tu. senang-senang pilih budak kelas sendiri je. mudah.
sebelum balik tuh dah amek Buku Rekod Mengajar yang tebal tu. jadual kelas dengan jadual bertugas pun dah dapat. balik petang tuh print kan nama dan tampal dekat buku dan jadual. kerja lain tak boleh buat lagi sebab jadual tak dapat lagi, nama budak pun takut ada yang berubah, itu yang tak boleh nak buat jadual bertugas lagi. nanti kalau dah dapat semua, baru boleh siapkan.
hari ini cuti. esok tarikh cantik 1.1.11, kena pergi sekolah. isnin start sekolah dan dapat jumpa anak-anak sendiri buat pertama kali. jumpa-jumpa je ada banyak perkara nak bagi tahu diorang. siaplah dorang nanti. hehe
ok ye semua. SELAMAT BERCUTI buat yang bercuti jugak. sama-sama lah kita meluangkan masa yang ada dengan bermanfaat k.
p/s hari ini dah 31 disember 2010. esok dah 1 januari 2011.
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman jumaat 31 disember 2010 8.54 a.m.
2 comments:
akak, sy ad baca pancaindera last week. wah dah femes akak skang ek, masuk paper ag, dunia herbs kan.. meletops g2...
adehh malas nye nk balik mktb.. nk p0sting cepat2.. ;p
ehe,, perasan kt ye?hari ahad ade, sabtu pun ade jugak, sebelum tuh ada jugak masuk, yelah dorang nak lakukan produk dorang, nak bagi org lain percaya,, takdelah femes dEar, setakat testimonial gambo kecik jew,, =)
sabar2,dah keje ni rasa time belajar lagi best tau, enjoy belajar dulu k,, t dah keje baru tahu penatnya macam mana,, huhu
tapi seronok!
Post a Comment