SELAMAT TAHUN BARU 2011
hari ini merupakan hari pertama dalam tahun 2011. ada setahun daripada sekarang untuk melayari 2011. semoga tahun 2011 ini memberi lebih banyak kebaikan kepada kita semua ye. AMIN
kalau semalam entry cik zira bercerita pasal kenangan indah sepanjang tahun 2010, apa kata entry 1 Januari 2011 ini cik zira bercerita pula sikit pasal azam untuk tahun 2011 ini. yang pastinya cik zira akan cuba jadikan tahun 2011 ini indah atau lebih indah dari 2010. itu sudah pasti.
apa ye azam cik zira untuk tahun 2011?
meh cik zira kongsikan
- nak perbaiki diri. nak menjadi seorang yang lebih baik dari semua aspek. mana kekurangan yang ada tuh cuba diperbaiki dan mencari kelemahan diri dan menganalisa dan muhasabah diri. perlu berubah ke arah lebih baik. kelemahan semua tu diatasi. insya Allah.
- nak jadi seorang guru yang baik. dapat mengajar dengan baik. dapat membimbing anak-anak murid dengan baik. dapat menjalankan semua tugas yang diberikan dengan baik. mahu berkerja dengan sebaik mungkin kerana pekerjaan ini merupakan satu amanah dan menjaga anak-anak murid juga satu amanah. kena buat semuanya dengan baik dan dengan niat yang satu, bekerja dengan baik kerana Allah taala.
- mahu disayangi anak-anak murid dan mahu membantu anak murid mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan dan juga menjadi anak-anak yang baik di sekolah mahu pun di rumah.
- nak lulus interview sah jawatan. harap-harap dapat orang yang baik-baik semasa kena temuduga tu. AMIN
- menguruskan kewangan dengan baik. dapat menyimpan duit setiap bulan terutama untuk duit kahwin penghujung tahun dan duit nak buat korban secara besar-besaran di SK Taman Cendana bulan 11 nanti, insya Allah.
- terus berblogging dan cuba mencari idea yang baik untuk entry yang keluar setiap hari di blog MERAH kesayangan ini.
- cuba untuk tidak berbelanja yang bukan-bukan.
- merancang dan berbincang dengan semua yang terlibat secara teliti dan kemas untuk majlis penting penghujung tahun nanti. selesaikan satu per satu mengikut kepentingan.
- bersedia fizikal mental dan kewangan untuk hidup berkeluarga tidak lama lagi.
- memberi sepenuh komitmen kepada perkara di sekolah.
- menjalinkan hubungan baik dengan semua orang.
- kalau ada cuti je, jumpa buah hati dan selesaikan apa-apa yang patut. kena sedar hubungan jarak jauh perlu ada banyak pengorbanan. kena saling bertolak ansur.
- jaga makan, jaga kesihatan dan jaga berat badan.
- berfikir sebelum bertindak. kena selalu sabar dalam apa jua keadaan kerana SABAR itu adalah kunci untuk semua perkara.
dan banyak lagi sebenarnya azam untuk tahun 2011. apa yang penting, cuba laksanakan apa yang diazamkan dengan baik dan merealisasikan satu per satu. insya Allah.
korang pun mesti ada azam yang banyak kan. marilah sama-sama kita berazam untuk mencapai apa yang dihajati untuk tahun 2011 ini...
harap-harap tahun 2011 ini cik zira dapat pergi majlis kahwin kawan-kawan cohort. dah terlepas majlis Ket satu, tanak terlepas yang lain-lain. jadi, buat kawan-kawan cohortku tersayang, kalau nak kahwin tu, cepat-cepat bagi tahu ye. cik zira nak pergi. jauh pun takpe sebab buah hati boleh temankan. jangan lupa jemput tau.
rasanya ini sahaja untuk entry pertama di tahun 2011 ini. tak banyak yang ingin diperkatakan sebenarnya walaupun hakikatnya dah banyak pun kat atas tu, hehe.
oh, kepada semua pembaca dan pengikut blog MERAH kesayangan cik zira ni, tiada apa yang ingin diucapkan melainkan ucapan berbanyak terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca dan menjenguk blog MERAH cik zira ni. Cik Zira memang sayang korang sangat!! teruskan sokongan korang buat cik zira ye. cik zira tahu ramai juga sebenarnya mengambil berat tentang cik zira, memberi nasihat yang baik, terima kasih sangat cik zira ucapkan. cik zira akan terus berblog untuk mengeratkan lagi hubungan dengan semua.
jom semua, mulakan hari ini dan hari-hari esok
dalam tahun 2011 ini dengan niat yang baik
dan senyuman setiap hari... =)
p/s hari ini kena pergi sekolah untuk pendaftaran murid darjah 1.
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman jumaat 31 disember 2010 9.30 a.m.
No comments:
Post a Comment