assalamualaikum dan salam sejahtera buat semuanya. selamat petang sabtu dan selamat tahun baru 2011.
hari ini cik zira pergi ke sekolah bersama rakan-rakan guru SK Taman Cendana atas sebab pendaftaran Tahun 1 dan juga perjumpaan guru-guru sebelum bermulanya sesi persekolahan sebenar pada isnin ini, 3 Januari 2011.
hari ini semua guru kena berpakaian batik purple pink. cik zira pinjam baju bik moi, nasib baik lebih kurang sama jek dengan baju cikgu-cikgu lain. selamat. hehe
pergi sekolah cantik-cantik dan semangat. pakai shawl cotton purple dan inner cotton putih.
bawa bekal bik ani beli sarapan dengan chenta hati 2 kat kg melayu. oh, chenta hati 2 sampai malam tadi. tapi cuti sekejap sahaja. esok sudah mahu pulang ke kemnya di sg besi. ini pun dari pagi merayap naik bas sorang-sorang tak balik lagi. mana entah perginya. wallet hadiah cik zira belikan dia cik zira dah bagi dah malam tadi. eh, nak cerita pasal sarapan boleh termasuk cerita pasal chenta hati 2 plaknye,, ngee
cik zira bawa bekal sarapan roti john + karipap sardin sebiji + pulut panggang sebatang. betul tak ea penjodoh bilangan itu,, hehe. sampai sekolah, key in kedatangan, baca pape info penting dekat board kemudian terus naik bilik SAC kesayangan itu. duduk sorang-sorang dan bersarapan dahulu sebab dah lapar. makanlah roti john dulu. lepas siap makan, kemas lagi sikit di bahagian belakang. kiranya hari ini bab kemas mengemas semuanya dah setel. alhamdulillah. lepas ni naik sekolah tinggal nak hias cantik-cantik dan kalau dapat mop lantai baru best sikit. lantai berhabuk tak pernah dilap agaknya. cik zira akan jaga cantik dan bersih bilik SAC tu. tengoklah nanti. =)
turun bawah buat pape yang patut, lepas dah takde ape, naik bilik SAC balik, sambung plak makan karipap dengan pulut panggang. perjumpaan guru di dewan lepas habis murid tahun 1 dah balik bersama ibu bapa dorang. kitorang guru-guru pulak diberikan taklimat dan peringatan untuk tugas bermula isnin ini.
hubungan cik zira dan guru-guru SK Taman Cendana semakin rapat lah dengan beberapa orang guru. yang lain masih dalam proses nak mengenali tapi setakat ini semuanya baik, tiada masalah. seronok dapat rakan guru yang baik dan tidak sombong. jom kawan-kawan guru yang baru nak posting, meh datang SK Taman Cendana meh sebab kitorang cikgu semua baik-baik,, hehe
balik dalam pukul 12 keluar sekolah. terus balik rumah tak singgah mana-mana. balik-balik terus gi kat meja makan buka tudung saji tengok ada makanan apa. terus teruja sebab lapa sangat, terus naik bilik, buka kanta lekap ni, pergi meja makan balik. bik ani masak sangat sedap. nasi ayam special. mungkin sebab bersempena chenta hati 2 yang balik. yelah, dia tuh memang susah sangat nak dapat cuti. sesekali balik mestilah bik ani masakkan sedap-sedap. kitorang pun untunglah dapat makan sedap. tapi, tiap-tiap hari pun dah sedap.. =)
nasi ayam + sup + ayam + acar + sos black pepper. cik zira amek nasi banyak sikit daripada biasa. sebab sedap. makan dengan berselera sangat satu sebab lapar sangat satu sebab sedap sangat. hehe. dah makan habis, kenyang lepas makan terus mengantuk. tido sekejap lepas tuh baru sambung buat keje pape yang patut. ni dapat update blog petang-petang.
makanan di atas meja
sos black pepper sedap!!
ayam sedap!!
sup sedap!!
acar sedap!!
ini sepinggan cik zira makan
wah, best plak rasa entry kali ini. ada pasal sekolah, ada pasal makanan. macam-macam ada. gamba pun banyak. mungkin entry di hari pertama tahun 2011 ni kan, bercampur-campurlah cerita macam rojak.
baiklah, kena berhenti menaip sekarang. kang kalau tak berhenti, keje nak taip jek tak berhenti. okeh, rasa lapar plak, nak pergi makan lagi,, hehe
jom korang, makan!!
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman sabtu 1 januari 2011 4.55 p.m.
2 comments:
zira..jom join dis contest..=) http://www.iniwootwoot.com/2010/12/style-your-hijab-contest.html
ok wawa, thanx for the info, nanti kalau ada masa kita join eh,, =)
Post a Comment