mesti pernah dengar kan pepatah bersusah dahulu bersenang kemudian? pepatah inilah yang cik zira ibaratkan dengan hari khamis di sekolah. ini disebabkan jadual cik zira sangat padat pada awalnya iaitu kelas terus dari pukul 1 sampailah pukul 4.30 petang. tiada rehat langsung. dan perlu mencuri masa untuk solat zohor antara masa yang ada itu.
wajah hari khamis,, =)
tetapi kemudiannya bila kelas habis pada pukul 4.30 itu, cik zira akan ada masa yang panjang untuk menyiapkan kerja yang patut sehingga waktu balik pukul 6.30 petang. solat asar pun tiada masalah sebab tiada kelas selepas pukul 4.30 petang.
susah juga sebenarnya kelas terus macam tu. sebabnya lepas satu kelas kena bergegas ke kelas selepas itu tanpa henti sebanyak 4 kelas kesemuanya. dahlah kelas jauh-jauh. agak penat jugaklah. tapi selepas itu ok, boleh siapkan kerja yang banyak dan berehat sedikit di meja guru dalam bilik guru. nak kata rehat pun sebenarnya tidak sebab kerja menanda buku yang banyak perlu diselesaikan.
pendek kata, setakat di minggu kedua sekolah ini, memang tiada rehat yang betul-betul rehat di sekolah mahupun di rumah. kerja sangat banyak, lepas satu kerja, datang kerja yang lain.
takpe, buat semua pelan-pelan mengikut kepentingan ye hazirah. insya Allah tiada masalah. insya Allah.
pagi tadi bawa bik ani pergi pasar larkin. update blog pun lewat dah untuk pagi ni. takpe, asalkan sempat update dah memadai daripada tak keruan tak dapat update blog.
hari ni jumaat, ke sekolah sebaik solat zohor. esok pun sekolah sebab hari kutipan duit yuran. harap tiada masalah sebab ini pengalaman pertama menjadi guru kelas dan menguruskan duit. harap semuanya berjalan lancar esok dan dapat balik awal untuk kelas tusyen pada sebelah petangnya. insya Allah.
ok ye semua. ada kerja ni perlu disiapkan. jumpa di entry petang pulak ye,,
assalamualaikum...
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman jumaat 14 januari 2011 9.52 a.m.
No comments:
Post a Comment