walaupun 6 tahun belajar itu dirasakan sangat lama, tapi, kadang-kadang bila teringatkan semua kenangan selama 6 tahun itu, rindu pula rasanya.
rindu nak bersama kawan-kawan yang disayangi yang susah senang diharungi bersama. rindu nak berborak, bergelak tawa dan menghabiskan masa bersama. rindu nak mengadakan projek dan aktiviti bersama. ye, sememangnya cik zira kalau ingatkan, memang sangat rindu dengan semua kenangan belajar.
ini apa yang sering terjadi.
orang kata kalau masa belajar tak sabar-sabar nak habiskan belajar, nak kerja cepat. tapi bila dah kerja dah tahu susahnya kerja itu mencari duit rezeki halal macam mana, baru teringat balik zaman belajar dulu. terasa nak balik semula belajar tak payah kerja sampai bila-bila.
cik zira teringat kata-kata BFF pernah bagi tahu, kalau belajar suka hati kita nak belajar ke taknak. banyak masa untuk rileks sahaja. tapi kalau kerja mana boleh nak buat macam tu sebab dah ada tanggung jawab. mana boleh suka-suka hati tak nak datang kerja kan?
betul. memang betul. masa belajar 6 tahun itulah masa cik zira rasa best sangat. banyak sangat masa rehat. hidup tenang je. macam-macam boleh buat. macam-macam pengalaman dapat.
lepas tuh, kenangan dalam bilik pun best sebab cik zira ni jenis yang suka habiskan masa buat kerja sendiri dalam bilik. jadi, bilik mestilah kemas bagi cantik dan bersih. bila masuk bilik je tenang rasa.
eh, alang-alang dah cerita pasal bilik, apa kata cik zira tunjuk sikit gamba bilik cik zira masa dekat maktab tahun kedua, duduk dekat Blok Pinang. bilik tuh rasa best sebab redup, ada pokok belakang bilik tu. time petang-petang balik kelas tuh rasa nak tido jek tiap-tiap hari sebab rasa bilik tuh sangat redup dan sejuk. hehe
jom, tengok!
tengok tu, siap ada lampu raya tau.
itu komputer dengan iron rumate cik zira, zubaidah.
tuala MERAH, alas kaki MERAH, selipar bunga-bunga MERAH,
itu semua milik cik zira MERAH
penuh betul barang,, hehe
karpet pun MERAH
tidak strategik bukan kasut di sebelah katil? tapi dah takde tempat nak letak,, huhu
itulah bilik cik zira masa dekat maktab awal-awal tahun dulu. siap 1 ramadhan dah pasang lampu lip lap raya tu lagi tau. semangat betul. malam-malam nak tido suka tengok lampu lip lap tu berkelip dalam bilik. orang lalu bilik pun mesti tegur sebab bilik cik zira sorang je ada lampu lip lap tuh. kelakar betul kalau ingat balik.
em, kena berhenti mengimbau kenangan kalau tidak rindu sangat plak nak belajar balik.
sekarang kena ingat kerja kerja kerja je dalam fikiran. itu yang menjadi keutamaan.
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman jumaat 14 januari 2011 10.55 a.m.
2 comments:
wow...sume merah....
menggoda...
I pun kadang2 suka merah jg...hehe
iyep, ini kan hantu MERAH,, hehe
kadang-kadang suka, bagilah selalu suka ye,, =)
Post a Comment