SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Saturday, January 8, 2011

jumaat pun marah-marah jugak...




salam sayang buat semuanya


ini teacher hazirah di hari jumaat



kalau khamis kat sekolah kerja nak marah, jumaat pun sama. masalah bila ada 2-3 orang tak bawa buku english. padahal dah pesan hari-hari kena bawa semua buku english. bukan berat mana pun. lepas tuh, ada yang tak siapkan homework. tapi dalam 2-3 orang sahaja. yang lain bagus, ingat apa yang cik zira cakap. masalah kepada 2-3 orang ni ha. setiap kelas mesti ada yang masalah. tapi alhamdulillah yang lain ok.






kelas sendiri, 2F tu lagilah. dah pesan ni daripada hari selasa bawa Borang Maklumat Diri, hantar hari jumaat. tiap-tiap kali masuk kelas ingatkan. ada jugak 9 orang tak bawa. ada yang terlupa tu normal lah. ada yang kata ayah kata nanti dulu, tak cop lagi. ini masalah bila parents tak bagi kerjasama. patut bila anak dah pesan cikgu suruh hantar hari jumaat, take note lah, ingat pesan anak. jumaat kena hantar. ini tidak, saja lengahkan ingatkan benda tak penting. padahal cikgu-cikgu ni nak siapkan kerja cepat. dah melengahkan masa cikgu. kenapa parents orang lain boleh je hantar. ini masalah ibu bapa sekarang. susah nak berikan kerjasama pada pihak sekolah. tapi tidaklah semua, yang bagus tuh memang ok sangat. cuma yang segelintir macam ni akan menyukarkan pihak guru dan sekolah menyiapkan tugas dalam jangka masa yang diberi.






dah pesan isnin kena hantar. kalau ada juga yang tak bawa, cik zira akan terus telefon ayah dia minta sendiri. kerja makin banyak. kalau yang ini tertangguh, payahlah sebab semua nak kena submit hujung bulan ni. ingat ye, kerja sebagai seorang guru bukan sekadar mengajar tetapi menjaga hal ehwal murid dari segi fail dan semuanya, yuran dan sebagainya. kerja-kerja pentadbiran, koko dan semua sekali di bahu seorang cikgu dan kesemua cikgu. jadi harap ibu bapa faham, tugas guru bukan mudah. bukan bersenang lenang seperti yang sering dikatakan orang. kami bercuti memang sama dengan cuti sekolah budak, tapi cuti pun bawa balik kerja ke rumah sebab kerja sangat banyak. harap sangat ibu bapa faham keadaan guru di sekolah dan memberikan kerjasama.






oh, cukup-cukup. teremo plak pepagi sabtu ni,, hehe
maaf ye, cuma nak meluahkan fenomena yang terjadi






cik zira memang nak teruskan puasa sunat setiap minggu, isnin sampai jumaat sebab banyak membantu. terutama bila masa gap memang takde masa untuk rehat, semuanya kena siapkan kerja. jadi, kalau puasa tak kisah sangat pasal makan. boleh buat kerja. balik sampai rumah azan, boleh makan sedap-sedap. insya Allah, akan teruskan berpuasa.






semalam bawa balik fail peribadi budak yang banyak tuh. nak cuba siapkan dalam hujung minggu ni. setelkan pelan-pelan sebab banyak nak kena buat. penuh seat belakang semalam dengan barang, fail, buku-buku. tido pun macam biasa kul 12 dan akan sambung kerja pagi ni pulak.






sabtu ahad ni tak pergi sekolah tapi kerja sekolah tetap ada kena buat.
oh, hari ni sudah mula mengajar kelas tambahan dengan BFF. harap-harap semuanya berjalan lancar.






bagaimana hari sabtu korang? mesti best kan boleh jalan-jalan. cik zira kena duk rumah siapkan kerja. huhu






ok semua, have a nice day!!
^___________^








~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman sabtu 8 januari 2011 8.05 a.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails