SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Saturday, January 8, 2011

kenangan , makanan & ingatan




petang-petang begini seringkali membayangkan makanan yang enak-enak kan? apatah lagi kalau perut memang tengah lapa ni.. hehe






jadi, cik zira nak buat entry pasal makanan lah. yelah, orang kalau suka makan mesti banyak cerita pasal makan kan kan,, orang itu cik zira lah,, ;)






okeh, cik zira cuma nak mengimbas Kenangan, Makanan & Ingatan...






okeh, yang pertama ni cik zira nak tunjuk antara makanan yang cik zira masak masa duduk UUM berdua dengan rumate, cik 'adawiyah. memang hari-hari masak. takde keje pun kejenye asek masak jek. bilik kecik, yang sepatutnya tak boleh masak, bantai jugak masak. dah macam ada mini dapur dah dalam bilik tu,, ngee






rasa nak makan apa, terus jek masak.


 kepah masak sos tiram + paprik campur

 sambal ikan bilis kentang

 macaroni goreng

ikan goreng bersambal + sayur goreng masak kicap






masa kat UUM tuh, masak simple-simple jek. bahan apa yang ada, main masak jelah. semuanya kejap je. dah siap kan, tengah lapa, terus makan dengan nasi dan lauk yang tengah panas-panas lagi tuh. duduk hampar suratkabo, makan berdua dengan rumate. 




seronok betul kalau ingat balik. kadang-kadang shopping barang masak dengan lauk dekat Changlun Mart aka CMart tuh. kadang-kadang pergi terus Tesco Mergong tuh, puas hati, beli banyak terus. lagipun lauk-lauk kat tesco kan murah.






ha, itu kenangan masak-memasak dekat UUM.
yang ini kenangan, makanan & ingatan masa balik maktab semula. antara makanan kegemaran yang cik zira akan makan selalu


 telur bungkus kadang-kadang makan, tapi suka sebab sedap nyum nyum

 ini bihun kung fu. bihun di dalam salutan telur itu.

 bihun kung fu bersama kuahnya


bihun ladna





kafe maktab tuh kan mami cik zira punya. jadi anak dia nak makan tukang masak tuh buatkan special lah sikit. hehe, sayur lebih ke, bihun lebih ke,, ngee






suka sangat makan masakan thai ni. sedap betul. suka bila makan panas-panas. yang paling suka dulu masa last sem memang makan bihun sup pedas-pedas, bihun kung fu dan bihun ladna. yelah, dulu kan  tempoh berdiet lagi. semuanya bihun lah, hee









kalau ada masa, makan kat luar, pun nak makan yang best-best jek
memang dasar kaki makan kan, kenalah faham tekak orang suka makan ni macam mana,, ;)






itulah antara kenangan makanan & ingatan cik zira tak berapa tahun yang lampau. sekarang kat rumah, makan pun hari-hari sedap. nanti dah ehem-ehem, lehlah masak berdua sedap-sedap plak. tengok buah hati komen apa nanti,, =)






korang suka makan? eh, silap tanya. sape yang tak suka makan ye tak?
tanya balik. 
korang suka masak?
tahu-tahu, semua orang pandai masak,,, ;)







~sekian~




 k,adios!!!,,, by : ierarahman sabtu 8 januari 2011 9.00 a.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails