SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Friday, April 29, 2011

semalam, 28 April 2011





Assalamualaikum dan salam sayang buat semuanya,






pejam celik, dah lah hari jumaat, padahal rasa baru je buat entry pagi isnin, begitu kejap masa berlalu kan,,






ha, tanpa berceloteh panjang, mari mulakan cerita semalam, khamis, 28 april 2011 :






pagi semalam tak kemana-mana, duduk rumah siapkan kerja sekolah. sebelum pergi sekolah tuh, masukkan segala barang dalam kereta sebab semalam banyak barang bawa gi sekolah.






pagi sarapan bihun tomyam. lepas tuh dah masa, bersiap gi sekolah. bawa 2 bekal tau semalam, jangan main-main, hehe






satu bekal bawa kuey teow goreng sebab sampai sekolah nak makan dulu sebab lapar. lagipun nak kena ada tenaga sebab hari khamis kan kelas terus dari kul 1 sampai 4.30. jadi, makan kuey teow dulu.






sampai sekolah, letak barang dekat tempat dalam bilik guru. lepas tuh, amek papan kenderaan tuh kat kereta dan hantar gi SAC. kemudian sorang-soranglah dalam bilik SAC tuh, siapkan rak cik zira bertajuk trasportation tuh. alhamdulillah dah siap. harap takde tangan gatal duk kacau, tapi petang tengok ada jek yang beralih. budak-budak dajah 6 memang tak reti bahasa agaknya. cikgu tak pesan kot! geram jadi bila setiap kali masuk SAC tu, sampai bersepah sana sini padahal dajah 6 tuh, dah besar patut kena tahu jaga kebersihan. asyik nak kena bersihkan je. cikgu pun kena mainkan peranan selalu pesan pada budak, pastikan sebelum keluar bilik tuh bersih. tak tahu dah nak cakap macam mana, huh!






sebelum buat kerja tuh, makan kuey teow dulu sampai licin,, hehe






nak dekat bunyi loceng, cik zira turun bilik guru dan pergi amek wudhuk dulu sebab nanti boleh terus solat bila dah sampai waktu. kena amek masa kelas 3J sekejap pergi zohor dan bagi dorang kerja suruh siapkan.






kelas habis kul 4.30, cik zira yang sakit tekak semalam terus minum air dulu. tekak perit sangat. duduk berehat jap minum air, lepas tuh tanda buku 3J. dah siap tanda, tulis reflection dalam buku rekod. lepas tuh, pergi asar dulu.






lepas asar, makan bekal dibawa. tapi lupa amek gambalah! aduhai
semalam bawa bekal nasi + ikan goreng + lauk kari ada carrot dengan terung. makan sampai habis!







lepas makan, masukkan tali dalam langsir baru yang kena pasang. kemudian, masa bebudak 2F pergi PJ, cik zira naik gi kelas pasang langsir. langsir lagi 3 helai tuh takde wayarnya nak gantung, simpan dulu.






lepas pasang langsir, turun bilik guru balik, siapkan lesson plan untuk jumaat dan selasa terus. tunggu masa nak balik sempat beli kerepek pedas yang sedap tuh makan, tunggu loceng bunyi.






semalam dalam kereta nak balik pun rasa tak sedap badan sangat. kepala berat je, tekak memang sakit sangat. nasib baik jalan tak sibuk sangat, sampai umah sebelum azan.






lepas isyak semalam memang dah tak boleh tahan. telan panadol activefast tu 2 biji terus tido. terjaga kul 10 lebih, kul 12 baru dapat tido balik.






alhamdulillah hari ni dah sihat balik, tanak sakit-sakit cuma badan macam tak cergas sangatlah. takpe, asalkan tak sakit sebab nak kena pergi sekolah. itu yang penting,,, =)






ok semua, esok sampai isnin cuti. Yay!
tapi sabtu ahad ada tusyen macam biasalah. tusyen banyak kali takde, kenalah buat plak cuti-cuti ni, tak boleh cuti sama,, hehe






itu sahaja. sorry gamba makanan tak banyak,, ;)







~sekian~








k,adios!!!,,, by : ierarahman jumaat 29 april 2011 8.25 a.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails