salam sayang semuanya
Assalamualaikum
semalam pagi dah selamat ambil baju yang ditempah 2 pasang pada cik tom di bakar batu selepas update blog. pergi kejap je, dah amek borak jap terus balik. sampai rumah try baju. dah siap dah. cik zira memang susah lah nak tempah baju ni sebab memang selama ni beli baju dah siap je lagi murah. jadi, memang tak akanlah beli kain pasang. ini pun tempah sebab satu baju batik perpustakaan dan satu hadiah birthday BFF bagi. dah siap dah,, baju batik tu boleh pakai esok,, =)
lepas tuh pagi semalam sarapan sup daging dengan sambal kicap. kemudian makan sosej cicah sos.
keluar umah gi sekolah macam biasa semalam. sampai pun macam biasa. sampai jek letak barang terus naik perpustakaan nak siapkan proses automasi buku. dah dapat siapkan jugak semalam sebab masukkan rekod dalam komputer je, yang lain-lain pustakawan akan tolong buatkan. yay, dah siap!
mengajar macam biasa, buat ulangkaji dengan 3 kelas. tapi, dengan kelas sendiri, kelas akhir 2F, 2 waktu terakhir memang menguji kesabaran cik zira. cik zira mengamuk ngan dorang semalam sebab dah tunjuk macam mana nak buat tapi sebab tak nak dengar betul-betul semuanya salah. geram betul. dengan 2E semua boleh buat ok, salah sikit-sikit je. 2F ni memang menguji cik zira betul lah. balik lambat dorang semalam. cik zira turun bilik guru pun ramai cikgu dah balik,, huhu
takpe, cik zira akan ajar balik apa yang cik zira ajar semalam sampai dorang boleh buat, cik zira akan baiki mana-mana kelemahan supaya menjadi lebih baik, itu tugas cik zira, Insya Allah,,
bercerita pasal makanan lagi, masa bertugas di perpustakaan, beli kerepek pedas singgit tuh, makan dekat perpustakaan sebab takde masa nak makan nasi lagi. dapat makan nasi kul 5.15 macam tu.
nasi + sayur broccoli + ikan goreng
sampai rumah semalam, takdelah lambat sangat. malam makan bihun tomyam tapi tak sedap sebab orang kedai tuh tak pandai buat lah. bihun goreng dia cik zira rasa pun tak sedap. kena beli kat kedai tomyam dekat dalam giant tu jugak yang terbaik,, hehe
sayur broccoli tu tambahan sendiri,, ;)
ala, tak sedap pun habis jugak kan cik zira ?,,,, ngee
hari ni ada meeting kul 12.30. mesti lama sebab banyak benda nak diberitahu. entah sempat ke tak masuk 2F nak tengok kerja dorang tu.
sampai sini ye semua,,, =)
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman rabu 11 mei 2011 9.13 a.m.
2 comments:
salam.. lama tak singgah blog sis... :)
salam nana,
Xpe,kalau bz xpe la x jengah.ada masa free singgahla ye.. =)
Post a Comment