SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Friday, March 2, 2012

beg tangan ke jam tangan?





ha, mana satu pilihan kalbu?






saje je petang-petang ni cik zira nak berkongsi sedikit dengan pembaca blog MERAH ni. antara beg tangan dan jam tangan kan, mana satu pilihan anda?






cik zira sejak dari maktab sampailah sekarang ada 2 je jam tangan. dulu memang banyak masa zaman sekolah tu tapi semua yang berpuluh ringgit je jenis pakai rosak terus buang kan. jam tangan mahal pertama cik zira beli masa tahun 2005 tak silap. jam guess harga masa tu nak dekat RM 400 tak silap. yelah, kira mahal lah kan sebab tak pernah pun pakai jam tangan harga seratus pun tak pernah. lagipun masa tu belajar lagi, kumpul duit nak beli. sampailah ke kahwin, dapat lagi seutas jam tangan suamiku hadiahkan, roscani. kira setakat ni memang baru 2 sahaja jam tangan.






cik zira suka jugak tengok jam cantik-cantik, tapi setakat tengok jelah, tapi nak beli tu taklah sebab rasanya kalau ada jam banyak nanti tak tahu nak pakai mana satu. biar jelah ada 2 sahaja. 1 jam tangan bawa gi sekolah, 1 lagi jam tangan bawa jalan-jalan. cukuplah tu kan.






tapi, kalau bercakap pasal beg tangan, aduhai, memang cik zira tak boleh tahan.bila tengok cantik tu, macam terus nak beli, nak beli sangat-sangat, lagilah kalau warna MERAH. isyh, memang geramlah tengok. tapi, suamiku dah pesan, kalau nak beli beg tangan tu cukuplah setahun sekali je. biarlah mengidam dulu, tahun depan boleh beli lagi.






sekarang beg tangan memang banyak dalam koleksi nak dibandingkan dengan jam tangan yang baru ada 2 utas. cik zira lebih suka beli beg tangan dan takpelah kena kumpul duit dulu nak beli, asalkan bila dapat tu rasa puas sangat-sangat.






biasalah, adat kan, bila dah bekerja ni, ada duit sendiri, nak reward diri belilah barang yang berjenama sikit dan yang tahan lama dan sebab itu cik zira suka beli beg tangan,,, =)






anda pula macam mana?






~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman khamis 1 mac 2012 9.35 p.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails