sepanjang bekerja di taman cendana ini, sudah dua kali cik zira terlibat dalam kemalangan. yang pertama tahun lepas tidak silap. awal-awal tahun jugak. kereta belakang laju dan hentam cik zira. cik zira dah pernah cerita di ENTRY INI. habis kereta teruk depan belakang. masa tu pertama kali memang nangislah dah tahu bukan salah kita kan. lepas tu dahlah tak tahu nak buat apa, tu yang panik terus menangis.
kemalangan kedua pula ialah semalam. hari yang sama, hari jumaat sama dengan kemalangan pertama, sama juga nak balik rumah. biasalah dekat pasir gudang ni, waktu petang adalah waktu jalan tersangatlah sibuknya.
begini ceritanya. keluar je sekolah terus ke Kipmart nak mencari baju uniform nak guna untuk Mesyuarat Agong PIBG hari ni. dahlah tengah hujan. mencari jugak. sampai Kipmart takde pula. hampa. keluar kipmart nak keluar ke lebuhraya lalu jalan hari-hari lalulah. padahal kak ida dah ajar lalu jalan lagi satu, cik zira ni jenis kalau tak tahu takut nak lalu, nanti sesat. lalulah balik jalan masuk tadi, simpang tiga yang memang sangat sibuk.
cik zira nak keluar simpang. kereta moto kiri kanan laju tak nak bagi laluan. cik zira pun macam biasa nak minta laluan, akan angkat tangan.baru nak keluar simpang ni, nak tengok kiri kanan, dah terdengar dentuman kuat, ada moto dah tergolek ke depan sana. cik zira pun dah panik, dalam hati fikir habislah. tapi tak nangis macam yang pertama kali kemalangan tu. kali ni tenang pulak. setenang mungkin. terus bawa kereta ke tepi tak nak bagi jalan jam yang dah memang tengah sedia jam.
terus kol kak ida, minta tolong. tunggu sampai kak ida tiba. sekali cikgu yusri dengan kak liza pun ada. lega sikit. moto tu uncle cina. sian dia jatuh tergolek. jalan dah lah licin tengah hujan. dia bawa tak ingat punya laju, memang laju padahal moto lain kat kawasan situ memang dah berhati-hati bawa pelan je. kuat dia hentam kereta cik zira bawa tu. cik zira ingat kereta takde apa-apa, sekali keluar tengok, aduhai, ranap habis bahagian depan. hancur. dalam kepala dah fikir keta berapa lama pulak kali ni nak kena masuk bengkel. pikir nak pinjam kereta sape nak bawa gi sekolah.
kol chenta hati 1 tanya macam mana. lepas dah berbincang, cik zira amek keputusan untuk tak nak buat report polis sebab pengalaman yang pertama tu, report polis leceh. kereta masuk bengkel pun sebulan nak dekat 2 bulan baru siap. lambat sangat. tak nak susahkan orang pinjam kereta lama-lama. jadi, cik zira minta tolong abang ai dengan kak june. abang ai dengan kak june amek cik zira dekat rumah kak ida malam tu. bawa kereta kemalangan tu ke taman perling, rumah abang ai. abang ai dengan kak june bagi pinjam kereta buat sementara waktu ni. abang ai nak tolong bawa kereta tu ke bengkel tolong setelkan, betulkan semua. alhamdulilah. cuma sediakan duit jelah. cik zira dah memang bajet seribu ke seribu lebih sebab malam semalam suruh mekanik tengok dia kata rosak teruk jugak. nak kena tarik besi dalam dah kemek, nak kena buat macam-macamlah pendek katanya. jadi, bila dah rosak teruk, kenalah sediakan duit secukupnya.
terima kasih banyak kepada kak ida, kak liza, cikgu yusri, cikgu hairol yang membantu semalam. terima kasih banyak-banyak kepada kak june dan abang ai yang banyak membantu cik zira. cik zira ni takde sape nak tolong. chenta hati 1 dah kat shah alam, kalau dia ada semua dia tolongkan. suami dah jauh. nasib baik ada abang ai dan kak june. terima kasih juga bagi pinjam kereta buat sementara sampai tunggu kereta tu siap. harap sangat dalam seminggu ni dapat siap. lepas tu bak kata chenta hati 1, kena mandikan air bunga kereta tu. dah banyak kali jugak masuk hospital tu,,, ;)
dahlah birthday lagi berapa hari je, 27 Mac, bukan dapat hadiah, lagi nak keluar duit banyak adalah. nak buat macam mana kan, kalau minta ganti rugi dekat uncle cina tu pun macam dia nak bayar. banyak je alasan nanti. kalau buat report polis, leceh plak nak tunggu kereta siap lama berzaman. jadi, nak tak nak jalan terbaik, terpaksalah guna duit sendiri untuk repair kereta tu bagi elok semula.
Ya Allah, semoga lepas ni cik zira terhindar dari kemalangan. dah dua kali kereta kena langgar orang. sedih sangat-sangat. apelah nasib. berkorban lah duit nak betulkan kereta tu,,, huhu
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman sabtu 24 mac 2012 3.27 p.m.
No comments:
Post a Comment