SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Wednesday, March 7, 2012

Mac yang istimewa.




banyak-banyak bulan dalam setahun, cik zira suka sangat bulan 3, bulan Mac. sebab apa tau, sebab cik zira ni lahir bulan Mac, 27 Mac.






bukan itu sahaja, chenta hati 1 juga lahir bulan Mac, 26 Mac. abah 18 Mac dan arwah mak 19 Mac tahun yang sama, 1959. kalau dulu, kitorang sambut har lahir sama-sama makan sedap-sedap. sama ada minggu abah dan mak atau minggu cik zira dan chenta hati 1.






hari ni dah 7 Mac. maknanya lagi 20 hari cik zira akan berusia 26 tahun. wah, dah makin bertambah usia cik zira ye. dah 26 dah rupanya nanti. semoga panjang umur lah oleh Allah untuk meniti usia ke 26 tahun itu dan tahun-tahun berikutnya dengan penuh keredhaan yang Maha Esa. Amin.






tahun lepas 25 tahun sebagai tunangan orang. tahun ini 26 tahun sebagai isteri orang. em, macam mana ye agaknya nanti. sanggup kah suamiku di penang itu nanti datang ke JB nak sambut dengan isterinya ini? cik zira tak mengharap apa-apa. cik zira tahu dia sibuk. tapi, tengok jelah nanti kan,,, =)






hajat untuk membelikan laptop MERAH sempena hari lahir ke 26 tahun ni masih belum tercapai. tunggu nak dekat 27 Mac tu memang kena beli jugak. dah lama sangat tunggu. buat masa sekarang, guna laptop kesayangan yang dah nak masuk tahun ke 8 tak silap. masih sayangkan dia.






ini kalau bagi tahu anak-anak murid birthday 27 Mac, hari selasa pulak tu, mesti dapat hadiah. jadi, tak naklah, nak diam-diam jek,,, hehe






~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman selasa 6 mac 2012 9.30 p.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails