semalam cik zira, suamiku dan si cerdik naqib pergi rumah abah dekat simpang pulai. bawa naqib sekali sebab semua kat rumah abah mesti suka main dengan naqib. memang ye pun. naqib ni jenis budak yang senang dibawa ke mana sebab dia budak baik.
awal-awal je sampai dia tak start enjin dia lagi. lepas beberapa minit, dia pun dah ok, dah main dengan semua. abah, mama, ina dengan chenta hati 1 pun ada. chenta hati 2 je takde nak lengkapkan satu keluarga.
bukan main lagi naqib. main macam-macam. akal banyak. kerusi dia jadikan kereta dia, disorong ke sana ke mari. itu permainan kegemaran dia masa kat rumah abah semalam. suka betul main dengan kerusi.
masa maghrib bagi dia mandi siap-siap. lepas isyak gerak balik ke Penang semula. dah siap dapat makan malam abah masakkan. sedap. ada nasi + kari + ikan asam rebus + ayam goreng + ikan masin + sayur campur + telur. gamba tak sempat amek sebab lapar sangat masa tu,,, ;)
dalam kereta nak dekat sampai Penang, naqib pun dah terlena di pangkuan cik zira. sampai rumah letak atas katil memang tak sedar apa langsung. penat main kereta-kereta agaknya.
malam pulak pukul 2 lebih sampai nak dekat kul 4 nangis je. teringat kat mama ngan abah dia. puas pujuk. nasib baik lepas tu dia ok. dia bunyi terus tepuk badan dia. pagi pun bangun awal. layan dia main, mandi bagi susu kat dia, lepas tu kitorang tido balik sekejap. 2-2 dah penat.,, ;)
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman jumaat 16 mac 2012 11.30 a.m.
No comments:
Post a Comment