sekejap lagi, cik zira akan keluar sendirian macam biasa untuk menguruskan kewangan kelab guru. pergi bank simpan duit. kemudian nak bershopping membeli barang-barang jualan untuk dijual kepada anak-anak murid SKTC bersempena Hari Guru yang akan disambut 16 Mei setiap tahun.
disebabkan cik zira ni bendahari selaku menjaga duit-duit yang ada, jadi, bila bab nak membeli apa-apa yang menggunakan duit, walaupun dah ada AJK nya sendiri, tetap cik zira nak pergi beli sendiri dan uruskan duit sendiri. jadi senang. duit pada cik zira, pergi beli, resit simpan. tak payah nak banyak-banyak tangan sangat nak uruskan duit. hehe.
dah kalau suruh cik zira jaga duit ni, memanglah dasar jimat-cermat. membazir tu dijauhi. duit ni kan, kenalah sayang. tak boleh bazir-bazir.
jadi, cik zira akan ke BBU. simpan duit dahulu. kemudian mencari barang di Mydin. rasanya ada kat situ dan harga murah. lepas tu, nak ke kedai pengantin. oh, bukan untuk cari barang kahwin, nak cari hadiah comel-comel yang murah-murah yang boleh dijual sekali. jadinya, kena gunakan masa yang ada dengan sebaik mungkin sebab pukul 12 lebih dah nak kena bersiap nak pergi sekolah.
harap-harap dapatlah semua barang yang dicari dan dapat gunakan duit yang diperuntukkan dengan sebaiknya. silap-silap lagi jimat sebab cik zira yang pergi beli barang,,, ^___*
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman khamis 19 april 2012 10.24 p.m.
No comments:
Post a Comment