alkisah. bedak cik zira dah nak dekat habis. baru-baru ni lepas masuk gaji, membeli-belah sedikit di Tesco Extra. termasuklah bedak baru beli siap-siap walaupun yang lama masih ada saki-baki.
oleh kerana sekarang masih pakai Magic BB Cream Silky Girl, jadi kengkonon nak seia-sekata, belilah sekali Magic BB Cream Powder Foundation dia tu. yang sekarang pakai pun bedak silky girl jugak tapi pressed powder tak silap.
harga bedak ni RM 17.90 dekat Tesco Extra tu. cik zira amek warna rose beige. macam tersilap amek warna je sebab bila cuba dekat tangan sikit nampak macam gelap. yang sekarang cik zira guna light dan sesuai dengan kulit muka. takpelah, dah terbeli, pakai jelah. harap-harap sesuailah dengan muka cik zira nanti bila dah pakai.
cik zira ni selalu beli je buat stok. kalau barang dah nak dekat habis, cepat-cepat beli untuk ganti bila dah habis. bukan tiap-tiap bulan beli-belah barang sendiri ni, berapa bulan sekali baru beli. rasanya setahun dua kali je kot beli benda-benda macam syampu, krim muka, toner tu sume. jenis pakai berjimat,,, hehe
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman khamis 26 april 2012 11.02 p.m.
2 comments:
okeh jek kot..huda biase beli yg gelap sikit dari kulit..sebab bila pakai krim lepas tu pakai bedak kompek xnampak putih sgt..=)
sebab muka huda cerah sangat. boleh amek yang warna gelap bila apply on skin tak nampak gelap mana.
kalau kulit muka macam kita ni, tak cerah tak gelap mana, better amek yang warna cerah sebab kalau amek gelap, apply kat muka, nampak malap je nanti.
itu yang selama ni guna yang light atau normal, jadi bila pakai kena je dengan kulit muka,, =)
Post a Comment