SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Monday, April 16, 2012

orang perempuan ni, kena belajar berdikar, jangan semua harapkan lelaki sahaja.






wah, tajuk entri panjang macam nak marah je kan?






oh, tidak! bukan taip entri ni untuk marahkan sesiapa, entri ni hanyalah peringatan kepada diri cik zira sendiri dan kaum hawa yang lain di luar sana.






ini cerita cik zira selaku seorang perempuan yang tinggal bersama perempuan-perempuan yang lain di rumah atok ni. tinggal dengan atok, bik ani dan bik moi yang kesemuanya perempuan sama seperti cik zira.






jadi, nak dipendekkan cerita. bila tinggal sendirian dan semuanya perempuan, tiada kaum adam di sisi, tiada chenta hati dan tiada suamiku tinggal bersama, semua kerja perlu dilakukan sendiri tanpa bantuan insan bernama lelaki.






salah satu kerjanya ialah servis kereta bila sampai waktu kena servisnya. dari dulu sejak chenta hati 1 dan kerja di shah alam, cik zira yang mengambil alih kerja untuk servis kereta hitam itu. 






nak dijadikan cerita, bila perempuan yang hantar kereta pergi servis, apa yang mekanik tu cakap semua di IYA kan sahaja. harga berapa sume ikutkan je. yelah, perempuan, manalah tahu apa sangat kan. dan sudah beberapa kali servis, punya pandai servis untuk 10 ribu kilometer. mana tak jahanam kereta. niat sebab senang, tak payah nak gi hantar servis banyak-banyak kali. padahal tak tahu, orang semua servis kereta untuk 5K km je. mana ada sampai 10K km. cik zira-cik zira.






dan sehinggalah baru-baru ni, masa chenta hati 1 balik JB, dia telah ajarkan cik zira cara servis kereta yang jimat sangat yang selalu dia buat. ini pengajaran untuk cik zira dan mungkin untuk anda juga. 






caranya begini :



  1. pergi kedai alat ganti kereta, beli minyak hitam dan oil filter. hari tu chenta hati 1 belikan harga baru RM 51. dia dah tulis apa yang cik zira kena beli, cik zira simpan dalam walet.
  2. bawa minyak hitam + oil filter tu pergi kedai servis kereta, cakap dengan mekanik tu nak minta tolong upah servis. dia akan buatkan semua.
  3. bayar kat mekanik tu upah servis sahaja.





baru-baru ni, hari jumaat lepas, cik zira bawa kereta gi servis dekat kampung melayu sahaja, dekat. suruh budak bengkel tu serviskan. cakap ngan dia minyak hitam dengan oil filter dah beli. dia akan buatkan. tak lama mana pun tunggu. dalam 15 minit macam tu. lepas tu dah siap.


kereta itam nun di atas tu




harga upah servis kat bengkel tu hari tu hanyalah RM 10. murah kan?






dan untuk pengajaran bermakna kali ni pasal servis keta untuk cik zira yang selama ni servis kereta dekat bengkel atas ni RM 200 sekali servis untuk 10K km, sekarang cik zira dah pandai dah nak buat. 





bayangkan, untuk servis baru-baru ni, beli sendiri minyak hitam dengan oil filter baru RM 51 + upah servis baru RM 10. tak ke murah RM 61 untuk sekali servis? kalau nanti nak servis lagi pun baru RM 122 dan sangat murah nak dibandingkan dengan RM 200 yang cik zira habiskan setiap kali untuk servis.






itulah, jadi perempuan ni janganlah buat tak tahu sangat. kena amek tahu jugak. apa guna ada adik lelaki dan suami kan? cuba buat sendiri, belajar berdikari tapi dalam masa yang sama apa-apa hal, rujuk pada yang pakar. macam cik zira, apa-apa cik zira akan tanya chenta hati 1 dan suamiku terutama pasal kereta ni. jadi, takdelah tak tahu semua kan, sekurang-kurangnya, dah tahu sikit. 






yelah, kita orang perempuan ni, bawa kereta kena lah tahu servis kereta, barukan road tax dan insuran semua tu. kalau tahu bawa je, lain semua tak tahu, rugi besarlah jawabnya! cubalah berdikari dan jangan terlalu bergantung dekat lelaki. nanti kang semua benda tak tahu, siapa yang rugi?






cik zira happy sangat! dah belajar berjimat untuk hal servis kereta. duit lebih tu boleh simpan,,, =)






p/s korang tahu tak nak hantar servis kereta? bukan susah pun kan, senang je.






~sekian~



k,adios!!!,,, by : ierarahman ahad 15 april 2012 8.08 a.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails