SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Monday, April 2, 2012

rasa bangga dengan adikku.





baru-baru ni kan, tak baru lah, seminggu lebih yang lepas, keputusan SPM 2011 kan keluar. adik cik zira yang perempuan, ina ambil SPM tahun lepas. cik zira pula teruja lebih nak tahu keputusan dia. dalam adik beradik kitorang empat orang ni, cik zira dengan chenta hati 1 kira jenis tak suka sangat belajar. tapi, chenta hati 2 dengan ina rajin, suka belajar. dari kecik memang dorang rajin.






jadi, tak mustahil lah, chenta hati 2 masa SPM pun dapat keputusan baik. banyak A dia kaut. rasa semua A kecuali 1 B macam tu. kira cik zira bangga dengan chenta hati 2 masa tu. yelah, cik zira pun 5A je. yelah, tak suka belajar katakan,, ;)






dan untuk ina, cik zira memang bangga sangat-sangat. cik zira tahu dia memang rajin dan dikurniakan Allah otak yang baik. ina dapat 9A. semua subjek yang dia amek dia dapat A. jadi, tahniah ye ina. baru kakak MERAH mu nak ucap kat blog MERAH ni. dekat sms dah ucap awal-awal dah. 






rah bangga sangat dengan ina. rah harap ina dapat capai cita-cita ina nak jadi doktor k. rah tahu ina mesti boleh sebab ina rajin dan teruskan usaha tau.






Alhamdulillah. cik zira bangga dengan adik-adik cik zira. abah dengan arwah mak tak pernah langsung tekan kitorang pasal belajar sejak kecil dulu. takde paksaan sebab abah dan mak tahu anak-anak dia macam mana. abah ngan mak yakin dengan kitorang. masa kecik sebelum masuk sekolah, cik zira ingat lagi, arwah mak lah cikgu kitorang. siap ada buku tulis sorang satu ni, masuk sekolah dengan mak dulu. jadi, bila masuk tadika banyak benda yang kitorang dah tahu. mak lah cikgu pertama cik zira dan adik-adik. macam mana cik zira bangga dengan adik-adik walaupun banyak masalah Allah dah uji, tapi Alhamdulillah sangat, cik zira dan adik-adik dapat buat abah bangga dan tentunya mak dekat sana pun senyum tengok anak-anak mak.






cik zira selalu doakan kejayaan dan kebahagiaan adik-adik cik zira sebab cik zira sayang dorang. dorang harta berharga cik zira ada. dorang ada masa cik zira susah dan senang. dah lalui masa-masa lampau bersama. susah dorang pun susah cik zira juga.


picture by : hafizudin hamdan




buat ina, tahniah sekali lagi. belajar pandai-pandai lagi tau,,, =)








~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman ahad 1 april 2012 11.45 p.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails