selalunya, kalau ada tusyen kat uma atok ni, anak-anak tusyen dari tahu lepas memang akan dapat makan. bik ani ke atok ke mesti akan sediakan makanan untuk anak-anak tusyen cik zira.
tapi, hari ahad lepas, cik zira yang sediakan makanan. itu pun sepantas kilat. kesian plak dorang lapar. yelah, belajar ni memang lapar. cik zira faham.
mula-mula nak goreng magi. tapi, bila tengok ada nasi dalam periuk nasi, terus goreng nasi je sebab lagi cepat. ini bahan-bahan yang cik zira guna :
- bawang putih 4 biji
- cili padi 3 batang
- ikan bilis
- telur sebiji
- nasi putih
- garam secukup rasa
- sos tiram
cik zira tumbuk bawang putih + cili padi + ikan bilis. kemudian tumis dengan minyak. masukkan telur dan gaul rata. tambahkan garam secukup rasa dan sos tiram. gaul lagi. kemudian dah sebati, masukkan nasi dan kacau sampai rata. ha, dah siap. tak sampai 10 minit pun nak buat nasi goreng kampung ni.
lagi sedap kalau ada ikan bilis goreng + telur mata + sambal belacan. lagi terangkat. tapi sebab masa tak cukup, buat nasi goreng cincai jelah. hehe
nasi goreng kampung comel
budak-budak tu makan nasi goreng kampung tengah panas lagi punyalah berselera. licin pinggan,,, =)
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman isnin 23 april 2012 9.50 p.m.
No comments:
Post a Comment