SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Saturday, April 7, 2012

semalam : jumaat, 06042012




Assalamualaikum buat semua






hari ni pagi sabtu. hari ni dapat cuti setelah dua kali sabtu perlu ke sekolah ada program sekolah. hari ni pagi sabtu boleh berehat di rumah.






semalam cik zira pergi sekolah sampai lambat. cik zira zohor dulu di rumah memandangkan zohor pun dah awal sekarang ni. jalan pulak perlahan sebelum masuk highway pasir gudang lagi. sampai sekolah dah nak dekat pukul 2 petang. kelam-kabut. dapat latih anak-anak action songs pun sekejap aje. takpe, minggu depan kena berusaha keras untuk buat yang terbaik.





semalam, akak-akak yang selalu cik zira lepak bersama bila ada masa terluang bawa makanan masing-masing. semua letak kumpulkan atas meja. makan ramai-ramai. seronok tau. ada ikan bakar cicah air asam, ada sambal sotong, kuey teow hailam, nasi, sayur campur, kek pisang, apam dan cik zira bawa yang bik ani masakkan, lontong masak lodeh dengan serunding. seronok sangat makan ramai-ramai. macam ada kenduri je,,, =)







mengajar seperti biasa tambahan 1 kelas relief buat PJ pakai baju kurung,,, hehe






berlalu dah minggu ke 13 di sekolah. hari ni dengan esok nak berehat dengan yang tersayang. isnin sekolah balik. huhu







~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman jumaat 6 april 2012 8.18 p.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails