sekejap je kan dah hari jumaat semula. tapi, entry pagi jumaat ni nak bercerita pasal cik zira dan semalam di hari khamis bertarikh 5 april 2012.
pagi pukul 9 macam tu pergi ke pasar larkin. membeli barang sikit. sampai rumah pukul 10 macam tu buat apa yang patut. kemudiannya bersiap nak ke sekolah. tema semalam cik zira suka sebab temanya MERAH. pakai baju kebaya bercorak batik arwah mak yang sampai sekarang masih elok lagi dipadankan dengan skirt labuh MERAH + syria MERAH. wah, suka bila MERAH ni, semangat pun lebih tau!
latihan action songs seperti biasa. dah dapat tiga lagu cuma step pergerakan lagi belum kuat. hari ni sambung latihan lagi. kena banyak buat latihan supaya dapat persembahkan yang baik.
semalam bik ani masak nasi lemak. cik zira tak tahan godaan, rasa juga sikit sebelum pergi sekolah. bawa bekal nasi lemak tapi bagi akak-akak rasa sorang sikit. habis licin. nasi lemak + sambal tumis power + ikan bilis goreng + timun + bergedil daging.
perjalanan pulang semalam agak perlahan sedikit dengan hujannya lagi. sampai rumah dah azan maghrib. makan dulu, mandi dan maghrib. malamnya rutin mengupdate blog dan kemudiannya gosok baju kerja untuk minggu depan.
hari ni Jumaat. tak sabar nak tunggu subuh esok. nak lepaskan rindu,,, ^___*
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman khamis 5 april 2012 9.50 p.m.
No comments:
Post a Comment