SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Thursday, April 5, 2012

semalam : rabu, 04042012




hari rabu yang baik-baik sahaja untuk cik zira semalam. sampai sekolah buat kerja sikit dan terus melatih anak-anak choral speaking. dua buah lagu dah lepas. tinggal 2 lagu. nanti bila anak-anak dah ingat 4-4 lagu, nak kena kemaskan lagi persembahan dari semua segi. Insya Allah, walaupun lagu yang bersahaja dan mudah, harap-harapnya dapat memberi kesan kepada anak-anak action songs cik zira, 15 orang semua tu. Insya Allah.






semalam cik zira memakai baju kurung turqoise + tudung ekin chiffon. dah lama tak pakai tudung ekin sebab rasa muka cik zira tak sesuai dengan tudung ekin. tu lebih suka pakai syria je,,, hehe






bawa bekal apa ye? roti je semalam. itu pun habiskan dalam kereta masa nak balik sebab masa untuk makan semalam takde sangat. bekejar nak buat kerja. tapi sempat rasa kuey teow goreng kak zu bawa dan laksam percubaan pertama mazura yang sedap macam dah biasa buat. sedap betul laksam zura.






semalam juga hari yang cik zira mengajar dunia seni visual untuk 2 kelas, 1A dan 2D. nasib baik tajuk minggu ni senang dan dapat siapkan semua dalam kelas. Alhamdulillah.






ini sahaja untuk entry pagi khamis ni. jumpa entry petang pulak ye. terima kasih sudi membaca.






~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman rabu 4 april 2012 10.42 p.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails