SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Sunday, February 9, 2025

JJCM Changlun : Dusun Riffaa

Assalamualaikum semuanyaaa,
Harini dah Ahad, 9 Februari 2025. Sekejap je masa berlalu tinggal seminggu je lagi cuti sekolah akan melabuhkan tirai dan bermulalah persekolahan sesi 2025 pada Isnin, 17 Februari 2025 nanti. 

Takpe, sementara cuti masih berbaki lagi kan, kotlah mencari idea mana nak bawa anak anak jjcm. Jom cikzira share trip balik hari cikzira ke Changlun Kedah semalam. 

Cikzira pergi bertiga geng hakak bawang cikzira bertemakan BlackPink, kitorang gerak dari Penang dalam 8.20 pagi dan sampai masuk ke Dusun Riffa ni 9.45 pagi. Sebabkan jalan pun clear cuma ada tempat yang banyak kereta jadi cepatlah perjalanan tu. 

Dan nasib baik sampai awal, terus tulis order dan beratur untuk buat bayaran. Kitorang orang kedua untuk semalam. Nasib orang pertama tu pernah datang makan situ, jadi kitorang pun tanya macam mana cara semua. kalau tak sayang datang awal tapi tunggu lama sebab tak tahu cara order.

Dah bayar, cari tempat duduk lepastu mula la tiga hakak bawang ni start operasi bergambar dan amek video sementara tunggu makanan siap. Ni antara gambar yang snap semalam. Jangan risau, banyak port OOTD untuk bergambar tau. Nasib baik kitorang bergambar siap siap sebab sementara customer pun belum ramai dan matahari tak terik sangat. Dapatlah jugak memori gambar cantik cantik di Dusun Riffaa. 














Nama akan dipanggil bila makanan siap tau. Sebab masa tulis oder tu kena tulis nama skali. Panggilan pun memang dengar satu Dusun Riffaa tu jelas. Masakan panas di kaunter utama. Lepastu ada kaunter C untuk daging bakar, ada kaunter untuk sangkaya dan pulut mangga dan ada kaunter untuk pelbagai kerabu. Tak lupa juga kaunter minuman. Bawa je resit dan tunjuk. Semua self service ya. Pergi kaunter dan amek sendiri usung bawa ke meja makan yang korang dah pilih. 








Tempat makan ada yang bersila tepi sungai, ada yang meja besar untuk family ramai, ada pondok pondok yang boleh disewa untuk bagi anak anak mandi sungai untuk rehat rehat. Anak anak boleh mandi je sungai tu free of charge untuk customer Dusun Riffaa. 

Mula mula kitorang nak makan bersila tepi sungai tapi disebabkan makanan yang order banyak tak cukup meja alih ke meja besar sebab ada nak masak masak daging bakar tu. Cari port yang selesa untuk makan. 





Ok untuk makanan, harga pada cikzira berbaloi sebab portion besar. Siakap miang pla tu boleh makan 5-6 orang sebab siakap dia memang besar tak tipu. Telur dadar pun RM3 tu besar dah ingatkan murah kecik tu order dua tapi besar dah boleh makan 3-4 orang. Nasi putih pun RM1.50 sepinggan sesuai harga. 









Untuk daging bakar je cikzira tak suggest walaupun harga RM10 je tapi tak sedap macam pernah makan daging bakar siam tempat tempat lain. Jadi, takyah oder daging bakar korang order daging bakar tu ok berbaloi. Sup tulang pun sedap tulang isi besar besar. 

Pendek kata, kalau korang nak makan makanan siam yang harga berbaloi sambil menikmati suasana makan di dalam dusun dan boleh bergambar kenangan, cikzira suggest cubalah ke Dusun Riffaa ni. Anak anak pun boleh mandi sungai yang bersih. 

Oh tak lupa jugak, ada jualan makanan vendor vendor dan juga makanan siam dan macam macam lah dekat sebelah je kaunter bayaran makanan. Lepastu ada jugak butik riffaa sekali kalau nak cuci mata tengok baju baju sementara tunggu makanan tu. 

Cikzira bagi 4⭐️ untuk Dusun Riffaa❤️

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails