ahad baru-baru ni cik zira ada beli mee wantan dekat BBU lepas temankan bik ani pergi klinik dekat situ. sebelum pergi klinik tu, cik zira ada terbaca dekat internet pasal kedai makan yang jual mee wantan. tak sangka terus jumpa kedai tu. cik zira, apa lagi teruslah tapau mee wantan dia, nak rasa macam mana, sedap ke tidak. sebab ramai jugak makan dekat kedai tu.
lepas tapau mee wantan tu, bik ani nak cari lauk. bik ani beli lauk dekat Bumbu Kampung. banyak lauk. cik zira pula ternampak cendol. siap beli yang special lagi. dekat Restoran D' Remaja tak silap namanya. cik zira ni selalu makan dekat rumah kan, tapi bila dah membeli tu, selera tinggi betul.
okeh, ni apa komen cik zira tentang mee wantan dan cendol hasil ke BBU ahad lepas :
mee wantan : RM 4.50 sebungkus. mee wantannya yang banyak. kuah sup pun banyak. kicap dia pun boleh tahan sedap. berbaloi lah dengan harganya sebab portion yang besar. kira cik zira bagi 3.5/5 bintang.
cendol special : RM 4.00. yang specialnya sebab dia campur semua bahan yang ada. pulut+buah kabong+cincau+jagung+kacang merah sumelah. sangat menyesal beli. dahlah harga mahal. takde rasa langsung. tak sedap langsung. tak pernah cik zira makan cendol yang tak sedap macam tu. tak rasa cendol langsung. gula merah dia takde rasa, santan pun tak rasa. macam minum air masak je. pulut dia pun tak sedap. rasa menyesal sangat beli. sedap lagi cendol dekat Cendol House, Kg Melayu. murah dan sedap. cik zira tak akan dah beli cendol dekat situ. tak berbaloi! dari 5 bintang, terus takde bintang cik zira kasi.
dan semalam, bik ani pula masakkan salah satu lauk kegemaran cik zira iaitu ikan berlada. memang suka sangat. kalau ada lauk sambal berlada tu, makan dengan nasi panas, tersangatlah sedap. sampaikan bik ani masak 2 ekor ikan, 2-2 ekor tu cik zira sebat. sukalah. dari 5 bintang, cik zira memang bagi 5/5 bintang,,, =)
sekian sahaja, review cik zira untuk tiga makanan yang cik zira makan. terima kasih.
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman isnin 16 april 2012 9.50 p.m.
2 comments:
kuat mkn tp bdn ramping. macam mana ble kurus ek?
nak tahu rahsia saya? pil halia nightriem lah jawapannya,,
hehe, macam buat iklan pulak,, ;)
Post a Comment