SILA KLIK
KAMU-KAMU YG KUHARGAI
Saturday, October 31, 2015
perasaan bila masak kari
berkahwin dengan suamiku yang asal penang dan dibesarkan dengan gulai membuatkan cik zira paling takut setiap kali nak masak kari. kari orang sini memang best. cik zira suka. lain dari kari belah johor.
sebab tu lebih suka masak lauk lain berbanding masak kari sebab mesti tak sama dengan orang sini masak. tak sama macam mami ishah, kak emy dan mak mertuaku masak memang paling win.
nasib baiklah suamiku jenis makan je. walaupun tak sama, kira dapat bezalah kalau bini sendiri punya kari. hehe
paling terbaru masak kari ayam lawankan dengan kacang buncis goreng bertelur. nampak peningkatan setiap kali masak kari. ada je nak alter sana sini bagi kuah kari tu nampak sedap dan bila makan rasa sedap. eceh!
orang tak teror masak ginilah. setiap kali masak setiap kali tulah rasa tak sama. bolehlah nak makan berdua je lakibini dengan khalisah.
Labels:
..:: is all about mE ::..,
..::fooD::..,
rumah comel
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment