SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Friday, June 14, 2019

anak kena chicken pox?

masa bulan ramadhan haritu, khalisah kena chicken pox. sebelum ni tak pernah kena lagi. cik zira pun tak ingat cik zira ni time kekecik dah pernah kena ke tak. jadi, takde pengalaman. ramailah berkongsi apa kena buat apa tak boleh buat dengan cik zira. terima kasih sangat.

ni cik zira kongsikan plak dengan korang. kot google kan nak cari maklumat untuk anak yang kena chicken pox.

pertama sekali, cik zira baru tahu time kena haritu, chicken pox dengan demam campak adalah dua sakit yang berbeza tau. tak sama. ingatkan campak tu bahasa melayu chicken pox bahasa inggeris tapi rupanya bukan. simptom dan apa yang naik dekat badan tu pun berbeza.



jadi, yang khalisah kena tu chicken pox. dia naik biji belon yang besar besar kecik kecik pun ada. memang bisa dia cakap dan sangat gatal.

kawan sekolah cik zira bagi daun semambu. kata orang:


  • rebus daun semambu tu bagi mandi - ni cik zira buat sekali je sebab malas
  • blend daun campurkan dengan bedak sejuk sapu dekat tempat kena tu - ni tak buat pun
  • alas tempat tidur dengan daun daun semambu tu nak elak gatal - khalisah buat sendiri sekali je
pastu orang pesan lagi :
  • jangan menumis nanti lagi bisa dan gatal - tapi cik zira masak je tutup pintu dapur
  • jangan bagi kena hujan nanti lagi teruk berparut - memang elakkan kena hujan duk uma je
  • jangan bagi makan kicap nanti hitam berbekas parut
  • hati-hati nanti berjangkit dengan khaliq - alhamdulillah syukur khaliq tak jangkit
lepastu, apa korang boleh beli yang jenis moden:



  • sabun semambu himalaya boleh guna masa mandi sental pelan pelan dekat satu badan - ni dekat farmasi ada seketul dalam RM7-RM8
  • losyen semambu - ni cik zira beli dekat shopee RM40 - boleh sapu lepas mandi ke sebelum tido
cik zira bukan jenis particular sangat bab jaga anak sakit. jenis asal boleh. dan banyakkan berdoa anak cepat sembuh. khalisah mengadu gatal pun dia kena marah cik zira suruh sabar. 

chicken pox tak habis, kena influenza A plak lepastu. dugaan ramadhan untuk khalisah.

1 comment:

Unknown said...

Thank you for sharing🙏

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails