SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Tuesday, June 11, 2019

belanja barang rumah dan dapur bulanan

ok semua, selamat kembali bekerja walaupun masih mood raya kan. ada yang dah pergi belanja untuk rumah ke. ada yang nak buat open house bagai kan.

post kalini cik zira nak berkongsi pasal tajuk belanja rumah bulanan. biasanya, pergi shopping korang para isteri ke para suami?

macam cik zira, cik zira yang belanja setiap bulan sejak kahwin dan duduk sama sama. suami memang apa pun tak tahu. janji nanti claim. tu pun cik zira minta separuh je, yelah cik zira ni bila beli bukan reti sket sket. penuh troli.

biasanya, kalau beli semua barang bulanan macam segala sabun makanan barang masak susu pampers dan lain-lain, cik zira akan habis dalam RM500 sekali shopping. selalu shopping dekat tesco je dekat dan sebab dapat point reward kan.





kalau kata saja saja pergi nak beli 1-2 barang je, konon. nanti akan habis jugak dalam RM200. sebab tu la memang elak pergi tesco sebulan banyak kali. sebab pernah sebulan tu belanja dekat tesco je RM800 lebih. sebab pergi 3x masuk shopping. tapi, semua memang habislah guna.

cik zira akan berhabis dekat coklat jajan memang akan sentiasa ada stok dekat peti ais. sebab time nak mengunyah tu kan adalah coklat nak ditelan. hehe. pastu memang beli stok coklat banyak banyak.

stok sabun basuh pun kalau ada yang murah liquid breeze ke top ke yang 4L RM18.90 memang akan rembat buat stok. susu khaliq pun sama dutch lady 123 kalau murah RM18.90 ke RM19.90 ke memang akan amek 4 ke 5 beg untuk simpanan. kalau macam beras, memang cik zira akan beli yang beras jenis basmathi. jasmine ke atau ada satu brand tu memang cik zira suka, dan baruni try cap rambutan 5KG RM40 lebih ke sebab ada offer try cap tu plak.

memang setiap bulan macam ni la perkiraannya. dah cuba nak berjimat tapi tak boleh. takpelah, janji semua makan semua guna tak bazir kan.

korang setiap bulan habis berapa setiap kali beli barang rumah?

pastu jenuh nya bila nak usung masuk kereta, nak usung masuk rumah dan kemas satu-satu. nasib baik ibu dah ada assistant iaitu khalisah. dia memang akan tolong kemas simpan susu sebab dia dah tahu dah tempat setiap barang tu kat mana. lega ibu =)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails