SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Wednesday, June 5, 2019

salam syawal

akhirnya, setelah 30 hari berpuasa, harini kita semua umat Islam meraikan kemenangan. memakai baju raya yang baru yang cantik cantik. bergambar bersama keluarga tersayang.

ameklah gamba sama sama sebanyak mana boleh, sebab mana tahu tahun depan ada antara kita yang takde. bergambar lah banyak banyak dengan keluarga yang kita sayang sangat.

tahun ni turn cik zira beraya di penang dengan keluarga encik suami. tapi, walaupun turn penang, tetap akan balik JB jugak malam tu. encik suami bagi izin balik JB setiap tahun walaupun turn raya penang. terima kasih encik suami sebab memahami. sebab dia kata dah duduk dengan dia hari hari, time raya wajib balik jumpa keluarga dekat JB.

jadinya, pagi dan siang ni beraya dekat Penang, malam jap lagi bersiap balik JB. tiket dah print siap siap. barang nak bawa balik JB pun semalam dah kemas. bawa beg galas je dua. biasalah travel dengan anak anak je kena terhadkan apa nak bawa bila nak flight ni.



dahla bab tiket raya geram sampai ke sudah. beli awal, januari, kena RM1200 tiga beranak. skali bila check masa awal puasa haritu, dapat tiket murah tak sampai RM500 tak sampai RM600. sakit tak hati? mampu berhuhuhu jela. nak buat macam mana kan. tahun depan, takyah beli awal, tunggu puasa ke nak dekat puasa ke baru beli tiket balik raya.

ok, apa apa pun, cik zira sekeluarga ingin mengucapkan selamat hari raya, maaf zahir batin. selamat berhari raya dengan orang tersayang.

kita jumpa next post pasal raya nanti ok. beraya dulu yang penting.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails