SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Wednesday, August 7, 2019

bawal best dari the_hijab.co oleh yatie_sendayu tinggi

cik zira bukan suka pakai tudung bawal. dari zaman belajar, pernah beli dua helai tudung bawal dekat pasar malam UUM. sebab memang rasa serabut pakai tudung bawal asek tak jadi je.

selesa pakai shawl belit belit siap. tak kisahlah muka bulat ke apa. janji senang cepat dan selesa. dari kena pakai bawal, kena tiup la bagai last-last tak jadi jugak, stress.

sampailah dah jadi cikgu pun, shawl tetap menjadi pilihan. pulak tu ada orang cipta shawl dua muka, men sarung sarung je dua kali siap. lagilah duk pakai tu je. beli borong, lebih 20 warna cik zira ada. senang.

tetapi, sekarang tidak lagi.

cik zira dah jatuh cinta dengan bawal the_hijab.co

memula, try beli satu warna hitam plain koleksi elegant seashell. sehelai RM49. bagi cik zira sangat mahal, sebab cik zira stok beli tudung sehelai RM10 je. jadi, try satu dulu.

best pulak. material sutra silk dia memang best best best tak tahu nak kata. tak dapat bawal macam ni dekat tempat lain. beli bawal yang batu batu tu pun dahlah sehelai RM30 pun susah jadi. yang ni BEST. sumpah. duk la pakai tudung bawal hitam ni banyak kali sebab sekali pakai terus jadi. buka nak amek wudhu sarung balik terus pun jadi. gila tak best?

pastu masa raya dorang buat sale. murahlah dalam RM10 selai. tapi, cik zira tengok je.

sekali, dah lepas raya tu, cik zira nak beli lagilah yang plain, sekali dekat HQ habis! HABIS! elegant seashell ni sold out.

habislah.

terus komen cari agent siapa ada stok lagi. jenuh. sedihlah sebab tak dapat beli lagi pasni sebab yatie kata tak restok dah. ah sudah. kena cari jugak siapa ada stok.





nasib dapat. tinggal 5 warna. cik zira beli semua. tapi harga sama lah sehelai RM49. tak kisahlah, janji dapat. mana lagi nak dapat bawal macam ni dah.

warna pun cantik cantik. yang penting material sutra silk tu memang best sangat. pakai terus jadi, nak iron senang. memang kalau pakai takde masalah kemurungan bila pakai bawal tak jadi. hehe

lepas tu duk usha plak printed dia. various series. RM59 sehelai. tengok sehari. tengok dua hari. haisyh, takleh jadi ni. hari ketiga terus order. 4 helai.







pun best. corak cantik dan senang sangat jadi.

dan dengan ini, cik zira isytiharkan, cik zira adalah peminat tegar tudung bawal hanya dari the_hijab.co

ni je yang cik zira pakai jadi dan material best dan harga takdelah semahal neelofar dan duck.

muktamad.



pasni kalau tengok cik zira bergambar pakai bawal tahu dah la kan bawal dari mana. jangan tanya dah tau;)


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails