SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Sunday, December 22, 2019

antara kenangan manis 2019

cik zira nak kongsikan salah satu kenangan manis cik zira sepanjang tahun 2019 ni. yelah tak lama je lagi berapa hari je lagi nak masuk tahun 2020.

oktober lepas, tanggal 4, cik zira dipantau di dalam kelas oleh pegawai PPD daerah timur laut. pegawai tu nak tengok pbd dalam pengajaran.

maka bersedialah cik zira apa yang patut. dua pegawai datang, satu masuk kelas english cik zira tahun 2, satu lagi masuk kelas matematik cikgu shakilah tahun 1.

dan mengajarlah cik zira macam biasa dengan mengikut perancangan yang ada. alhamdulillah satu jam PdP haritu berjalan lancar walaupun adalah kekurangan sket sket.




pegawai ppd tu baik sangat. dia komen dan bagi feedback positif tapi masih ada perlu ditambah baik terutama dari segi kemahiran berfikir secara KBAT. dia kata semua cikgu pun selalu terlupa pasal ni.

mana yang baik tu cik zira amek, yang kurang cik zira akan perbetulkan. terima kasih madam thum atas perkongsian dan pesanan yang bagus sangat.

cik zira happy sangat masa tu sampai terus ajak pengasuh khalisah khaliq dan anak anak semua pergi makan boat noodles lepas maghrib meraikan pemantauan yang baik tu. alhamdulillah.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails