SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Friday, June 19, 2020

Nasi Arab sedap Arabian Kitchen

cik zira suka makan. suka masak. suka makanan yang sedap sedap.
jadi, post kalini cik zira nak share pasal Nari Arab Arabian Kitchen yang sedap tapi senang sangat nak buat.

korang boleh cari dekat shopee Arabian Kitchen. nanti akan keluar lah semua seller yang jual. Nasi Arabian Kitchen brand ni sekali beras basmathi dan rempah nasi arab. ada 500g harga lingkungan RM16-18. ada 1KG harga lingkungan RM28-30 macam tu kalau cik zira tak silap.



cik zira beli dah banyak kali dah. haritu balik melaka umah abah pun belikan lagi yang 500g tiga peket. kalau yang 500g pun banyak sebab nasi dia beras panjang panjang. boleh makan untuk 8 sekali makan.

anak anak cik zira khalisah dengan khaliq pun suka sangat. makan nasi arab tu je pun dah sedap. cik zira gerenti sedap sebab nya dia takde berempah bagai sangat. dia light2 je tapi sumpah sedap. aroma dia tu menusuk.

ikut je sukatan air dan cara cara dekat peket tu dia ada ajarkan. jangan lebihkan air ke apa ikut sukatan dia bagi kalau 500g air kena 700ml. memang akan jadi cantik seketul seketul panjang beras dia nanti. rendam dulu beras dengan air bagi dia kembang dulu baru cantik lagi hasilnya.

ni masakkan masa 1st Ramadhan dekat umah abah haritu

rempah ayam panggang pun dari Arabian Kitchen

tengoklah hasilnya cun kan nasi ni

sambal nasi arab

pastu bolehlah buatkan sambal nya. sambal pun senang je. sediakan salad. buatkan lauk ayam kari ke ayam kurma pun boleh. ayam panggang pun ok sedap makan dengan nasi arab ni.

kalau korang jenis malas nak buat rempah sendiri ke apa, nak yang mudah cepat senang masak, memang cik zira suggest sangat belilah Nasi Arab Arabian Kitchen ni. rempah sekali beras basmathi high quality ni.

DIJAMIN SEDAP. tak sedap memang cik zira tak akan share. cepat gi cari dekat shopee eh! #cikzirareview

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails