SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Tuesday, June 23, 2020

Pressure Cooker Murah Jenama Ewant

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua. harini cik zira nak buat satu lagi post sharing untuk semua.

siapa yang belum ada pressure cooker? siapa yang tengah buat survey pasal pressure cooker? ha, sesuailah tu datang sini, meh baca sampai habis meh.

sebelum ni cik zira pernah review pressure cooker yang cik zira beli dekat CJWOWSHOP jenama Mugen. beli tak silap harga RM300 lebih nak ke RM400. tapi bestlah. memang berguna sangat sangat. sebulan banyak kali masak guna pressure cooker.

TAPI, rupanya ada banyakkkk pressure cooker yang murah harga tak sampai RM200 yang best dan fungsi sama je macam pressure cooker yang memahal tu.

salah satunya yang gamba ni,






Brand Ewant. Kaler MERAH uollss. cik zira belikan untuk abah masa terkandas dekat melaka bulan Mac haritu. senang abah mama ina nak masak bila guna pressure cooker ni. paling berkenan sebab warna merah sebab tu terus order dan payment.

HARGA? 
masa cik zira beli bulan Mac 2020 haritu, sekali shipping ialah RM168. MURAH SANGAT KAN KAN??
harga berbeza ikut jenis pot dia. ada 3 jenis pot tak silap. cik zira amek yang nonstick dan itulah harganya.

sampai dalam keadaan yang sangat baik. packaging pun bagus. teruja dan cik zira pun rasmikan masak macam macam guna pressure cooker cun warna merah tu. balik penang cik zira tinggal sebab memang hadiahkan untuk abah guna nak masak. sebab pressure cooker adalah 1 alat masak yang korang wajib ada zaman sekarang ni sebab sangat sangat sangat memudahkan kehidupan di dapur. serius, tak tipu.

jadi, yang mana masih mencari cari tu, nak yang murah tapi kualiti elok. boleh search dekat shopee Pressure Cooker Ewant. warna MERAH tau. beli warna merah ingat kat cik zira nahh. hehe

cik zira dah guna dan puas hati paling penting SANGAT MURAH. tekan je dan dia akan auto. dah masak kari daging, nasi arab, sup ayam lah haritu masa puasa dekat umah abah. alhamdulillah semua menjadi.

dah, cepatlah buka shopee pergi cari dan beli sekarang! #cikzirareview

1 comment:

Mas FVOME said...

uiii..jangan dihasut..cepat je nk g shopee nie...hahaa

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails